Belajar Buat Blog Dengan Webmaster Academy

Belajar buat blog atau laman web dengan Webmaster Academy? Tahukah anda cara membuat blog atau laman web dengan mudah sekali. Mungkin sudah ramai yang mengetahuinya, bukan susah sebenarnya untuk memiliki sebuah blog atau laman web.

Tapi sejauh manakah kekuatan blog atau laman web anda? Kekuatan yang dimaksudkan oleh saya adalah berkenaan struktur dari yang remeh hinggalah yang entah apa-apa. Sejujurnya, saya sendiri pun lupa perkara remeh yang perlu ada pada sesebuah blog atau laman web.

Cara Membuat Blog Oleh Webmaster Academy

Pada artikel pada kali ini, saya bukanlah hendak mengajar anda semua bagaimana hendak membina sesebuah blog atau laman web. Pada kali ini saya ingin berkongsi atau memperkenalkan anda kepada Akademi Webmaster (Webmaster Academy).

Bagi yang sentiasa mengikuti blog rasmi Google Webmaster pasti sudah mengetahui mengenai Webmaster Academy. Saya juga masih baru mengenai Webmaster Academy, boleh dikatakan baru selak sikit-sikit. Tidak sempat membacanya sehingga habis.

Biarlah saya terangkan secara ringkas mengenai Webmaster Academy yang diperkenalkan oleh Google ini. Terdapat tiga modul utama di dalam Webmaster Academy ini, modul-modulnya seperti di bawah:

  • Module 1: Make a great site
  • Module 2: Learn how Google understands your site
  • Module 3: Communicate with Google Resources

Bagi mereka yang ingin membina sesebuah blog atau laman web dan yang paling pasti gemar kepada teknik SEO, saya sarankan anda turut bersama saya mempelajari sesuatu di Webmaster Academy.

Lebih menarik lagi, anda berpeluang menjawab beberapa soalan kuiz yang disediakan. Ini adalah untuk menguji tahap kefahaman anda untuk membina sebuah blog atau laman web. Selain itu juga, Webmaster Academy juga menyediakan video dan contoh-contoh agar anda mudah memahami.

Apa tunggu lagi, jom layari Webmaster Academy sekarang juga!

Sebarkan kepada rakan-rakan anda!

27 thoughts on “Belajar Buat Blog Dengan Webmaster Academy”

  1. thanks for sharing these seo tips ..
    as initiator blog I have a lot to learn
    a lot of things .. I should know how
    to actual seo blog …. thanks for seo
    tips are …

    Reply
  2. Salam bro.. bgaimana dgn majlis pernikahan…moga sukses. Webmaster Academy, tak pernah dengar. Moga ia banyak memberi byk manfaat kepada yg ingin mempelajarinya. Terima kasih di atas keterangan yg diberi. Nak terjah ni, nak tahu selok-belok academy tersebut.

    Reply
  3. Minat belajar dengan webmaster academy tu ada tetapi memandangkan tiada kemudahan bahasa melayu menjadikan penerimaan kurang jelas. takut tersalah maksud pulak. By the way kena ambik masa yang agak panjang untuk faham.

    Reply
    • Yurp! Benar tu, tapi kadang-kadang kalau ditukar ke bahasa pun tak faham juga maksudnya. Mau panjang lebar jadinya. Jadi baik baca dan cuba. InsyaAllah lama-lama fahamlah tu. 🙂

      Reply
  4. Kena betul2 free baru join Google Webmaster Academy ni..
    Setakat sejam nak belajar tak cukup, tapi sejam belajaq dengan hang aku mau! 😀

    Reply
    • haha…mau tau la…sejam kalau belajaq ng google academy mmg tak cukuplah. sehari pun belum tentu cukup.

      chuih, belajaq dgn aku apa yg hang boleh dapat. takat basic tu boleh la. advance hang kena cari orang lain. 😛

      Reply
  5. Google khaskan untuk pengguna blogspot sahaja atau pengguna wordpress pun boleh turut join Webmaster Academy ni bro?

    Reply
    • samalah kita, still kena belajar lagi. benda selalu berubah, tambahan pula kalau nak memenuhi kehendah algoritma seo. 😛

      Reply

Leave a Comment