Bloglist Google Pagerank 2, Betul Atau Bohong?

Google Pagerank memang menjadi kegilaan yang gemar bermain SEO di sesebuah laman web atau blog. Di mana sudah pasti yang mengharapkan trafik atau pelawat daripada enjin carian seperti Google.

Begitu juga saya yang gemar bereksperimen dengan pelbagai teknik SEO blog secara menyeluruh terutama dalam teknik penulisan. Di mana saya hanya berpegang pada satu iaitu artikel adalah raja di dalam SEO. Itulah yang saya sering katakan kepada sesiapa sahaja yang bertanyakan kepada saya mengenai SEO.

Jika sebelum ini saya ada berkongsikan mengenai Jadual Update Google Pagerank 2013 yang memaparkan empat update mayor untuk pagerank, pada artikel kali ini saya akan kongsikan bagaimana memeriksa pagerank secara ringkas.

Bloglist Google Pagerank 2?

Mungkin artikel pada kali ini agak keterlaluan, oleh kerana masih ada blogger yang tidak bertanggungjawab menawarkan sesuatu yang beliau sendiri tidak mampu berikan. Sebagai contoh bloglist atau link exchange yang ditawarkan, selalunya blogger akan bina sebuah laman atau page untuk bloglist.

Siap buat artikel ajak rakan-rakan blogger yang lain untuk link exchange, ada syarat tertentu lagi. Paling menarik, siap nyatakan kelebihan mendapat backlink daripada Google pagerank 2 lagi. Tetapi hakikatnya, pagerank 2 hanyalah di bahagian home page blog tersebut dan bukanya page bloglist.

Mungkin masih ada yang tidak faham mengenai susun atur atau pagerank yang diberikan, jika kita perhatikan betul-betul pada perkataan pagerank itu sendiri. Rasanya boleh agak, ada dua perkataan page dan rank. Maka, periksa dahulu pagerank setiap page yang anda ingin berikan backlink.

Tutorial Memeriksa Google Pagerank

Terdapat dua cara yang sering dilakukan sama ada secara manual atau automatik.

  1. Cara manual adalah dengan memeriksa melalui online tools iaitu Google Pagerank Checker.

    manual pagerank checker

  2. Cara automatik adalah dengan memasang extension atau add-on pada browser anda, sebagai contoh saya menggunakan SEO Status Pagerank/Alexa Toolbar untuk browser Chrome.

    google pagerank automatic checker

Semoga perkongsian saya pada kali ini mengenai Google pagerank dapat membuka mata kepada para blogger terutama yang baru berjinak-jinak dengan SEO. Jangan menawarkan sesuatu yang anda tidak mampu berikan, lebih-lebih lagi sebagai hadiah sesebuah contest. Cukup sekadar backlink yang berkualiti, jika berPR (pagerank) periksa terlebih dahulu di mana PR yang anda ingin tawarkan.

Google Pagerank

Sebarkan kepada rakan-rakan anda!

35 thoughts on “Bloglist Google Pagerank 2, Betul Atau Bohong?”

  1. Setiap page tu ada pagerank masing masing… Maybe blog yang offer backlink sebagai hadiah tu tak kaji sepenuhnya apa itu page rank.

    Reply
  2. @Mohd Isa,

    Tinggi PR blog bro ye.. Hebat.. Mesti banyak dofollow backlink ni.. Kuat Pengaruh ang..

    PR ni ibarat seperti nilai pengaruh di Internet mengikut citarasa Google.. Lebih tinggi nilai PR, Lebih berpengaruh web itu & ada kuasa mempengaruhi orang lain (web orang lain), kuasa mempengaruhi pengiklan dan sebagainya.

    Walau bagaimanapun, tak semestinya PR (Pengaruh) ini diperlukan @ diutamakan di Enjin carian Google kerana ada web yang PR0 boleh mendapat rating tinggi secara jangka masa panjang.

    ‘Contents is King’ – Ya.. Ia ibarat pengalaman memandu kereta lumba di pelbagai selekoh tajam, jalan berbahaya dengan laju dengan selamat. Tanpa kemalangan. Lebih tinggi PR, lebih tinggi pengalaman/kepakaran dalam pemanduan..

    Aku bermain SEO dengan web PR0.. Bermain SEO dengan PR0 lebih mencabar. 🙂

    Reply
    • uiks, mana ada tinggi. biasa-biasa sahaja. apa-apa pun terima kasih di atas komen dan pendapat yang diberikan. memang dipersetujui sangat berkenaan dengan contents is king, kalau tiada content mana mahunya sesebuah blog itu hidup.

      p/s: tolong gunakan nama & url yang betul untuk menulis komen, jika inginkan backlink. boleh tulis sebuah artikel dan saya akan berikan backlink. anyway, cuba masuk blog saudara. kaspersky detect trojan. harap maklum.

      Reply
      • @Mohd Isa,

        Tq info.
        Pihak hosting sedang migrasi & atasi masalah yang berlaku.. Kerja diorang,
        Saya just standby backup sahaja..

        Ikhlas,

        AMIN JOHAR
        (Jurutera SEO Malaysia)
        PAKAR NIAGA

        Reply
        • bukan protokol, tetapi tatatertib yang berhemah yang perlu dilakukan ketika menulis komen. orang seberang sahaja suka tulis permalink dalam ruangan url. kalau nak backlink percuma, boleh request. 🙂

          Reply
          • @Mohd Isa,

            Protokol = Etika = Tatatertib = sets of rule.

            Ohyaka? boleh request backlink? Macam mana tu?

            Niche sama: SEO ^_^

            Ikhlas,

            AMIN JOHAR
            (Jurutera SEO Malaysia)
            PAKAR NIAGA

            Reply
  3. oit Isa..gua nak homepage link only free boleh?hahaha..:P kita kan kawan..nanti gua pun letak le juga..tak naik naik PR lagi ni ha sejat 4 tahun lepas..hahaha

    Reply
  4. kekadang memikir pasal Page Rank membuat semangat berblog down. Lebih baik fokus pada kuantiti artikel dan kualitinya. Bersemangat balik. Saya percaa PR tu akan naik sendiri when the time comes.

    Reply

Leave a Comment