Jadual Update Google Pagerank 2014 – Dalam pemerhatian saya kini, mungkin sudah ramai blogger di Malaysia tidak menghiraukan lagi Google Pagerank. Begitu juga pada saya pada satu ketika dahulu, sehingga saya beranggapan Google Pagerank sudah tidak penting.
Sehinggalah saya berkongsi berkenaan Jadual Update Pagerank 2013 sebelum ini, mengingatkan kembali kepada saya berkenaan kepentingan pagerank kepada sesebuah blog atau laman web. Tambahan pula blog saya yang jarang dikemaskini dengan artikel baru.
Tahukah anda sebuah blog atau laman web yang mempunyai Google Pagerank yang tinggi mampu membantu teknik SEO blog untuk menarik trafik daripada enjin carian. Dengan erti kata lain meletakan sesebuah artikel atau blog kita di kedudukan terbaik pada hasil carian di enjin carian.
Tetapi tahun lepas, Google telah membuat kejutan dengan tidak mengemaskini atau update Google Pagerank seperti jadual yang telah dikongsikan oleh saya sebelum ini. Perubahan hanya pada awal tahun 2013, kemudian tiada perubahan sehinggalah Disember 2013.
Alhamdulillah Blog Mohd Isa telah naik ke PR4 walaupun tidak mengemaskini blog dengan artikel-artikel baru sekerap seperti dahulu. Hanya berbekalkan beberapa backlinks yang berkualiti dari blog atau laman web lain.
Jadual Update Google Pagerank 2014
Berikut adalah jadual update Google pagerank bagi tahun 2014 secara major dan kemungkinan juga pagerank akan dikemaskini secara minor beberapa kali untuk sebilangan laman web atau blog.
- Update Google Pagerank 1 – 14 Mac hingga 25 Mac
- Update Google Pagerank 2 – 1 Jun hingga 14 Jun
- Update Google Pagerank 3 – 15 September hingga 30 September
- Update Google Pagerank 4 – 10 Disember hingga 26 Disember
Sekadar pesanan ringkas daripada saya, untuk meningkatkan Google Pagerank dengan mudah. Bukanlah bergantung sahaja pada kekerapan anda menulis blog, tetapi adalah dengan hasil penulisan yang unik (erti kata lain tidak kepada plagiat).
Begitu juga pengamalan teknik SEO blog yang betul dan cara anda mengekalkan trafik anda serta keunikan blog atau laman web anda. Ingat, kandungan atau artikel adalah raja di dalam SEO. Percayalah!
P/S: Jadual update Google Pagerank 2014 adalah ramalan semata-mata, ketepatan adalah bergantung kepada Google sendiri.
Jadual Update Google Pagerank 2014
info berguna tuan..:) http:// http://www.geoffreystephen.com
Info yang benar-benar berguna. Tak payahlah aku setiap hari nak semak pagerank aku.
Ikhlas,
Bungkilan.com
Moga hasilnya menggembirakan ya.. Heheh
Hmm sesuatu yang suka diambil tahu oleh ramai blogger yang pentingkan trafik dan kualiti dalam masa yang sama. Alhamdulillah, berjaya dapat PR3 setelah bertahun hanya dok tang PR2 je.
Semoga Dapat pagerank tahun ni,
terbaik pagerank 4 ni hehe
rasa berdebar pulak aku nak maintain PR2 ni bro..hahaha. ops..artikel ko aku tak buat lagi. adeh.
susah jugak nk naikan PR ni… 🙁
salah satu blog sy tak sempat lihat page rank update,blog tu kene penalti di google,silap sy jugak pg blast.
ezad recently posted..protect from spyware
Saya belum fikirkan pasal PR sebab blog pun baru ada beberapa artikel. Terima kasih kerana berkongsi bro. Hummingbird sedang melanda sekarang.
saya jauh lagi..1 juta
info yang sangat berguna
Insya Allah jika update pagerank sesuai jadwal diatas maka kita masih punya banyak waktu untuk berusaha mendapatkan PR yang lebih baik
Trims infonya
alhamdulillah naik jgk akhirnya ke PR1.. hrpnya ada peningkatan lg lepas ni 🙂
Tahniah, keep it up bro. 🙂
Memanjang je PR1. Tah macam mana nak naikkan pun tak tahu. haha. Biar la.
Kasi inbound link banyak sikit bro, kira buat artikel berantailah senang. 😛
inbound macam mana tu bro. haha. tak pandai la. kira orang ramai share artikel kita ke?
maklumat yang sangat berguna… yang penting ialah artikel yang berkualiti dan bermanfaat kepada pembaca… jika pembaca rasa artikel berkualiti sudah pasti pembaca akan berkongsi artikel tersebut yang secara tidak langsung meningkatkan backlink…
Ya, benar. Itu juga salah satu cara yang hebat untuk dapatkan backlink berkualiti. Artikel yang baik dan bermanfaat sedikit sebanyak mampu menarik minat blogger lain untuk dikongsikan di blog mereka. Harap dapat backlink.
salam, tahniah dpt pr4.
blog sy pr2 jatuh 1 .. huhu…
ada jadual update rupanya. hari ni baru tahu
Salam, terima kasih.
Blog saya yang lain pun ada juga yang jatuh, kira ramai jugalah yang jatuh dalam update terbaru ni.
Ikutkan memang ada jadual update, cuma terpulang pada Google untuk memindanya.
Harap – harap blog aku naik la PR bila ada update nanti. Kalau naik bagus, tak naik pun aku tak kisah. Yang penting semangat blogging tak pudar.
Naik senang je bro, tapi yang senang takat PR3 jelah. Nak naik PR4 dan ke atas susah sikit. Yang penting happy blogging. 🙂
Assalam..sempat juga pengantin baru update blog hehe..
Wahh PR4 skarg na..tahniah..memang betul senang naik tapi susah nak maintain kan, entri sya pun macam lambat aje index sekarang ni…adakah???? Huhu..
Salam, mana boleh tinggalkan blog begitu sahaja. Ada masa terluang, curi-curi sedikit untuk menulis. Alhamdulillah, naik juga PR4 setelah sekian lama. Tak tahulah boleh maintain ke idak. Samalah kita, macam lambat indeksnya. Kena periksalah nanti.
Terima kasih atas perkongsian
Terima kasih juga kerana sudi meninggalkan komen. 🙂
Disebabkan alogarithm Google yang tak menentu la ni, aku pun terniat nak tarik balik pembaca setia blog syahrilhafiz.com selepas setahun menghilang.. Pagerank teruk, alexa teruk. My bad..kena start semula 🙁
Perkara biasa yang perlu dialami semua blogger, paling ketara waktu Google Panda. Banyak blog rakan-rakan terkena kungfu panda. Nak perbaiki bukan senang, ini pun duk rasa blog aku lambat terindeks. Nak kena cek balik. Anyway, miss your blog so much. Hehe…
Berderbar menunggu status keputusan kemas kini PR.
Meningkatkan lebih mudah dari mengekalkan, banyak rakan kita yang selalu update tiap-tiap hari dan trafik mantap pun boleh jatuh.
ingatkan setahun sekali je update pagerank ni..
Bukan sekali sahaja, pada kebiasaannya empat kali setahun. Walaubagaimanapun, bergantung pada Google. Macam tahun lepas hanya dua kali major, yang minor amat sedikit dan mungkin tiada lansung.