Berikut adalah kadar zakat fitrah yang telah ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Negeri kepada setiap individu seluruh negeri di Malaysia bagi tahun 2015 bersamaan 1436 Hijrah.
Bagi mereka yang beragama islam, hendaklah membayar zakat fitrah kepada amil yang telah dilantik dan mempunyai kad kuasa dan resit bayaran yang telah dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Negeri sebelum solat hari raya aidil fitri.
Sebaik-baiknya, adalah digalakkan agar membayar zakat fitrah seawal mungkin agar agihan dapat dilakukan kepada golongan yang layak sebelum menjelang Hari Raya Aidil Fitri.
Kadar Zakat Fitrah 2015
Berikut adalah kadar zakat fitrah 2015 berdasarkan sumber rasmi dari Majlis Agama Islam di setiap negeri di Malaysia:
Negeri
|
Kadar Zakat Fitrah 2015 (RM)
|
Perlis |
6.50
|
Kedah |
7.00
|
Pulau Pinang |
7.00
|
Perak |
7.00
|
Selangor |
7.00
|
Negeri Sembilan |
6.50
|
Melaka |
6.70
|
Johor |
* 5.00 / 8.00
|
Pahang |
7.00
|
Terengganu |
* 7.40 / 6.80 / 4.60
|
Kelantan |
7.00
|
Sarawak |
7.00
|
Sabah |
7.00
|
Wilayah Persekutuan |
7.00
|
* Kategori kadar zakat fitrah di negeri Johor dan Terengganu adalah berdasarkan harga gred atau jenis beras yang dimakan.
Semoga perkongsian ini mampu memberikan sedikit info kepada pembaca semua, selamat menunaikan zakat fitrah.
As-Salam
Maklumat yang sangat penting untuk semua umat Islam di Malaysia
Terima kasih atas perkongsian
informasi yang tak kalah pentng dan menariknya, banyak kali yang membutuhkan untuk menghitung zakat di tahun ini.
mesti ramai lagi yang tercari-cari info ni, selagi tak habes puasa. jangan nak bayar lepas solat sunat raya sudahlah.
Makasih diatas infonya gan, blogwalking kesini. Terima kasih.. huhu! 😛
Tak bayar lagi ni..huhu, minggu ni pi jumpa ustaz. . Dan lagi satu.. blog ni dah lain macam ar 😀
infonya sangat membantu, terima kasih
a.. KL / Selangor masih RM 7.00.. kena ingatkan Tuan Bendahari ni.. kang buatnya dia terlupa.. naya jek.. hee~ terima kasih untuk info..
RM7 seorang. 3 orang RM21.. Jangan aku terlupa nak bayar je nanti ni..kiki