Ilmu Tauhid. Sejarah perkembangan ilmu tauhid ini berkembang seiring dengan perkembangan agama Islam. Ajakkan pertama dalam dakwah Rasulullah ialah mengajak manusia mentauhidkan Allah dan meninggalkan segala sembahan berhala yang diwarisi oleh nenek moyang mereka.
Ayat-ayat Al-Quran sebelum berlakunya peristiwa hijrah Rasulullah banyak berkisarkan kepada mengEsakan Allah. Dari pada masa inilah ilmu tauhid itu berkembang dan menjadi satu perbahasan asing yang merangkumi aspek-aspek ilmu tauhid sahaja.
Ilmu Tauhid Zaman Rasulullah
Zaman Rasulullah SAW merupakan asas kepada ajaran tamadun Islam. Segala aspek kehidupan bagi umat Islam berpunca dari teras yang satu iaitu kalimah syahadah. Zaman ini juga merupakan zaman model tamadun Islam hampir semua prinsip pada zaman awal Islam berasal dari zaman ini. Selain dari itu, ia dinamakan sebagai zaman kegemilangan Islam.
Pada zaman Rasulullah para sahabat menerima segala ajaran Islam terus daripada Rasulullah, sekiranya ada persoalan, permasalahan atau perkara yang tidak difahami mereka akan terus menemui Rasulullah dan meminta penjelasan sehingga mereka memahami semua kemusykilan yang timbul dalam diri mereka. Setiap persoalan tauhid yang timbul ketika zaman Rasulullah akan diselesaikan melalui Al-Quran dan Hadis sehingga para sahabat menerima dan memahami segala isi kandungan Al-Quran dan Hadis yang berkaitan dengan tauhid. Dari hal ini juga, kepercayaan sahabat dan umat Islam ketika ini sangat teguh tanpa sebarang keraguan.
Rasulullah telah menyatukan umat dan kaum muslimin serta menjaga kedaulatan Islam. untuk itu juga semua kaum muslimin mengembalikan apa sahaja masalah mereka kepada Rasulullah. Antara lain juga, para sahabat pada masa itu disinari oleh cahaya hidayah dan Al-Quran dan mereka sentiasa dipantau oleh Rasulullah daripada berlakunya perpecahan dan perselisihan pendapat.
Perdebatan dan perpecahan dalam masalah tauhid merupakan suatu perkara besar dan masalah yang sangat ditakuti. Dari itulah, kaum muslimin sentiasa diingatkan supaya mentaati Rasulullah dan ditegah daripada berselisih faham. Firman Allah :
“Dan Taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi Segala kesukaran Dengan cekal hati); Sesungguhnya Allah beserta orang-orang Yang sabar.” (Al-Anfal : 46)
Ilmu Tauhid Zaman Sahabat
Setelah Rasulullah SAW wafat, berlakulah perlantikan Khalifah Islam yang pertama, kedua, ketiga dan keempat. Zaman ini juga boleh dikenali sebagai zaman pemerintahan Khulafa Ar-Rasyidin. Pada masa ini umat Islam sibuk menghadapi peperangan, pergaduhan dan perbalahan diantara umat Islam. Ketika ini juga umat Islam tidak ada perselisihan faham dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan tauhid. Mereka membaca dan memahami Al-Quran tanpa adanya takwil. Mereka mengikuti Al-Quran dan menjauhi apa yang ditegah. Mereka mensifatkan Allah dengan apa yang Allah sifatkan sendiri seperti mereka mensucikan Allah daripada sebarang sifat yang tidak layak bagi kemuliaan dan keagungan Allah. Apabila mereka berdepan dengan ayat yang mutasyabihat mereka beriman dengannya mengikut dengan menyerahkan penta’wilan kepada Allah sendiri.
Berlaku perselisihan pendapat dikalangan para sahabat hanya berkisarkan kepada perkara yang berkaitan dengan ijtihad di dalam masalah furu’ sahaja. Namum tidak berselisihan dalam masalah usul. Sebenarnya perselisihan pendapat dalam masalah furu’ berlaku sejak zaman Rasulullah lagi. Berkaitan dengan perkara usul dan tauhid, para sahabat menerima sahaja apa yang diajarkan oleh Rasulullah. Mereka tidak gemar membahas atau mencaritakan perkara-perkara yang berkaitan atau berhubung dengan tauhid. Tujuan mereka dari hal tersebut adalah untuk mengelakkan dari berlakunya perselisihan dan perpecahan dikalangan umat Islam. Setiap perkara yang timbul mereka akan terus merujuk kepada Al-Quran dan hadis untuk mencari jalan penyelesaiannya. Sekiranya masalah yang timbul itu tidak terdapat dalam Al-Quran atau Hadis, mereka akan membuat perbandingan dengan menggunakan kaedah qiyas dengan apa yang telah berlaku pada zaman Rasulullah dahulu.
Ilmu Tauhid Zaman Pemerintahan Bani Umaiyyah
Semenjak berlakunya pembunuhan keatas Saidina Usman Bin Affan, maka mulalah timbul perpecahan dikalangan umat Islam dan lahirlah golongan-golongan yang dinamakan Khawarij, Syiah dan lain-lain lagi. Walaupun pada asalnya perselisihan mereka itu mengenai politik dan jawatan khalifah, tetapi akhirnya berlarutan kepada perselisihan hukum-hukum dan akidah Islam.
Pada akhir zaman pemerintahan kerajaan Bani Umaiyyah, timbul pula golongan-golongan yang membawa pegangan yang salah dan bertentangan dengan ajaran Islam sebenar. Ini semua berlaku adalah disebabkan negara Islam mempunyai jajahan takluk yang luas sehingga diluar kawasan tanah arab. Zaman ini juga telah lahir tokoh-tokoh Islam yang berjuang untuk menolak kepercayaan-kepercayaan yang salah ada masa ini. Mereka membicarakan kepercayaan yang benar menurut Al-Quran dan Sunnah dan pada masa ini juga mula timbulnya perbicaraan ilmu tauhid secara khusus.
Ilmu Tauhid Zaman Pemerintahan Bani Abasiah
Pemerintahan Islam ketika zaman Abasiah bertambah luas kawasan jajahannya sehingga masuk ke wilayah Parsi dan Rom. Ramai orang-orang Ajam (bukan Arab) memeluk agama Islam, kebanyakkan mereka ini dari bekas-bekas agama Majusi, Brahman, Kristian dan sebagainya. Segala fahaman-fahaman yang terdapat di dalam agama terdahulu menular di dalam agama Islam.
Untuk membenteras fahaman-fahaman yang salah ini, maka timbullah tokoh-tokoh ilmu tauhid yang membahaskan dan menentang segala salah faham yang terdapat di dalam agama Islam pada ketika itu. Hujah mereka terdiri daripada dalil Al-Quran, Hadis, akal dan adat digabungkan untuk memberi kefahaman yang jelas kepada umat Islam agar mereka faham dan sentiasa mempunyai akidah yang dituntut oleh syarak.
Ilmu akidah ketika zaman ini sangat berkembang pesat, banyak kitab-kitab dalam pelbagai bahasa telah dihasilkan oleh ulamak ketika itu. Umat Islam ketika itu juga sangat gemar mempelajari ilmu ini dan mereka dapat mengembangkan ilmu ini mengikut hasil kajian yang telah diperolehi oleh mereka. Sebagai sokongan kerajaan ketika itu terhadap perkembangan tamadun ilmu, telah diwujudkan universiti dan perpustakaan yang besar sebagai pusat pengumpulan dan penyebaran ilmu-ilmu yang tumbuh di dalam Negara Islam pada ketika itu.
Sumber: Ustaz Nor Amin
Ilmu Tauhid
tauhid itu mengesakan Allah dari segala sesuatu apapun, paham akan sifat, dzat, dan af’al Allah….Salam “NGOPI” NGobrol perkorO Iman
tauhid maknanya kita serah diri kita pada ALLAH
2 dari ape yg aku faham la
lebih kurang rasanya…kena banyak belajar lagi ilmu tauhid ni…
tauhid nie kalau belajar betul2..
pergi dengar tok guru mengajar,
insyallah mantap akidah kita..
🙂
insyaAllah, kalau melalui pembacaan sahaja tidak cukup sebenarnya. perlu dapatkan jawapan yang sahih juga daripada guru.
Alhamdulillah ..syukur kepada AllahSWT atas nikmat dan rahmatnya sehingga bersama2 kita mendapat peluang mendalami sejarah perkembangan Ilmu Tauhid sejajar dengan dakwah dikala zaman RasulullahSAW..
insyaAllah, semoga ianya berkekalan ke akhirnya…
terima kasih dengan tulisan tuan.di harap dapat membantu
dengan aritcle2 begini
insyaAllah, terima kasih juga kerana sudi melawat. 🙂