AFF Suzuki Cup 2010 : #HarimauMalaya Garang di Twitter

Sekalung tahniah dan syabas saya ucapkan kepada pasukan bolasepak Malaysia kerana telah berjaya mencipta sejarah bolasepak tanah air dengan membawa pulang AFF Suzuki Cup buat pertama kalinya setelah menanti selama 14 tahun. Walaupun tewas pada aksi perlawanan akhir kedua di Indonesia 2-1, Malaysia menang secara agregat 4-2. Hasil kemenangan perlawanan akhir pertama di Bukit Jalil dengan 3-0.

Artikel Penuh

Harimau Malaya Kembali Mengaum

Pasti semua sudah mengetahui keputusan perlawanan akhir AFF Suzuki Cup yang berlansung di Stadium Nasional, Bukit Jalil semalam di antara Malaysia dan Indonesia. Pasukan Harimau Malaya berjaya menewaskan pasukan jiran dalam perlawanan akhir pertama dengan 3-0 yang boleh dianggapkan bekalan selesa untuk ke perlawanan kedua yang akan dilansungkan di Jakarta 29 Disember nanti.

Artikel Penuh

Final AFF Suzuki Cup – Siapa Lebih Layak?

Pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah buat anak buah Rajagopal yang telah melakar sebuah lagi sejarah apabila berjaya melangkah ke perlawanan akhir AFF Suzuki Cup yang bakal dilansungkan pada 26 dan 29 Disember nanti. Sejak dari awal lagi, peminat-peminat di tanah air sentiasa memberi sokongan kepada pasukan Malaysia untuk melihat kejayaan memenangi piala ini.

Artikel Penuh