Pengenalan

Blog Mohd Isa merupakan sebuah blog yang berteraskan perkongsian ilmu dan kisah peribadi penulis iaitu saudara Mohd Isa Ahmad Azan. Di dalam blog ini juga, terdapat pelbagai perkongsian ilmu yang menarik untuk dibaca.

Di antara ilmu yang dikongsikan di dalam Blog Mohd Isa ialah teknik SEO blog di mana ianya membincangkan teknik-teknik berkenaan Pengoptimuman Enjin Carian atau Search Engine Optimization (SEO) kepada blogger mahupun pembina laman web.

Selain itu juga, ilmu blogging juga diterapkan di dalam blog ini. Di mana, ianya bersesuaian kepada sesiapa sahaja yang ingin memiliki sebuah blog. Penulis juga mula berkongsi berkenaan tips gaya hidup seharian yang menarik untuk dipraktikan.

Walaupun banyak ilmu, teknik dan tips yang dikongsikan. Blog Mohd Isa tidak akan lari daripada perkongsian peribadi, di mana blog ini merupakan sebuah blog peribadi penulis. Oleh yang demikian, tidak kisahlah jika blog ini dipelbagaikan dari masa ke semasa.

Penulis & Pemilik

mohd isaJika nama blog pun sudah Blog Mohd Isa, sudah semestinya pemilik blog ini bernama Mohd Isa. Tetapi jika nama di dalam kad pengenalan, lain sedikit ejaannya iaitu Mohammad Isa. Mula menulis blog sejak beberapa tahun yang lalu, pada awalnya sekadar ingin melepaskan tekanan dalam kehidupan.

Sehinggalah menimbulkan minat yang mendalam untuk menceburi bidang blogger ini dengan lebih mendalam lagi. Mungkin kerana faedah yang mampu dimiliki daripada aktiviti blogging ini, bukan sahaja menulis untuk pembaca. Malah mampu menambah ramai kenalan di alam maya ini.

Selain itu juga, pelbagai ilmu yang mampu dipelajari dalam bidang blogging ini dan dikongsikan pula kepada pembaca. Terutama dalam perkongsian teknik SEO blog yang benar-benar menarik minat saya agar terus menulis di blog ini. Jom kenali saya dengan lebih rapat lagi. {akan dikemaskini dari masa ke semasa}

Ruangan Komen

  1. MIRA
  2. MIRA
  3. MIRA
  4. zulaikha
  5. oksig3n
  6. ulfa
  7. syah
  8. mod zamri