Salam buat semua rakan-rakan pembaca yang baik budiman kerna sudi bersinggah sana di sini. Maaf kerna sudah agak lama saya tidak membuat entri yang baru. Sebabnya ada kena mengena dengan tajuk kita kali ini. Promoter, percaya atau tidak.
Saya sendiri tidak mempercayainya, saya bergelar seorang promoter sekarang ini. Saja hendak mengisi masa lapang sambil mengisi isi kocek yang kian berkurangan ini. Tapi sekadar untuk bulan ini, buat promotion untuk camera Olympus. Memang murah dari harga biasa, jika tidak percaya sila lihat pada entri berikutnya.
Berbalik pada tajuk entri kita pada kali ini, penat juga menjadi seorang promoter rupanya. Cuba bayangkan kerja dalam keadaan berdiri dan mempromosikan beberapa buah kamera. Kalau ada yang beli, Alhamdulilah. Kalau tidak, abis air liur kita. Itulah risiko menjadi seorang promoter.
Baru saya merasai apa perasaan seorang yang bergelar promoter ini, maklumlah jika kita berjalan di pasaraya mesti ada promoter yang akan mempromosikan sesuatu barangan kepada kita. Jika kita berminat kita layan, jika kita tidak berminat mesti bermacam-macam cara kita lakukan untuk mengelak. Sebelum saya menjadi seorang promoter pernah juga mengata atau tidak mempedulikan apa yang ingin disampaikan seorang promoter. Tidak pernah terlintas untuk memiikir perasaan promoter tersebut.
Betul tak? Memang hak kita sebagai pengguna hendak membeli atau tidak, tetapi salahkah kita memberikan kata yang baik. ‘Tidak mengapa, nanti saya berminat saya cari awak ya.’ Salahkah memberi kata-kata tersebut? Promoter juga mempunyai perasaan, tidak salah jika kita meluangkan masa sesaat untuk mengucapkan kata-kata yang baik atau melemparkan senyuman kepada promoter. Itu lebih baik dari kita tidak melakukan apa-apa dan berlalu slamber tanpa mengendahkan promoter. Hehe, itulah yang sedang saya alami sekarang ini.
Cuba bayangkan, anda mempromosikan kamera yang anda ingin jual. Kemudian pelanggan tersebut mengatakan, ‘dah ada satu.’ Dan membuat muka kurang enak tanpa senyum lalu berlalu pergi. Memang tiada salahnya berbuat demikian, tapikan lebih baik jika tambah sedikit pada ayat tersebut. Seperti ‘tidak mengapa, saya sudah mempunyainya sebuah’ dengan senyuman tanda penghargaan kepada promoter tersebut. Sejuk sedikit hati, barulah tidak patah semangat mencari rezeki yang halal.
Tapi apa-apa pun memang seronok menjadi seorang promoter ini, dapat mengenali dengan lebih ramai jenis orang. Paling best, jika anda dapat menjual sesebuah barangan hasil promosi anda sendiri. Dalam dua hari saya hanya dapat menjual sebuah kamera Olympus µ TOUGH-6000 dengan harga promosi RM1199 dari harga sebenar RM1399. Murah bukan, itu kamera kedua termahal dalam promosi yang saya sedang lakukan.
Terkejut juga rakan sekerja yang lain melihat saya dapat menjual kamera tersebut, maklumlah saya orang baru dan tidak pernah ada pengalaman dalam promoter ini. Tambahan lagi dalam pertengahan bulan dan promosi yang dijalankan di bandar Taiping. Siapa orang Taiping mesti tahu bagaimana perangai orang Taiping dalam berbelanja ni.
Hehe, sekian dari saya untuk kali ini. Jika ada perkara yang hendak dibincangkan mengenai promoter ini, marilah berkongsi di sini. Kotak komen sentiasa menanti komen dari anda. Terima kasih.
Promoter blh x pasarkan produk secara online cth dlm fb or instagram
Promoter blh x pasarkan produk secara online
Salam, hai, sy afifah. Sy ada terima tawaran bekerja sebagi promoter dia pink apple lady. Kerja nya potong buah n promote to customer push up sales. Tak prrnah ada pengalaman dalam bidang macamni.. Kalau promote buah ada risk kena marah2 dgn customr ke?
Thanks?
Susah x jd promote ni???
Nak cuba jadi promoter untk unifi…
terima kasih kerana reply. saya akan cuba praktikkan. wish me luck ye sbb saya kerja bulan satu ni nty. harap2 tade masalah 😀
insyaAllah, semuanya akan berjalan dengan lancar. Banyakkan berdoa kepada-Nya…
assalamualaikum
post ni dah lama tp saya baru je baca so nak komen jugak n nak tanya sikit pasal promoter ni. saya baru habis spm pastu skrg ni tngah pikir2 nak keje jd promoter. hm , tp susah la. sbb saya ada sorang kwn ni. dia pon nak keje situ tp dia anggap saya ni menyusahkan sbb suka bergantung kat dia. mmg dari skola lg saya ni tak pandai bwk diri. mula2 kwn saya tu ingat dia tak nak keje jd promoter ni sbb saya pon nak keje situ , tempat yg sama ngan dia. sbb dia tak nak saya ganggu dia. hm sedih betol. tau tak camne nak buat kwn saya tu rasa saya ni tak nyusahkan dia. sbb dlm pikiran dia mmg dah set yg saya ni mmg menyusahkan huhuuu. so saya nak tanya camne nak jd promoter yg baik , yg pandai layan pelanggan? soalan apa yg selalu ditanya pada pelanggan? pastu camne kita tak nak susahkan rakan sekerja? huhuuuu takutla. saya harap awak dapat mengemukakan tips2 untuk jd promoter yg baik. lg satu apa tugas promoter selain promosi barang? terima kasih di atas bantuan. tolonglah balas ye walaupun post ni dah lama huhuhuhu
Salam nisa, maaf di atas kelewatan membalas komen awak ini. Sebenarnya untuk mencari promoter yang baik bergantung kepada diri kita sendiri. Seorang promoter yang baik mestilah seorang yang peramah, senang bergaul atau mempromosikan barangan kepada pelanggan walaupun tidak pernah kenal atau jumpa.
Kedua, sentiasa senyum kepada pelanggan walaupun kena marah atau menghadapi sebarang masalah. Maklumlah, untuk menarik minat pelanggan kenalah manis selalu.
Ketiga, yakin. Yakin dengan apa yang kita katakan kepada pelanggan bahawa barangan yang ingin dijual adalah yang terbaik dan menguntungkan kepada pelanggan.
Akhir sekali, pengetahuan dan pengalaman. Contohnya, nisa ingin jual produk LanguagePhone yang mengajar orang menguasai Bahasa Inggeris. Nisa perlu tahu menggunakannya dan nisa berpengalaman menggunakannya. Ilmu nisa juga perlu tinggi, maklumlah pelanggan sekarang pandai. Kalau nisa jual produk tadi, tapi MUET nisa sekadar band 2. Kalau orang tanya pasal tu, confirm orang takkan beli. Jadi nak jadi promoter perlulah bersesuaian dengan pengetahuan dan pengalaman, bukan main redah je.
Bab bergantung atau menyusahkan orang lain itu saya kurang pastilah pula, tetapi jika nisa dapat praktikkan berkara di atas. InsyaAllah tidak akan susahkan sesiapa lagi. 🙂
Semoga dapat membantu. Terima kasih.