Bajet 2013 atau Belanjawan 2013 sudah pasti dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat Malaysia, mungkin terdapat durian runtuh lagi yang bakal diberikan oleh kerajaan. Baru-baru ini Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa Belanjawan 2013 akan dibentangkan di Parlimen pada 28 September 2012 ini.
Daripada berita yang dikhabarkan, Datuk Seri Najib yang juga Menteri Kewangan menyatakan bahawa Belanjawan atau Bajet 2013 akan memberi tumpuan kepada pertumbuhan seimbang dan berkualiti selain kebajikan rakyat.
“Hari ini saya di sini untuk mendengar pandangan dan saranan anda terhadap isu-isu yang kita hadapi.
“Dalam perundingan Belanjawan, kita menerima 84 memorandum. Cadangan anda akan ditimbangkan sebagai input untuk Belanjawan 2013,” kata Najib pada Majlis Konsultasi Belanjawan 2013 yang dihadiri oleh semua pemegang kepentingan, di sini hari ini. – Ebeep Media
Dalam masa yang sama juga, Perdana Menteri kita berkata tema Perundingan Belanjawan 2013 ialah Memacu Transformasi Ke Arah Negara Maju.
Semoga Belanjawan 2013 atau Bajet 2013 ini akan memberikan kepuasan kepada semua pihak, rakyat Malaysia terutamanya. Belanjawan 2013
harap-harap banyaklah yg org2 kampung dapat yer dri belanjawan ni.
InsyaAllah, kerajaan prihatin akan membantu kita.
Assalamualaikum…Tuan org kg menimba ilmu di sini
ok. kita tunggu dan lihat..
Apa pula perubahan seterusnya 🙂
gaji naik…erk
tahu takpa, tunggu jelah jawabnya….