Cara mengatasi masalah kolesterol tinggi dan berlebihan? Tidak keterlaluan jika saya mengatakan bahawa masalah ini tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia. Kalau anda tidak percaya, cuba-cubalah lihat orang di sekeliling anda.
Merujuk kepada statistik yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia, terdapat 2.3 bilion manusia mengalami berat badan berlebihan dan 700 juta daripadanya mengalami masalah obesiti. Di mana majoritinya adalah penduduk Asia dan tidak ketinggalan negara kita.
Kesan Masalah Kolesterol Tinggi
Tahukah anda apa itu kolesterol? Kolesterol merupakan sebatian berlemak yang beredar melalui darah. Kolesterol yang beredar dalam darah melalui ikatan pada kompleks protein yang dikenali sebagai lipoprotein.
Kolesterol tinggi mampu meningkatkan risiko serangan penyakit berkaitan kardiovaskular dan juga strok. Kolesterol yang berlebihan akan menyebabkan dinding arteri akan tersumbat. Apabila ia semakin banyak, kolesterol tadi akan berkumpul dan menebal lalu menyebabkan pengaliran darah menjadi perlahan. Keadaan sebegini amat merbahaya kerana boleh menyebabkan aliran darah terus terhenti.
Cara Mengatasi Masalah Kolesterol Tinggi
Cara terbaik untuk mengurangkannya adalah dengan mengawal berat badan. Secara asasnya, badan akan menggunakan kalori lebihan ketika kita melakukan sesuatu kerja. Kalori yang berlebihan dari makanan yang dimakan akan menjadi lemak dan berat badan pula akan bertambah.
Makanan yang tinggi dengan kolesterol termasuk daging merah, kuning telur, makanan laut dan organ haiwan seperti hati. Sesetengah individu mengalami paras kolesterol yang tinggi disebabkan oleh faktor genetik.
Cadangan pemakanan yang terbaik adalah dari sumber soya. Jumlah pengambilan protein soya yang disyorkan oleh pakar adalah 25g sehari. Ini kerana, protein soya telah terbukti dapat membantu mengurangkan paras kolesterol. Selain itu, protein soya juga merupakan sumber makanan utama untuk membina sel darah, otot dan tisu badan.
Pengubahsuaian cara hidup dan diet merupakan faktor-faktor penting dalam mengawal paras kolesterol. Kaedah memasak juga perlu dipertimbangkan kerana kaedah menggoreng berupaya meningkatkan jumlah asid lemak trans dalam makanan berbanding kaedah merebus, mengukus dan membakar.
Selain itu juga, anda digalakkan memakan epal hijau. Di mana khasiat epal hijau mampu mengurangkan kolesterol dalam badan. Melakukan senaman secara kerap juga sangat digalakkan untuk mengelakkan daripada terkena sebarang penyakit.
Sumber: Tupai
Cara Mengatasi Masalah Kolesterol Tinggi
Hooo tips yang bagus
Makanan apapun harus seimbang dan secukupnya, kekurangan tidak boleh dan kelebihan juga tidak boleh.
ini masalah saya sekarang diet dan selalu bersenam tapi tetap tak bisa turun lagi kolestrolnya
Rajin keluar peluh, amalkan pemakanan piramid ok dah..
high kolestrol ni pun banyak faktor jugak ni selain makanan. Tapi perut la punca segala penyakit.. heeee
latih diri kene rajin ngap benda2 sihat..
amalkan gaya hidup yang sihat.
itu dah cukup.
dlm masa seminggu dua ni cuba utk amalkan mkn oat utk dinner.. walau tak sesedap ayam goreng kepci. Uhuk2
Boleh amal diet oat kerana ia mampu menyerap lemak sepanjang saluran pemakanan cuma awas bagi pengidap Ghout ada masalah dengan oat ini.