Makanan bergula sering menjadi pilihan ramai terutama rakyat Malaysia tidak kira peringkat usia. Begitu juga saya sendiri, gemar menjamu kek dan coklat yang boleh dikatakan kandungan gula yang tinggi.
Tetapi tahukah anda, bahawa pengambilan makanan bergula yang berlebihan mampu menyumbang kepada masalah diabetes atau kencing manis, kerosakan ginjal, kardiovaskular, obesiti, kemurungan serta kerosakan gigi.
Mengerikan jika anda tergolong kepada yang gemar mengambil makanan bergula, bukan tidak boleh. Tetapi perlu dikurangkan, ini kerana makanan bergula penting juga dalam memberi tenaga kepada kita.
Oleh yang demikian, di sini saya ingin kongsikan cara mengurangkan pengambilan makanan bergula berlebihan agar kita dapat mengamalkan gaya hidup sihat untuk mencegah penyakit seperti yang saya nyatakan sebelum ini.
Cara Mengurangkan Makanan Bergula
Makan Sayur dan Buah
Salah satu cara yang saya sering amalkan adalah makan sayur dan buah, ini kerana saya juga gemar masakan sayur ketika menjamu selera. Oleh itu, biasakan diri anda dengan memakan sayur dan buah terlebih dahulu. Ini kerana anda boleh mendapatkan rasa manis dari buah sudah menghindari kelaparan dengan banyak memakan sayur.
Makan Coklat Hitam
Bagi penggemar coklat, kurangkan pengambilan coklat putih dan coklat susu dengan mengambil coklat hitam atau ‘dark choclate’. Walaupun agak pahit dan tidak sesedap coklat lain, namun ianya mampu membuatkan anda lebih tenang dan tidak merasa tertekan dalam usaha menghindari makanan bergula.
Minum Air Yang Banyak
Minum banyak air sangat efektif dalam menghadkan pengambilan makanan bergula kerana air mampu membuatkan anda kenyang dan membakar lebih banyak kalori. Apabila anda mula teringinkan makanan yang manis, ambil sebotol air dan minum hingga beberapa teguk.
Makanan Masam
Salah satu cara yang saya amalkan juga adalah dengan biasakan diri minum air limau atau jus perahan lemon. Selain itu, anda boleh cuba mengambil buah anggur atau kiwi. Ini mampu membuatkan diri anda terhindar dari menyentuh makanan bergula.
Mungkin anda akan berasa sedikit terseksa jika mengamalkan cara pengambilan makanan bergula di atas. Tetapi anda harus sedar bahawa mencegah lebih baik daripada merawat, anda harus fokus untuk mengelakkan diri anda daripada penyakit seperti diabetes atau kencing manis dan lain-lain penyakit yang berpunca daripada makanan bergula.
walpak kusanagi joblos goblok gapeh wadapap phuuiii hehehe
kena kurang kan gula untuk elak diabetes mesti dilakukan sejak dini
makan nasi lebih pun bahaya juga. jadi baiklah kita bersederhana. makan coklat hitam banyak sangat pun bahaya, nanti gigi hitam ekekekeke
dah makin berusia memang gula kena kurangkan.. ambil estrak daun stevia pun bagus juga
Aik menyepi lama tuan blog nih, sibuk sangat ke? Jarang online la noh… Hehe ke tengah dok kurangkan pengambilan gula dalam makanan lagi 😀
makan nasi lebih pun bahaya juga. jadi baiklah kita bersederhana. makan coklat hitam banyak sangat pun bahaya, nanti gigi hitam ekekekeke
kena kurang kan gula untuk elak diabetes mesti dilakukan sejak dini
Memang betul apa yang dinyatakan, cuma saya kurang berdisiplin.
Lama tak singgah blog ni.. hehehe, tips terbaik ni 😀
kalau suka manis.. better guna produk pemanis seperti stevia.. 0 calories
terimaksih gan ane mau diet nih mudah-mudahan cocok dengan cara ini hehe
buat masa ni, cuba amalkan minum air masak sebanyak mungkin, cuma kadang2 terlepas minum air masak yg sudah disejuk beku.
Ni blog kesihatan ke camne ni?
haha, akibat malas menulis dan memerah otak. tulis balik topik yang aku baca dan menarik untuk dikongsikan. 😛
Coklat hitam yang paling enak.
Jaga pemakanan takut kena diabetes nanti.
Tips yang baik ne,selalu dengar saudara 2 kena kerat kaki sebab kencing manis .
kena ambik gula jugak kalau nak sado kan badan…hehehe
Makanan masam tu baru 1st time dengar.. mungkin bleh diamalkan. Dah makin meningkat usia ni, kesihatan kena jaga.
Satu masalah minum air banyak, kerap ke bilik air. 🙂
Itu sudah semestinya, kerap buang air kecil ada bagusnya. Ia akan membantu membuang apa yang tidak perlu dalam badan.
Cara paling senang minum air masak je. Lepas tu kawal la sikit nafsu makan tu.
Yang itu terbaik, mudah dan menyenangkan. Banyakkan minum air putih, baik untuk kesihatan. 🙂
wa, ni first time dengar pasal coklat hitam. nak kena survey ni.
Yang ini parah, coklat hitam kurang gula. Ada rasa pahit-pahit sedikit, selalu orang guna untuk buat kek. 🙂
Thanks untuk sharing.. baru nak mula diet ni 😛
Sama-sama, tapi harus diingat. Diet bukan sekadar menurunkan berat badan sahaja tau. Diet lebih penting untuk jaga berat badan dan kesihatan. Amalkan diet yang seimbang ya. 🙂
coklat hitam memang sedap. sedap makan dengan air kopi.
kalau naik gunung..selalu aku makan coklat hitam ni la.
wah, bertambah kelat la kopi ko. tapi macam mengiurkan ja. pastikan cendol dikurangkan ya. 😛
Testing for ReplyMe plugin!
Apa link plugin tu? nak test tengok.
Erk, dapat ke emel notifikasi? Aku pun dah lupa ambik mana, search la tgk. Tp mcm dah lama tak update.
Tips nan bermanfaat kak, apalgi bagi kaum hawa seperti kami