Pelangi Kasih sebuah drama Melayu yang ditayangkan dalam slot Samarinda di TV3, kira versi ketinggalan jugalah. Maklumlah, drama Pelangi Kasih ini sudah memasuki episod yang ke-4 tidak silap saya.
Drama Pelangi Kasih dalam slot Samarinda di TV3 ini dibintangi oleh Puteri Sarah Liyana, Abby Abadi, Beto Kusyairy, Amar Asyraf dan ramai lagi. Jom layan sinopsis drama Pelangi Kasih di bawah:
Sinopsis Drama Pelangi Kasih Slot Samarinda TV3
Cerita bermula mengenai kisah 3 orang sahabat yang rapat sejak kecil, watak dilakonan Nabila Huda (Sofia), Beto (Zafrul) dan Puteri Sarah Liyana (Azlin).
Azlin bakal mewarisi pernigaan datuknya Haji Mahmud, Pengerusi Green Global Sdn Bhd, manakala bapa Sofea seorang guru agama dan pekebun di kampung.
Zafrul seorang pelajar yang pintar selalu membantu Sofea dan Azlin dalam pelajaran dan Zafrul tua 2 tahun dari mereka berdua.
Setelah tamat belajat di universiti, Sofea dan Azlin meneruskan kerjaya di Green Global, mereka berdua berjaya memajukan pernigaan. Sofea bijak membawa pelabur masuk dalam bidang hartanah. Azlin pula bijak dalam perhubungan pelanggan.
Hubungan baik ketiga-tiga mereka berjalan lancar namun setelah Zafrul mahu berkahwin dengan Azlin, hati Sofea terluka kerana merasakan Zafrul mempermain-mainkan perasaannya.
Untuk mengukuhkan kedudukan Zafrul dalam syarikat, Azlin telah memberikan jawatan yang sepatutnya menjadi milik Sofea kepada Zafrul. Sofea berasa kecewa dengan Azlin kerana menganggap Azlin cuba menyingkirkannya secara halus.
Pengenalan Sofea dengan Omar (Johan Ariff Asa’ri) yang merupakan pesaing kepada Green Global Sdn Bhd menimbulkan rasa tidak senang hati oleh Zafrul. Akhirnya, Sofea dikhianati dan dipecat atas tuduhan pecah amanah oleh Azlin yang cemburu dengan prihatin Zafrul atas Sofea.
Selepas Sofea berkahwin dengan Omar, syarikat Lembayung Delta Sdn Bhd milik Omar telah mengalahkan Green Global Sdn Bhd untuk mendapatkan tender tanah. Bagi menjaga kepentingan syarikat pada masa depan, Zafrul berikhtiar untuk ‘menghapuskan’ Sofea dan Omar dari dunia korporat.
Sofea terluka dengan pengkhianatan 2 sahabat baiknya dan menghilangkan diri di kampung halaman Omar. Apakah Sofea akan bertemu semula dengan Zafrul dan Azlin?
Download Drama Pelangi Kasih Slot Samarinda TV3
Untuk memuat turun sila ke Download Drama Pelangi Kasih Slot Samarinda TV3 sekarang juga. Pelangi Kasih
kalau beto berlakun..memang aku suka tengok.
muka dia memang susah nak cari..
ada rupa aku tak? haha
best x drama nih, kalau best aku layan
layan abis, best…hehe