Penulisan

Final Liga Juara-juara Eropah

Salam buat semua para pengunjung dan pembaca setia blog mohd isa. Rasanya belum terlambat untuk saya publishkan entri ini iaitu Final Liga Juara-juara Eropah di antara kelab kesayangan saya Man Utd dan musuh tradisi rantau Eropah Barcelona.

Rasa-rasanya siapakah yang layak digelar juara antara kedua-dua pasukan ini, di hati saya tetaplah Man Utd. Biasalah, supporter of Man Utd katakan, tapi adakah Man Utd mampu mengekalkan kejuaraan? Dengan kesebelasan utama yang nampak kuat, tapi tidak kurangnya dengan Barca. Diperkuatkan dengan Messi, Henry dan Eto. Fuh! Memang gempaklah barisan serangan Barca. Bahagian tengah, dah tentu Ineasta menjadi ancaman. Saya juga meminati pasukan Barca, sebab saya main Football Manager. Di mana saya boleh tahu semua kebolehan pemain.

Berbalik kepada pasukan pilihan saya, Man Utd. Membuatkan saya risau juga dengan pemain pertahanan yang turun naik prestasinya. Jangan buat hal di final sudah. Ronaldo, Rooney, Berbatov mungkin akan jadi taruhan di barisan serangan. Tengah saya tak berapa pasti, itu juga turun naik prestasi. Apa-apa pun, saya mengucapkan selamat kepada Man Utd. Glory Glory United.

P/S: Apa pendapat anda pula? Pasukan mana yang akan jadi juara? Pasukan manakah pilihan anda? Jangan lupa menonton aksi klasik ini pagi esok. Sekian.



Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.