Euro 2012 penuh dengan drama, dengan pelbagai jenis haiwan membuat ramalan bagi mengejar populariti seperti mana sotong korita pada piala dunia dahulu. Dengan isu perkauman di mana Russia bakal kehilangan 6 mata pada Euro 2016.
Belum drama di atas padang, lagi banyaklah jika hendak diceritakan. Walaupun kadang-kadang saya tertidur semasa menonton perlawanan Euro 2012, tetapi saya masih sempat mengikutinya dengan rangkuman perlawanan yang disediakan.
Drama Euro 2012 Kumpulan A
Terbaru drama di dalam Kumpulan A di mana tersingkirnya pasukan tuan rumah Poland setelah gagal memenangi satu perlawanan pun. Pada perlawanan terakhir gagal mengutip sebarang mata setelah tewas kepada Republik Czech 1-0 dan menghadiah kemaraan buat Republik Czech yang dipandang pasukan pertama yang akan tersingkir apabila tewas 4-1 kepada Russia pada perlawanan pertama.
Tetapi yang paling sedih dalam Euro 2012, pastinya pasukan Russia yang dianggap pasukan pilihan untuk layak ke pusingan kalah mati apabila menjadi pasukan pertama yang menang besar di dalam Euro 2012. Akhirnya mereka terpaksa akur kepada Greece yang melakukan kejutan ke atas mereka dengan kemenangan Greece 1-0.
Jika diikutkan Greece dan Russia mengumpulkan mata yang sama iaitu 4 mata hasil daripada satu kemenangan dan satu seri. Jika dilihat jumlah jaringan di atara dua pasukan ini, Russia memiliki kelebihan iatu dengan 5 jaringan berbanding Greece dengan hanya 3 jaringan.
Tetapi di dalam Euro 2012, jaringan bukanlah keutamaan. Yang menjadi keutamaan adalah keputusan perlawanan, Greece menewaskan Russia pada perlawanan terakhir. Ini bermakna, Greece layak ke suku akhir dan Russia pulang hampa.
Begitulah drama terbaru dalam Euro 2012 awal pagi tadi, jangan lupa pula menonton drama awal pagi esok pula. Perlawanan tumpuan sudah pasti di antara Portugal dan Belanda, di mana Belanda perlu menang besar dan berharap Denmark tewas kepada Jerman dalam satu lagi perlawanan.
Jangan lupa dapatkan Jadual Euro 2012 untuk melihat jadual penuh setiap perlawanan agar anda tidak terlepas drama dan aksi di Euro kali ini. Jerman pasti menang Euro 2012.
kan aku dah cakap..greece masih ada peluang lagi nak layak. terbukti sudah.
itulah, tak sangka pula greece layak.
Nasha tetap sokong Spain ♥
Apa la Nasha ni. Germany lah, baru muda selalu. 🙂
tak sabar nak tengok Spain lawan pulak ni.hehe
Greece mula2 tak sangka, tapi 1st half tu memang terbaik ar
itulah pasal, Spain kena menang juga. memang best la euro kali ni. semua kena tunggu perlawanan akhir kumpulan. Greece memang terbaiklah, tapi hampir pasti dorg akan bertemu Germany pula di suku akhir. hehe
akhirnya greece yg layak..hehe
tahu takpa, penuh kejutan kot. terbaik!