Hari Bapa?

Salam buat semua pengunjung dan pembaca semua, kali ini entri yang berkisarkan orang yang amat penting dalam setiap insan yang bergelar anak. Iaitu bapa, ayah, bapak, bak, dan segala panggilan buat ayah kita. Secara jujurnya saya mengakui bahawa saya tidak pernah mengingati Hari Bapa dan Hari Ibu. Tapi apa yang penting sekali bagi saya, adalah mengingati setiap pengorbanan mereka dan menghormati mereka selalu.

Hari Bapa, merupakan hari-hari biasa bagi saya. Tapi mungkin ia satu hari yang istimewa buat seorang insan yang bergelar bapa. Menanti penghargaan dari seorang anak. Kali ini saya ingin menceritakan sedikit tentang bapa saya yang saya panggil ABAH.

Abah merupakan insan yang paling penting dalam hidup aku, dari kecil aku menghormatinya. Membelai aku dengan penuh kasih sayang, Mak aku pernah menceritakan bahawa sewaktu aku masih kecil. Abah sentiasa menjaga dan bermain bersama aku setelah pulang dari kerja. Aku merupakan anak sulung di dalam keluarga ini.

Abah aku seorang pesara tentera, abah aku seorang yang tegas dahulunya. Setakat kena rotan tu aku dah pernah merasainya selalu. Aku ingat lagi, dia pernah kejar aku satu kampung dengan rotan. Mana taknya, abis je sekolah aku terus keluar bermain. Ini mengajar aku tentang displin dalam hidup dan menimbulkan perasaan rendah diri bagi aku.

Aku amat menyayanginya, banyak perkara yang menimbulkan perasaan itu. Tanpa ungkapan, aku tidak tahu menterjemahkannya. Apa yang aku tahu, abah merupakan insan yang paling baik buatku. Abah sanggup tidak makan asalkan anak-anaknya dapat makan, abah sanggup bekerja siang dan malam untuk menanggung anaknya. Abah sanggup meminjam, asal anaknya dapat melanjutkan pelajaran. Abah sanggup melakukan apa sahaja, asal dapat memenuhi permintaan anaknya. Abah, abang amat menyayangi abah. Maafkan segala dosa abang, maafkan abang jika abang banyak menyusahkan abah. Halalkan makan minum abang ya.

Itulah serba sedikit tentang bapa saya dan sedikit keikhlasan buat bapa saya. Mengertilah, bahawa bapa merupakan seorang insan yang amat penting bagi setiap insan. Tanpa bapa, tiadalah kita. Sekian. Selamat Hari Bapa.

Sebarkan kepada rakan-rakan anda!

Leave a Comment