Hari terakhir…

Antara seronok dan tidak seronok? Memang susah nak diceritakan di sini ketika kepala sedang sedang berputar-putar, apa-apa pun perjalanan perlu diteruskan. Hidup masih panjang, impian perlu digapai.

Apa yang saya melalut di pagi hari ni, hehe. Setelah 24 minggu saya berada di Cyberjaya, akhirnya hari-hari yang ditunggu kini menjelang tiba. Hari ini merupakan hari terakhir saya menjalankan latihan industri saya di salah sebuah syarikat yang tidak asing lagi Malaysia. Anak buah syarikat yang menyediakan talian internet kepada kita semua. Kalau tak lain tak bukan, Telekom Malaysia. Tapi saya bukan praktikal kat situ ye. Saya menjalankan latihan industri saya di Telekom Research & Development.

Agak mencabar juga bila menjalankan latihan industri di sini, mana tidaknya. Benda yang kita tak pernah lakukan dan tidak mahir, terpaksa kita lakukan. Bagaimana ya? Kalau nak tahu, saya ditempatkan di bawah Seksyen Sistem Teknologi. Di mana seksyen ini bawah penyelidikan telekomunikasi. Takleh cite panjang pasal projek-projek yang dijalankan, nanti kena saman. Private and confidential, terma dan syarat bila anda berada di sebuah R&D.

Tapi yang saya boleh bagitahu, saya menjalankan tugas sebagai designer untuk chip RFID. Kalau nak tahu RFID itu apa, sila search dalam Google ye. Berbalik pada tajuk asal, Hari terakhir… Seronoklah kalau dah abis latihan praktikal, banyak ilmu yang dipelajari di sini. Banyak perkara yang kita boleh praktikkan di sini. Staf bawah seksyen saya juga baik-baik belaka, best. Tapi yang tak seronoknya, laporan akhir dan slide untuk presentation tak siap lagi. Pening dah nak buatnya, masalah-masalah.

Tinggal seminggu sahaja lagi nak siapkan laporan ni. Sebab nak kena hantar buat hard cover. Ades, siapakah dapat membantu saya? Adakah saya mampu melakukannya? Adakah laporan saya sehebat rakan-rakan saya yang lain? Itu yang bermain di fikiran saya sekarang.

Apa-apa pun, perlu dilaksanakan. Akhir kata, selama tinggal TM R&D. Yahoo!

Sebarkan kepada rakan-rakan anda!

11 thoughts on “Hari terakhir…”

Leave a Comment