Salam buat semua pengunjung blog mohd isa, kali ini saya nak berkongsikan satu entri yang tah apa-apa bagi saya. Entri ini lebih kepada luahan rasa oleh saya sendiri. Idea? Di dalam pemikiran saya, idea merupakan satu pemikiran bernas yang perlu ada dalam hidup dan otak seseorang. Ini kerana dengan idea yang ada banyak perkara yang boleh dilakukan.
Bagi seorang blogger yang tegar (acah jerk) idea merupaka elemen penting dalam berblog ini. Kerana dengan idea kita dapat menulis sesuatu aktikel atau entri. Untuk idea yang positif dalam entri, entri tersebut mestilah dapat menarik minat pembaca di blog kita. Selain itu juga, idea untuk entri juga dapat memberi manfaat atau kebaiikan kepada pembaca. Terdapat banyak jenis entri yang kita dapat lihat di blog-blog yang tumbuh bagaikan cendawan sekarang ini.
Ada yang berteraskan peribadi, tutorial, tips dan sebagainya. Apa jenis sekali pun, entri hendaklah mampu menarik minat si pembaca. Selain itu juga, idea untuk theme sesebuah blog atau seni kepada blog itu sendiri juga. Ada yang kelihatan menarik dan tidak menarik. Bagi saya, blog yang simple atau design nya yang ringkas adalah yang terbaik. Kerana ini dapat membantu pengunjung untuk melayarinya. Tapi itu hak masing-masing.
Jadi idea ini juga berpandukan matlamat kita berblog, adakah sekadar suka-suka? Adakah sekadar ingin meluahkan pendapat? Ataupun sekadar ingin berkongsi tips dan tutorial? Apapun matlamat kita, yang penting idea yang bernas di dalam setiap entri yang anda publishkan adalah penting. Tetapi ada juga yang berfikiran, “lantak aku lah nak buh entri apa pun”. Pemikiran sebegini, baik tulis di dalam diari sahaja. Supaya tiada siapa yang boleh baca.
Okay, sekian sahaja dari saya buat kali ini. Apa yang penting? Idea berblog!!!
Yang buntu (tak tahu nak post apa),
mohdisa