Pernahkah anda terbaca atau memasuki blog yang dibina berunsur atau bertujuan untuk menghina Islam? Atau pun anda pernah menyertai atau menjumpai Facebook fan page yang dibuka atas nama Islam, tetapi adalah bertujuan mencerca Islam, Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w.
Jika anda tidak pernah menjumpai atau memasuki blog atau Facebook fan page tersebut, memang elok benarlah. Kerana ianya tiada faedah kepada anda, malah ianya memudaratkan diri anda. Bagi saya ianya dibina adalah dasar ingin meruntuhkan aqidah dan menaikkan kemarahan umat Islam.
Tertarik dengan artikel terbaru daripada blog Denaihati mengenai Blog Menghina Islam yang menyebut mengenai penyebaran blog Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara yang mencerca Allah s.w.t. dan menghina Rasulullah s.a.w. serta mempersendakan agama Islam. Wajarkah blog sebegitu disebarkan?
Secara teorinya, jika anda menyebarkan blog tersebut. Seolah-olah anda sedang membantu penulis dan pemilik blog tersebut untuk meningkatkan trafik dan pembaca. Jika anda seorang blogger mungkin anda mengerti mengapa blog dibina dan bagaimana sesebuah blog itu boleh hidup dan bertahan dengan lebih lama.
Bagaimana pula dengan Facebook fan page yang menghina Islam? Jangan LIKE sama sekali, kemudian jangan sesekali meninggalkan komen atau memberi sebarang pendapat mengenainya. Ianya seperti anda mencurah minyak kedalam api yang sedang menyala.
Anda juga boleh membaca artikel daripada rakan saya, Ariff Shah mengenai Langkah Berhadapan Blog Provokasi. Dalam artikel tersebut ada menerangkan bagaimana hendak mematikan sesebuah blog dan Facebook fan page yang menghina Islam.
Diharap dengan artikel ini dapat membuka mata anda agar tidak sesekali menulis atau menyebarkan mengenai blog atau Facebook fan page yang menghina Islam. Kerana perbuatan tersebut seolah-olah anda sedang membantu menyebarkan satu buruk dengan kata lagi anda sendiri sedang menghina Islam.
.kalau nk iktkan perkembangan sekarang ni….mcm2 hal yang jd….mcm minah ni jgk,,d berfikir sblm buat tindakan atau x xtau la…tp klu ni fitnah semata2…nauzubillah…
kita menyebar.. kita seaakan-akan promosi mereka
kalau aku kita kalau nk dakwah kat org tu susah sikit sebab dia akan lagi teruja nak debat sebab dia yakin dia betul, jadi kita report jer kasi tutup blog mcm tu, hehe
Memang banyak yang jenis hina agama islam,Nabi dan ada yang berani hina Allah..
Hari tu ada blog makcik hingga orang dari skkm turun lihat b log dia..Macam2 dunia sekarang dan tidak takut Siksaan di Akhirat.
betol2..kalau kita sebar maknanya makin banyak trafik yang masuk ke blog dia..
makcik tu nak glamor la 2..
malas dah nak layan blog macam tu. Kalau kita cerita..kita promosi aje..dah ramai plak yang buat entri pasal ni..siap tolong promosi dan letak gambar lagi..entahlah..aku harap makcik tu insaf secepat mungkin.
kadang-kadang hairan..bila blog papar kes politik..dihadapkan ke mahkamah..padahal ni melibatkan agama..tiada apa2 tindakan pun..apakah plitik lebih pentng dr agama..betul..cara terbaik..jgn sebarkan..admin delete post ni hehe~gurau
yang sebarkan dan menghina Islam ni mungkin dah serik kot
satu hari nanti kena humban di muka pengadilan baru la dia tahu macam mana rasanya menghina Islam
Semakin disebarkan semakin suka dia. patutnya semua orang lebih pandai berfikir apa yang patut dilakukan.
Betul bro…setuju ngan point2 yg ko berikan….:)
abaikan aje. jangan layan blog tu..
buat tak tahu je kan senang… manusia ni bila dh terlalu nk amik tahu jadi mcm tu pulak.. haishh
setuju dengan pandangan tuan. dengan komen di blog atau di fan page tersebut hanya akan menyebarkannya tanpa kita sedari
Aku yakin,suatu hari nanti islam pasti akan bersatu,..percayalah
kata tak suka kan? pastu lagi post kat blog.. lagi orang tau.. lagi depa komen dan lagi la tersebar.. lagi sakithati..
hmm.. taktau la..
malas nak ambil kesempatan tulis benda2 yang sensitif gini..
aku rasa yang dok buat semua ni adalah attention seeker yang dah mentally disturbed. sanggup buat apa saja untuk dapatkan perhatian orang lain. aku setuju dengan pendapat bahawa website/blog seperti tidak perlu diberitahu atau disebar kepada umum. lapor sahaja kepada pihak berwajib sudah.
macam-macam lak ada eh sekarang..
apa kes plak makcik tu?tetiba je? buang tebiat ke?
ish… harap2 sempatlah kot dia eh sebelum terlambat..
sebenarnya tak payah layan blog camtu. lagi dilayan lagi suka tuan punya blog. baik report kepada pihak berwajib saja. biar mereka selesaikan.
betul cakap ana tu 🙂
masuk fanpage , blog tinggal komen.
adeh tak payah susah semua tu, report/abuse sudah
lagi dok melayan,makin la naik kepalanya..
ak pun tade nak LIKE2 ni, spam semua tu
yupp, blog macam tu hanya ada agenda trsendiri, masuk dn meningglkn comment di blog trsebut hanya membuang masa…
most of all…ramai yg buat camtu sekarang ni.nasib baik xbukak fanpage xpun blog diorang nih…to be exact diorang ni saje nak cari publisiti murahan.
mintak dijauhkan..Amin