Hapuskan dosa. Salam 1Malaysia dan salam sejahtera buat sahabat pembaca semua. Diharap anda semua berada di dalam keadaan sihat walafiat hendaknya. Pernahkah anda terfikir mengenai dosa yang anda lakukan, tidak kira hari ini, semalam dan hari-hari sebelumnya. Bagaimana pula kita hendak menghapuskan dosa tersebut, adakah perlu melakukan solat taubat setiap masa?
Kali ini saya ingin berkongsikan sebuah lagi artikel daripada siri pembacaan saya di sebuah majalah ilmiah keislaman yang kian naik, Gen-Q yang bersesuai untuk jiwa remaja sekarang. InsyaAllah dengan pembacaan ini diharap dapat membantu kita semua dalam mengetahui amalan-amalan yang dapat hapuskan dosa kita.
Amalan-amalan Hapuskan Dosa
Amalan-amalan yang menghapuskan dosa dan mendapat keampunan:
- Mengelokkan wuduk.
- Mengerjakan solat Tasbih.
- Berpuasa dan beribadah di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah s.w.t.
- Mengucapkan syukur (Alhamdulillah) setiap kali selepas makan dan memakai pakaian.
- Duduk sebentar di dalam masjid selepas solat.
- Berzikir selepas solat.
- Berjalan dari rumah menuju ke masjid dalam keadaan berwuduk.
- Berzikir kepada Allah s.w.t. secara bersendirian atau berkumpulan.
- Memperbanyakkan tasbih, tahmid, tahlil dan takbir.
- Mengerjakan solat secar berjemaah.
- Solat di saf hadapan.
- Mandi sunat sebelum menunaikan solat Jumaat.
- Membelanjakan harta ke jalan Allah s.w.t.
Begitulah di antara amalan-amalan yang mampu hapuskan dosa kita, rasanya bukan susah untuk kita mengerjakan amalan-amalan di atas. Ada di antaranya, merupakan satu perkara rutin yang kita boleh lakukan seperti makan dan memakai pakaian. Hanya perlu menambahkan lafaz alhamdulilllah sahaja mampu hapuskan dosa kita, insyaAllah.
Semoga dengan perkongsian saya pada kali ini mampu membantu dan mengingatkan kita semua berkenaan amalan-amalan untuk hapuskan dosa.
waa kongsian yang sangat menarik bro..harap semua dapat manfaat daripada apa yang dikongsikan ini..mohon share..:)
boleh, memang untuk dikongsikan. jangan lupa kreditnya ya. 🙂
emm..jom. jom. jangan asyik dok topup dosa aje..
tahu takpa, ini lebih dosa dari pahala. memang nayalah. 🙂