Keselamatan Berinternet

Salam buat pengunjung yang setia, hari ini saya ingin berkongsi sedikit tip tentang dunia internet. Dalam sedar tak sedar, mungkin website yang kita layari akan menghantar virus ke komputer kita. Bagi yang ada internet security, maybe boleh tangkis virus tu. Tapi kita boleh elakkannya dari awal lagi dengan menggunakan satu Add on untuk browser kita. Mudah sahaja:

1)Install Mozilla FireFox (yang pakai IE pun boleh install add on ni)

2)Layari www.siteadvisor.com dan klik Download Siteadvisor.

3)Ikuti arahan yang diberikan. Ia akan memasang SiteAdvisor add on pada pelayar firefox anda.

4)Sekiranya semua proses telah selesai, maka option “McAfee SiteAdvisor” akan terpapar pada sudut kanan-bawah pelayar anda. Klik icon tersebut dan pilih setting. tandakan semua option yang ada kecuali yang terakhir iaitu “Use SSL Communication to server”.

5)Sekarang cubalah anda masuk mana-mana website dan lihat warna icon tersebut berubah. sekiranya anda membuat carian menggunakan enjin carian seperti google/yahoo, hasil carian tersebut akan di’highlight’ dengan warna yang berkaitan menandakan aras keselamatan untuk melayari pautan tersebut.


HIJAU = Website selamat untuk dilayari
KUNING = Jaga-jaga, possible untuk dijangkiti virus/malware adalah sederhana.
MERAH = Awas, website mengandungi virus dan malware.

Selamat mencuba, credit by http://www.mypolycampus.net/

Sebarkan kepada rakan-rakan anda!

Leave a Comment