Pernahkah anda merasa keenakan dan kelazatan buah mulberi? Tapi tahukah anda bahawa buah mulberi yang berwarna hitam dan merah ini memiliki khasiat terutama untuk kecantikan kulit.
Malah buah mulberi ini sebenarnya telah digunakan sejak dahulu lagi untuk dijadikan sebagai agen merawat kecantikan kulit wajah. Di mana kandungan nutrisi dan anti oksidanya sangat bagus untuk kulit anda, termasuk beberapa lagi khasiat lain.
Khasiat Buah Mulberi Untuk Kecantikan Kulit
Anti Penuaan
Antara khasiat buah mulberi adalah kandungan anti oksida yang sangat tinggi sehingga dapat melawan sebarang radikal bebas di kulit yang akan menyebabkan kemunculan tanda-tanda penuaan seperti kedutan di kulit wajah.
Mencerahkan Kulit
Selain itu, khasiat buah mulberi juga adalah keupayaannya mencerahkan kulit wajah anda dan sekaligus bertindak sebagai agen menyamarkan bintik hitam dan noda kusam di sekitar wajah.
Mengatasi Masalah Kulit
Jangan dibiarkan begitu sahaja daun pokok mulberi kerana air rebusannya dapat menyembuhkan pelbagai jenis penyakit seperti flu, demam dan lain-lain lagi. Bahkan, rebusan daun pohon mulberi juga dapat menyembuhkan berbagai masalah pada kulit.
Merawat Kulit Kering dan Sensitif
Bagi merawat kulit kering dan sensitif, anda juga boleh menggunakan losen yang diperbuat dari buah mulberi ini agar mendapat khasiat buah mulberi itu sendiri.
Campurkan buah mulberi dengan minyak kelapa atau minyak zaitun selama beberapa hari, kemudian oleskan pada kulit wajah dan ianya akan melembabkan kulit dan juga menyembuhkan iritasi seperti gatal-gatal atau kepedihan.
Selain buah mulberi yang boleh dimakan secara langsung, digunakan untuk minuman, ianya juga boleh dijadikan bahan campuran masker wajah bagi mendapatkan manfaat istimewanya kepada kulit dan tubuh badan.
Begitulah di antara khasiat dan kebaikan buah mulberi dalam penjagaan kesihatan terutama kepada kecantikan kulit wajah agar kelihatan lebih menawan dan kacak. Amalkan gaya hidup sihat, selamat mencuba!
Khasiat Buah Mulberi
Terima kasih atas perkongsian ini!
Sama-sama, harap dapat dikongsikan juga di dalam The Loceng.
Sudah pasti!
Pokok mulberi juga sangat mudah untuk hidup.
Pacakkan sahaja batang pokok tersebut atas tanah, ianya boleh membesar tanpa pengawasan.
mcm mna nk dptkn anak benih nya ye…ada jual x?
Sayangnya sangat jarang buah tersebut.
Mula-mula dulu ingatkan tak sedap lah buah ni…sekali makan sedap giler 😉