Jenuh juga saya memikirkan apa yang patut saya poskan entri saya hari ini. So setelah membaca di beberapa blog, akhirnya saya memilih tajuk di atas sebagai entri untuk hari ini. Entri ini lebih berkisarkan kepada tips berblog. So nak tahu dengan lebih lanjut, sila klik butang Terus membaca…
Nyawa sesebuah blog bergantung kepada pembacanya atau pengunjungnya, kalau sesebuah blog itu ramai pembaca atau pengunjungnya maka nyawa blog tersebut akan panjang tapi kalau blog tersebut berpengunjung sedikit maka kemungkinan blog tersebut hanya akan bertahan buat sementara sahaja. Betul tak rakan-rakan?
Seseorang Blogger pasti akan malas berblog lagi jikalau blog yag dimilikinya sepi tanpa pembaca atau pengunjung, itu merupakan salah satu psikologi blogger. Sebab apa berblog jikalau tiada yang baca? Betul tak rakan-rakan?
Namun jika blog tersebut ramai pengunjung dan pembaca serta banyak komen yang dihantar, maka tuan punya blog itu pasti akan berasa bersemangat untuk terus berblog bersama blog kesayangannya itu.
Untuk membuat pengunjung atau pembaca blog anda tidak kecewa dan tidak akan kembali lagi ke blog anda. Maka sebaiknya anda melayan mereka dengan baik, tunjukkan keramahan anda kepada mereka. Selain itu, jangan lupa membuat entri-entri yang menarik. Yang paling penting adalah jika pengunjung anda bertanyakan soalan, seharusnya anda menjawab soalan itu. Janganlah jadi blogger bisu yang hanya menhantar entri dan sekadar melawat blog orang lain. Berusaha untuk beramah mesra dengan pengunjung di blog anda.
Ibarat peniaga, peniaga yang ramah dan barangannya baik pastilah banyak pelanggannya sedangkan peniaga yang sombong dan barangannya buruk pastilah tidak ada pelanggannya. Begitu juga dengan blogger. Blogger yang entrinya menarik dan ramah pastilah akan memiliki banyak pegunjung dan pembaca. Sedangkan Blog yang dimilki kurang menarik dan sombong pastilah tidak ada pembaca atau pengunjung.
p/s: Apa lagi, jikalau anda seorang blogger yang baik dan peramah. Silalah komen.