Poster Karakter Marvel’s The Avengers

Marvel’s The Avengers sebuah filem terbaru yang sedang hangat ditayangkan di pawagam. Saya sudah menontonnya pada hari kedua filem ini ditayangkan. Memang mengagumkan dengan karakter Marvel’s yang dikumpulkan dan membentuk The Avengers.

The Avengers memang membawa kelainan berbanding dengan filem-filem adiwira atau superhero yang lain. Memang tidak mengecewakan untuk menonton filem ini. Secara ringkasnya, The Avengers telah mengumpulkan beberapa adiwira untuk menewaskan kuasa jahat dari dimensi lain.

Cuba bayangkan apabila beberapa adiwira disatukan? Setiap adiwira sudah pasti mempunyai ego masing-masing yang mampu mencuit hati anda. Memang menyeronokkan dengan menonton filem The Avengers ini yang diselitkan dengan pelbagai humors. Jom kenali adiwira yang terlibat dalam filem The Avengers ini.

Marvel’s The Avengers Poster

Marvel's The Avengers Black Widow
Black Widow

Marvel's The Avengers Captain America
Captain America

Marvel's The Avengers Hawkeye
Hawkeye

Marvel's The Avengers Iron Man
Iron Man

Marvel's The Avengers Loki
Loki

Marvel's The Avengers Nick Fury
Nick Fury

Marvel's The Avengers The Hulk
The Hulk

Marvel's The Avengers Thor
Thor

Sinopsis Filem Marvel’s The Avengers

The Avengers menceritakan ikon adiwira Iron Man lakonan Robert Downey Jr, The Incredible Hulk (Mark Ruffalo), Thor (Chris Hemsworth), Captain America (Chris Evans), Hawkeye (Jeremy Renner) dan Black Widow (Scarlett Johansson) serta Nick Fury (Samuel L Jackson) iaitu pengarah agensi keamanan antarabangsa dikenali S.H.I.E.L.D untuk beraksi di bawah payung pasukan Avengers.

Nick terpaksa melakukan demikian bagi menyelamatkan dunia daripada ancaman musuh baru yang lebih berkuasa didalangi Loki (Tom Hiddleston) yang juga adik Thor.

Namun, usahanya bersama Ejen Coulson (Clark Gregg) dibantu Ejen Maria (Cobie Smulders) tidak mudah apabila setiap adiwira itu perlu diyakinkan terlebih dulu.

Selain sarat elemen pergaduhan menentang kejahatan Loki yang cuba menakluk bumi, turut diselitkan unsur kerjasama dan kesepakatan antara adiwira meskipun awalnya mereka tampil dengan ego masing-masing dan saling berlawanan.

Penonton juga berkesempatan melihat bagaimana watak The Hulk terkenal sebagai makhluk hijau yang gagal mengawal kemarahan bertukar menjadi hero dan lebih fokus menentang musuh utama.

Tidak ketinggalan, Captain America yang terperangkap dalam ketulan ais ketika Perang Dunia Kedua perlu menyesuaikan diri dengan kehidupan di zaman moden tanpa orang tersayang dan rakan seperjuangannya.

Marvel’s The Avengers

Sebarkan kepada rakan-rakan anda!

7 thoughts on “Poster Karakter Marvel’s The Avengers”

  1. …sayangnya armour Mark 7 milik Iron Man kembali menggunakan bentuk bulat pada chest pack. Reka bentuk Mark 6 menggunakan corak segitiga lebih menarik.

    Reply
  2. Pingback: Marvel’s The Avengers Poster.

Leave a Comment