Rahsia lelaki di bilik air? Biar benar ada rahsia di bilik air, maklumlah bilik air selalu digunakan untuk mandi dan melepaskan ‘hajat’. Tapi tahukah anda bahawa lelaki mahupun wanita tidak mempunyai habit atau tabiat yang sama ketika berada di dalam bilik air?
Kadangkala pasti ada yang merungut terutama wanita apabila lelaki sama ada suami atau adik-beradik lelaki mereka mengambil masa yang lama ketika di bilik air. Hendak tahu mengapa? Jom kita singkap rahsia lelaki di bilik air, betul atau tidak. Anda sendiri yang menilai.
Rahsia Lelaki di Bilik Air
Bilik air sering dianggap sebagai ruang meditasi khas (ruang istirehat) untuk diri sendiri. Cukup privasi dan amat ‘istimewa’ buat kaum Adam di seluruh dunia. Kalau yang sudah berkahwin, setelah selesai menghabiskan masa bersama pasangan, bagi mereka bilik air sahaja merupakan tempat mereka bersendirian tanpa gangguan anak-anak, isteri mahupun panggilan telefon.
Ada lelaki yang tidak boleh terburu-buru sewaktu membersihkan dirinya. Harus dilakukan secara turutan. Jika mandi terburu-buru, impaknya mereka terasa seperti tidak lengkap dengan penampilan diri untuk hari itu. Mungkin menimbulkan perasaan tidak yakin untuk berhadapan dengan orang ramai. Namun, bukan semua lelaki begini, hanya sebahagian sahaja. Ada juga yang boleh mandi hanya lima minit. Ia bergantung kepada individu.
Lelaki suka membaca apabila di dalam bilik air terutama ketika melepaskan ‘hajat’. Tidak kiralah berbentuk akhbar mahupun artikel mengenai isu semasa. Selepas membaca, barulah mereka membersihkan diri. Waktu ini dianggap sebagai masa untuk berfikir ataupun mengetahui perkara yang terlepas pandang.
Maka, jangan hairan jika terserempak si suami ataupun ahli keluarga lelaki menjinjit buku masuk ke dalam bilik air. Cukup berlainan daripada wanita. Tetapi zaman sekarang rasanya cukup membawa telefon pintar atau tablet ke bilik air.
Percaya atau tidak, lelaki lebih lama berada di hadapan cermin. Membelek mukanya dahulu sebelum bercukur. Merapikan janggut sahaja sudah memakan masa 10 minit. Itu belum lagi mencuci muka, memberus gigi dan juga mandi.
Jadi selepas ini jangan anda berasa hairan jika suami atau adik beradik lelaki anda lama ketika menggunakan bilik air.
Rahsia Saya di Bilik Air
Apa yang saya lakukan di bilik air? Bukan rahsia lagi, rasanya sama dengan lelaki kacak di luar sana. Waktu inilah idea mencurah-curah, saya pun tidak tahu mengapa. Bagi blogger seperti saya, sudah pasti bilik air menjadi tempat keluarnya idea untuk menulis.
Sumber: Tupai – Rahsia Lelaki Di Bilik Air
dalam fengshui, tempat lembab dan mengandung air bisa membuat pikiran kita jadi lebih jernih sehingga akan merangsang hal2 positif seperti mendapatkan ide dalam menulis
ni mesti tulis entry ni pon kat dalam bilik air xD
Kalau tulis blog dalam jamban, boleh juga kata entry jamban.. heheh. Tapi idea tu datang tak diundang. Masa tengah meneran tu la dia datang. Mungkin betul orang kata, “membuang” akan menjadikan otak kita lebih cergas.
sama mcm hubby sy, lepas masuk bilik air ada je idea atau benda yg dh lupa diingat semula…huhuhu…tmpt cari ilham kot bilik air ni
Yelah..bilik air kan tpt syaitan…huhuhu..
Mcm pelik je..huhuu..
kenapa pelik? apa yang pelik ya? hehe
tempat keluarnya idea untuk menulis? he.. Lucu tapi Unik.
Kalau Abangku suka bernyanyi dan bernyanyi saat berada di bilik air 😀
sudah pasti, banyak idea bakal muncul tiba bila di bilik mandi. awesome!
ko tulis artikel ni masa kat bilik air kan ?
haha…xda maknanya nak menulis dalam bilik air, keje gila tu. haha
Mak ai… Ingat apa td….
apa kau ingat ini cerita lucahkah?
hahaha aku pernah juga dapat idea update blog bila berada di dalam bilik air
itu normal bro, yang tak normalnya. bila dah ada idea, tak ambil langkah seterusnya. :p
hihiih,bahaya ni…
haha…xda bahayanya bro…