Semak Keputusan Peperiksaan Program Matrikulasi Semester II 2011/2012

Semak keputusan peperiksaan program matrikulasi semester ii 2011/2012 pada hujung bulan ini. Para pelajar program matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia yang telah menduduki peperiksaan semester ii bagi sesi 2011/2012 (PSPM 2 11/12) dijangka boleh membuat semakan keputusan peperisaan bermula pada 29 Mei 2012 jam 10 pagi.

Cara Menyemak Keputusan Peperiksaan Program Matrikulasi Semester II 2011/2012

Keputusan Peperiksaan Semestar Program Matrikulasi 2 (PSPM 2) sesi 2011/2012 ini boleh disemak melalui cara yang berikut:

  • Secara Online
    Di laman web Kementerian Pelajaran di portal Semakan Keputusan Peperiksaan Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia.
  • Secara Sistem Pesanan Ringkas (SMS)
    Sila taip MOE MAK dan hantar ke 15888
    Contoh : MOE MAK 890215025789 hantar ke 15888
  • Secara Telefon
    Sila hubungi Kolej Matrikulasi masing-masing, atau
    Hubungi Sektor Hal Ehwal Akademik BMKPM di talian 03 8884 4022

Status Keputusan Peperiksaan Program Matrikulasi

Program Matrikulasi Satu Tahun (PST)

  • Pelajar yang memperoleh 1.5 ≤ PNGK < 2.0 akan diberi status gagal dan ditawarkan untuk mengulang Program Matrikulasi Satu Tahun (PST).

Program Matrikulasi Dua Tahun (PDT)

  • Pelajar yang memperoleh 1.5 ≤ PNGK < 2.0 gagal kali pertama dibenarkan meneruskan pengajian ke Semester III dan diberi Amaran.
  • Pelajar yang memperoleh 1.5 ≤ PNGK < 2.0 gagal kali kedua atau PNGK < 1.5 akan diberi status gagal dan diberhentikan daripada pengajian.

Rayuan Untuk Semakan Semula

  • Calon yang ingin memohon semakan semula keputusan peperiksaan hendaklah melengkapkan borang Permohonan Semak Semula Keputusan Peperiksaan BMKPM/SS/PSPM yang boleh diperolehi di Kolej Matrikulasi atau di pejabat Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia di Putrajaya.
  • Borang boleh juga dimuat turun di Borang Permohonan Semak Semula Keputusan Peperiksaan BMKPM/SS/PSPM.
  • Calon-calon yang ingin membuat rayuan semak semula keputusan perlu merujuk syarat/ peraturan semak semula keputusan peperiksaan.
  • Tarikh tutup membuat permohonan rayuan adalah pada 11 Jun 2012.
  • Keputusan permohonan rayuan semak semula ini akan dimaklumkan kepada calon pada 28 Jun 2012.

Permohonan Ke IPTA

Para pelajar yang telah mendapat keputusan peperiksaan program matrikulasi perlu membuat Permohonan Fasa 2 Kemasukan IPTA Sesi Akademik 2012/2013 Lepasan Matrikulasi dan Asasi. Pada kebiasaannya USM memberi masa 3 hari untuk membuat permohonan dan UPU pula biasanya 5 hari.

Info berkenaan Permohonan Fasa 2 Kemasukan IPTA Sesi Akademik 2012/2013 Lepasan Matrikulasi Dan Asasi akan dikemaskini kelak. Harap maklum.

Sumber: ePutra

Matrikulasi

Sebarkan kepada rakan-rakan anda!

3 thoughts on “Semak Keputusan Peperiksaan Program Matrikulasi Semester II 2011/2012”

Leave a Comment