Sebagai anak jati negeri Perak, saya rasa tersentuh pula dengan fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak berhubung dengan pengharaman tarian poco-poco. Dimanakah silapnya mengenai poco-poco ini?
Menurut sumber, tarian poco-poco diharamkan kerana ia mempunyai unsur kepercayaan agama lain iaitu Kristian selain pemujaan roh. Lain pula dengan kenyataan daripada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mashitah Ibrahim yang boleh di baca di sini.
Terbaru berita mengenai fatwa pengharaman poco-poco pula adalah Majlis Fatwa Kebangsaan Perlu Buat Kajian Tarian Poco-Poco. Terasa pelik dan hairan apabila fatwa pengharaman poco-poco dikeluarkan secara tiba-tiba.
Jika benar tarian poco-poco ini mempunyai unsur kepercayaan agama lain dan pemujaan roh, bagaimana tarian tradisional di Malaysia? Seperti mak yong, kuda kepang dan lain-lain. Adakah tarian itu tidak terlibat dengan pemujaan?
Jika tarian mak yong dan kuda kepang tidak diharamkan atas dasar ia merupakan imej kebudayaan Malaysia, rasanya tidak salah kita mengamalkan tarian poco-poco atas dasar senaman untuk kesihatan.
Ini hanyalah pendapat saya sebagai rakyat Malaysia yang prihatin dengan isu semasa, bukan sekadar tunggu dan lihat sahaja. Memang benar ilmu agama saya tidak setinggi mufti-mufti yang ada. Oleh yang demikian, artikel ini ditulis atas dasar ingin tahu dan inginkan keterangan yang lebih jelas.
Lihat pula pendapat Oh! Media di wall Facebook mereka mengenai isu fatwa ini yang mendapat pelbagai reaksi daripada pembaca sehinggakan ada yang menyuruh Oh! Media membuang pendapat tersebut. Padahalnya itu hanyalah pendapat yang inginkan kebenaran, kenapa harus dibuang jika inginkan keterangan?
Nota: Islam itu benar dan memudahkan, oleh itu kita perlu yakin. 🙂
bersenam pasang music breakdance buat breakdance sekali lah senang…peluh pun keluar cepat..hehe..
Isa ko kenal Wan tak junior ko ? org Perlis…dak Electronic…pakai spec..
rasanya better klau tak buat poco2 kut…atas dasar ianya bukan sunnah Nabi s.a.w. Lagipun muzik tarian tu melalaikan. Nak buat aerobik pasang lagu nasyid
pun buleh. Tak ada lagu nasyid yg sesuai, then buatlah senaman lain walaupun tak seronok cam aerobik. sacrifice lah sikit utk Allah swt. Buleh sebenarnya kita hidup tanpa poco2, mak yong, kuda kepang etc. semuanya tu fun to watch n do tapi tak fulfill jiwa. sekadar beri pendapat. para mufti yg bijaksana lebih arif dan Allah s.w.t. paling tahu.
aku tak reti main poco-poco nih..
kalau rasa was2 tu baikal xpyah amalkan..
xperasan ka langkah dlam poco2 tu
bukankan seperti salib
menari kedepan
kebelakang
kekiri
kekanan…
xpyahla nk amalkan, amalkan solat tu lagi pnting, dah terbukti solat itu mampu jadi snaman yg baik.. 🙂 maaf mungkin budak upsi xsepandai budak unimap..
apa lagi berbentuk salib? training badminton, jgn main badminton lepas ni. blh? semua tak pandai sebenarnya, kalau pandai. semua benda nak pertikai. 🙂
tuh la, poco-poco nih best apa bila kita amalkan untuk senaman. yang tak bestnya bila ada orang pertikaikan, salah faham dan salahgunakannya.
itulah, kalau boleh semua jadi tak boleh. abis citer. huhu
huhuhu isu ni memang sensetif kalau nak dibincangkan… namun pendapat yang positif dan negatif itu adalah kebaikan… cumanya tahap mufti ilmunya bukan sembarangan… aku percaya kajian memang banyak di buat, bukan propaganda atau mainan… kita sebagai masyarakat perlukan logik dan pendedahan yang benar2 dapat memuaskan hati… pendapat aku adalah niat/nawaitu kena betul, nak sihat atau nak beramal secara khurafat..pastinya tidak ada seakan2 hidangan/peralatan spiritual dan jampian… tinggalkan sahaja walaupun sekadar was2… kita sudah tiada nabi, siapakah kita perlu ikut? sekadar pendapat jer bro..
betul tu bro, kalau was2 tinggalkan sahaja. kalau betul niatnya, tidak salah rasanya untuk teruskan, bukan untuk memuja, tetapi untuk mengamalkan gaya hidup sihat sambil berhibur. terima kasih bro.
apa pon hal ini akan dibawa berbincang ke peringkat lebih tinggi bukan setakat negeri Perak je menurut kata Datuk Jamil Khir.
yang penting niat tu betul. bukan hendak memuja tetapi menggerakkan badan untuk kesihatan sambil berhibur
mmmmmm..dah makin celaru kat negeri aku ni PERAK…benda yg terang2 haram diikatakan tak syirik…dunia oh dunia
haha, tak tahulah perak ni. maksiat merata dia tak kisah pula.
dah tak boleh poco-poco, ingat dulu pernah tengok ramai buat.
boleh je, perak je tak boleh kot.
dulu pernah menari pocong-pocong nih 🙂 masa tuh 1st year kat u.malu btul bkn pe sebb x pandai nak pusing2 gelek2 jerrr.apa2 pun dato’ mufti lebih arif.mgkin dia mengkaji,kita je yg ikut ikutan….
uiks, u mana? unimap ke? kalau unimap memang adalah poco-poco ni. 🙂
As salam..
tak ada komen dan pendapat, singgah baca je..
Bagus la kalau utk kesihatan tp aku sendiri tak pernah menari…
salam iza, ada-ada je iza ni. mudah je poco-poco ni. gerak2 skit. 🙂
musykil juga sebenarnya. huhu. tapi elaklah kalau nak elak rasa ragu2. pendapat saja 🙂
betul tu, kalau dah rasa ragu-ragu, better jangan buat.
dari apa yang dibaca dan diperhatikan
corak tarian itu seperti membentuk lambang salib
tarian yg bermula dari kiri kekanan kebelakang kedepan…
jika kita rasa tarian itu was2 dan tidak selesa utk melakukan
kerana masalah itu, lebih baik tidak perlu buat..
sepatutnya perkara ini diambil serious jika
ramai sudah org2 islam mushkil pasal poco2…
tolong jawab wahai Uztaz dan uztazah….
itu berbalik kepada niat, kerana apa kita berpoco-poco. insyaAllah kalau kita amalkan kerana niat yang baik, tidak menjadi masalah rasanya.
bersenam seperti biasa jer sudah, huhu 😛
kalau macam tu, aerobik pun kena haramkan la…hehe
pada pendapat aku, pengharaman poco poco memang nonsense gila. kita sendiri tengok kan, diorang menari poco poco ni apa la sangat, kekiri, kekanan, kedepan kebelakang. lirik pon sedengar aku la kan macam okay je?
“Jika ada unsur yang salah, hendaklah dibuat seperti Nabi s.a.w iaitu membuang unsur yang buruk dan meninggalkan unsur yang baik,” dari blog ustaznaim.
tahu takpa, wat pening kepala jerk. dah bertahun orang duk menari poco-poco, baru sekarang sibuk nak haramkan kenapa pun aku tak tahu.
aku rasala kan, erm sebenarnya orang kat malaysia ni dah buta hati kot.
tak reti bezakan.
haha, bezakan macam mana tu bro?
bezakan bagaimanak Unimap naik paper cakap poco poco akrabkan hubungan student weekend..haha, ye ke?
yurp, perkara pertama masuk unimap. belajar poco-poco, dari situ kami kenal dan bergurau dan membina persahabatan. bukan sesama student sahaja, malah bersama staf, pensyarah, dekan dan paling best bersama naib canselor.
tarian poco2 ni diamalkan oleh masyarakat kristian…so kalau ade masyarakat kite yg tetap amal gak tarian ni, memang bongoklah…
bagi aku tak salah jika diamalkan atas dasar yang betul, cuba aku tya ko satu soalan. bagaimana pula tarian mak yong dan kuda kepang yang diamalkan oleh orang kita yang beragama islam? padahal tarian tersebut boleh juga dikategorikan memuja roh, mak yong pula lebih kepada lelaki menyerupai wanita. bagaimana pendapat ko?