Salam sejahtera dan salam 1Malaysia, semoga korang semua berada di dalam keadaan sihat walafiat hendaknya. Terlebih dahulu aku ingin memohon ampun dan maaf di atas kelewatan aku mengemaskini Blog Mohd Isa ini di atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.
Pertama sekali aku ingin memaklumkan bahawa entri aku pada kali ini tidaklah berbentuk SEO, tips, tutorial dan sebagainya. Entri aku pada kali ini adalah sebuah entri yang agak peribadi mengenai masalah di dalam kehidupan aku. Sebenarnya agak berat juga bagi aku untuk mengarang entri ini. Kerana berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya.
Itulah yang sedang dihadapi oleh ibu kesayanganku, rasanya sudah hampir sebulan ibu aku menghadapi keadaan yang amat membimbangkan aku. Sakit, itulah luahan yang sering aku dengar dari mulut ibuku. Bila dibawa ke doktor, doktok hanya memaklumkan bahawa ibuku terkena gastrik.
Jika ianya gastrik, mengapa ibuku tidak dapat tidur dengan lena. Ubat yang diberi juga tidak memberikan kesan apa-apa, malah hampir setiap pagi ibuku akan memanggil aku untuk menyapukan minyak di badannya. Itu sepanjang aku berada di kampung, tapi bila aku balik ke Perlis. Adik-adik bersekolah, abah pula kerja dan adik yang tidak bekerja pula kurang sihat. Siapa yang akan jaga ibuku?
Menitis air mata aku setiap kali mengenangkan penderitaan yang ditanggung oleh ibuku, hanya doa sahaja yang mampu aku lafazkan ketika ini. Semoga Allah dapat mengurangkan derita ibuku, semoga ibuku cepat sembuh.
Ya Allah, hambaMu memohon kepadaMu ya Allah. Sembuhkanlah penyakit ibu hambaMu ini ya Allah, aku tidak sanggup melihat penderitaan yang dihadapi oleh ibuku ya Allah. HambaMu merayu kepadaMu ya Allah, berikanlah kesejahteraan kepada ibuku ya Allah. Aku pohon kepadaMu ya Allah, jauhilah ibuku daripada segala penyakit ya Allah. Aku amat menyayangi ibuku ya Allah…
Doa dan tangisan aku belum cukup untuk menyembuhkan ibuku, aku berharap agar rakan-rakan yang membaca entri ini sudi mendoakan kesejahteraan ibuku. Agar ibuku cepat sembuh seperti sediakala. Terima kasih.
Salam tuan Isa, saya baru baca entri tuan yg bertarikh 18 Julai 2010.. Bermakna 11 tahun lalu..boleh saya keadaan ibi tuan bgaimana sekarang .. Apa rawatan yg ibu tuan jalani utk penyakitnya itu.. Sbb ibu saya menghadapi masalah yg sma..jga sudah lama hmpir 10 tahun jgk..smpai sekrang sakit itu masih ada..setiap hari ..setiap masa kena sapu mnyk..urut2..sbb ibu saya selalu sakit..😢
Salam, alhamdulillah sakit dahulu semuanya beransur pulih. Tapi sekarang sakit lain pula, mungkin faktor usia.
Dahulu pelbagai usaha dilakukan, termasuklah berubat cara kampung. Panggil ustaz tolong tengok-tengokkan, rasanya ramai jugalah. Saya nak suggest pun tak berapa pandai, semua diuruskan oleh abah saya.
Semoga ibu awak diberikan kesembuhan, amin.
semoga cepat sembuh.
Assalamualaikum.. insyaAllah perbanyakkan doa
ada minum susu ker setiap pagi??
cuba hindarkan dahulu..
dan elakkan dari makan lambat
nanti aku cuba sertakan doa gastrik..
mudah2an banyak membantu
waalaikumussalam…memang tak boleh minum susu ke pagi2? insyaAllah, saya akan maklumkan kepada ibu saya.
ada kawan kat parit buntar….mak masud wad taiping…2 2 tu area saya bro…saya kat tengah2.. bro orang mana ni? mungkin kita boleh jumpa dan saya bantu
apa perkembangan sekarang bro!!
banyakkan bersabar!
entahlah bro, tak tahu nak cakap macam mana lagi.
baru-baru ni ada mesej dengan adik di kampung.
keadaan still sama, berserah kepada Allah.
Salam ziarah……
tersentuh rasa bila baca entri awk ni…
begitu lah kita sbg anak kan..rasa pedih jiwa bila melihat mak merintih kesakitan depan mata… Nak jaga, tapi disebabkan komitmen kerja, kita terpaksa menahan rasa. Apapun sy doakan agar ibu awak cepat sembuh.. Minta doa sungguh2 pada Allah..Jangan lupa untuk bawa berubat ke Klinik.. Sy pun pernah juga sekali tu mak sakit terkena jangkitan cikukunya (ntah btl ka tidak ejaan tuh)..mak tak dapat nak bangun.. badan lenguh2..ingatkan dah lumpuh time tu .sedih sangat :-(..bgi sy yg penah merasa melahirkan, agak cepat beremosi tapi hanya dapat memanjatkan doa, disamping kerap membacakan surah yassin setiap lepas solat maghrib dan solat subuh….
Mudahan Allah cepat sembuhkan ibu awk..
terima kasih tpinky, sy juga turut bersimpati dengan cerita awk. apa-apa pun terima kasih atas perkongsian dan nasihat yang diberikan. insyaAllah sy akan sentiasa berdoa agar ibu sy cepat sembuh. terima kasih sekali lagi.
it’s ok dear friend….
sy tak layak menasihat.. sy skdr sharing..sharing is caring …
awk kena tabah… jgn putus untuk panjatkan doa.. kalau tak keberatan sape nama ibu.. mudahan dengan doa yang menyebut namanya, lebih afdhal kan…InsyaAllah..
terima kasih sekali lagi, nama ibu hajar bt nordin.
insyaAllah.
Alhamdulillah.. awk mmg anak yg baik..
Mudahan ibu awk cepat sembuh…
Semoga Ibu bro cepat sembuh yer,teruskan berdoa
InsyaAllah, mudah-mudahan begitulah hendaknya. Semoga ibuku cepat sembuh.
Salam Isa, semoga ibu ko cepat sembuh Isa yer, gastrik ker, yang lain tak check ? ko try bawak ibu ko ke swasta or cara tradisional..sebab gastrik tak silap aku kejap jer..
takpe doa n ikhtiar , insyaAllah ibu ko akan sembuh nanti…
kalo aku jadi ko , aku pun gelisah gak la..kasih sayang ibu kat kita masa jaga kita kecik2, susah payah dia jaga kita.dah besar kita lak bantu ibu kita …sifat ko bagus Isa ..
salam, ntah la nine. kalau berubat tradisional dah macam2 jenis org mak aku g jumpa. tp still sama, td abah aku call. mak aku masuk wad semalam.
itulah nine, tak tenang aku dibuatnya bila mak aku sakit. skg ni aku hanya mampu berdoa dan terus berdoa agar mak aku cepat sembuh.
terima kasih nine.
tersentuh
dah buat pemeriksaan lanjut? apa kata doctor
byk2 berdoa
terima kasih wan, baru sebentar tadi abah aku call.
sekarang mak aku ditahan di wad hospital taiping.
sekarang ni aku hanya mampu berdoa sahaja agar mak aku cepat sembuh.
salam, semoga segera sembuh mudah2an.. amin
terima kasih bro, mudah-mudahan begitulah hendaknya. amin
berdoa dan amalkan ayat-ayat Ruqyah
Insya Allah sembuh…
terima kasih bro, insyaAllah aku cuba amalkan ayat-ayat tersebut.
semoga ibu ko cepat sembuh bro..sedih jugak baca entri ni..
thanks bro, aku pun tak tahu nak luahkan macam mana lagi.
aku doakan semoga ibu ko cepat sembuh & dapat pulih kembali seperti sediakala. amin 🙂
thank naz, semoga mak aku cepat sembuh. aku tak sanggup melihat penderitaan mak aku. hope ko pun faham perasaan aku sekarang ni.
aku faham perasaan ko bro 😀
terima kasih bro, bz ko skg yerk. pasal theme yg ko nak kasi aritu, apa citer?
ujian dr Allah tu Is..kita kn banyak doa dan usaha….is bnyk sabar yer..mudah mudahan mak is cepat sembuh..Amin..
insyaAllah, mudah-mudahan mak is cepat sembuh. thanks ida.
semoga cepat sembuh….Amin……………….
terima kasih ali…
semoga ibumu cepat sembuh… semoga mohdisa tabah menghadapi saat2 sukar seperti ini.. amin..
terima kasih bro, mudah-mudahan begitulah hendaknya. insyaAllah aku akan menjadi lebih tabah.
kalau x ok dengan perubatan moden bole try dengan perubatan tradisional bro..yang penting ikhtiar dan doa..
moga mak ko cepat sembuh..amin
dua-dua dah cuba, sekarang ni banyak dengan perubatan tradisional. mungkin mengambil sedikit lagi masa untuk pulih. insyaAllah. terima kasih.
banyakknlah bersabar bro. kuatkan semangat. usaha cari jalan untuk pulihkan sakit ibu… aku doakan yg sebaik2nya utk ko dan family.
insyaAllah bro, terima kasih atas nasihat yang diberikan. terima kasih atas doa yang dilimpahkan. moga Allah dapat membalasnya. amin
amin. moga cepat sihat mak hang isa. haritu pg rumah hang ok je.
eh btw, kenal tak mito budak taman hang?
dia tu la kawan lama aku yg aku cari dulu tu
insyaAllah, mudah-mudahan begitulah hendaknya.
mito? kenal, dia dah pindah penang baliklah. nanti aku cuba dapatkan no contact dia. kalau raya, aku jumpalah dia. kampung dia kat parit buntar.
Ya Allah, kau sembuhkan ibu Mohd Isa agar ia sihat seperti sediakala, amin.
Banyakkan berdoa ya, bro.
Terima kasih bro, insyaAllah aku akan sentiasa berdoa untuk kesejahteraan ibuku. Hanya Allah sahaja yang tahu bahawa aku amat menyayangi ibuku.
Salam,
Seorang ibu adalah segala2nya dalam hidup kita. Saya pernah alami situasi seperti sdra ini. Jaga dan rawatlah beliau sebaik mungkin dan dengan apa saja daya upaya kita. Insya-Allah mudah2an dengan izin Allah s.w.t. ibu sdra akan cepat sembuh. Hadiahkan bacaan surah Yassin di sisinya kerana bacaan dari seorang anak akan tenangkan hati beliau.
Terima kasih diucapkan, insyaAllah saya akan cuba sebaik mungkin dan apa yang termampu. Kerana saya amat menyayangi ibu saya. Terima kasih sekali lagi atas nasihat yang saudara berikan.
Banyakkan doa… Moga Allah membantu. Buat la air ‘tawar’ sediri. Baca yaasin pn cukup dah pada air tu.
InsyaAllah, mudah-mudahan ibuku cepat sembuh.
same2 la kite bdoa agar ibu isa cpt sihat
terima kasih.
Semoga penyakit si ibu sembuh secepat mungkin.Amin
Mudah-mudahan begitulah hendaknya. Amin