10 Cara Promosi & Meningkatkan Trafik #1


Ramai rakan-rakan kita di internet yang mencari tips mengenai cara promosi, perniagaan dalam internet dan meningkatkan trafik yang sesuai bagi blog/web mereka samada untuk tujuan peribadi ataupun mencari duit (bisnes). Di sini saya ingin berkongsi sedikit tips yang saya baca dari ebook rakan saya. Tips ini biasa dilakukan oleh ramai Internet Marketers di Malaysia. Semoga ia dapat membantu anda.

# 1
Buat blog dan cerita tentang apa-apa perkembangan tentang web atau diri anda secara lebih dekat. Pengunjung suka cerita dan update perkembangan baru. Search engines juga suka content yang relevant dan fresh spt di blogger.com. Jadikan blog anda sebagai satu alat promosi yang berkesan.

# 2
Fokus pada ‘niche’ anda dengan lebih tersusun. Pastikan content web anda berkualiti dan unik. Contohnya spt anda buat web pasal hobi memancing, pastikan anda buat pelbagai tips memancing, reference memancing, produk/service berkaitan, lokasi dan blog mengenai kaki pancing secara lebih terperinci.

# 3
Letakkan fungsi komponen viral seperti social bookmarking – del.icio.us , furl, digg, etc

# 4
Berikan sesuatu percuma ‘free stuff’ atau ‘free download’ supaya orang seronok melayari blog/web anda.

# 5
Sindiketkan content web anda dengan menggunakan function RSS supaya org lain boleh subscribe di mana² RSS reader.

# 6
Letakkan video di Youtube atau Google Video dan masukkan sekali url blog/web anda.

# 7
Gunakan Flickr atau Fotolog sebagai batu loncatan promosi gambar-gambar berkaitan dengan web anda. Letakkan gambar yang kelakar atau lucu lebih baik untuk dapatkan publisiti mengenai web anda.

# 8
Letak radio atau audio/video streaming di web anda bagi menarik pengunjung.

# 9
Bagi ebook atau report free berkaitan apa-apa niche dan letakkan url blog/web anda di dalamnya.

# 10
Buat name card/business card dan letakkan url blog/web anda.

Tips di atas banyak digunakan oleh rakan-rakan kita yang mencari duit melalui internet, tapi tidak salah jika anda ingin mencubanya. Mana tahu, suatu hari nanti anda juga boleh menjadi salah seorang dari mereka. Nantikan tips seterusnya dari saya. Sebarang pertanyaan atau komen, sila nyatakan di komen box ye.

Hati baik,
mohdisa

Sebarkan kepada rakan-rakan anda!

4 thoughts on “10 Cara Promosi & Meningkatkan Trafik #1”

  1. kami juga sedang meningkatkan kandungan web untuk tatapan umum. Jika ada kelapangan berkunjunglah ke laman web kami. Tiada paksaan dalam urusan seperti ini. Wassalam.

    Reply
  2. Pingback: Free Download Koleksi Kuliah Agama — Blog Mohd Isa
  3. Howdy, i study your weblog occasionally and i personal a comparable one and i was just wondering if you get lots of spam comments? If so how do you avoid it, any plugin or anything you can advise? I get so much lately it is driving me mad so any assistance is really much appreciated.

    Reply

Leave a Comment