Award from Vale?

Selamat buat semua blogger, hari ini aku nak kongsikan hasil usaha rakan kita Vale kerana sudi memberi penghargaan kepada followers dan pembaca-pembaca setia di blog beliau. Aku kagum dengan si Vale ni, kerana seorang yang rajin belajar dan cepat belajar dalam dunia blogger ni.

Vale, aku kenali di dalam dunia maya ni sahaja. Rasanya tak sampai sebulan lagi aku kenal dia ni. Tapi sempoi dapat berkawan dengan dia ni, berkongsi apa yang patut. Boleh dikategori otai jugak la si Vale ni. Wa tabik lu la mat. Haha.

So, para blogger sekalian. Di sini tujuan aku hanyalah sekadar ingin mengingatkan dan mengingati diri aku sendiri. Penghargaan kepada pembaca blog juga amat penting, bukan sekadar entri anda yang menarik sahaja. Tetapi dari segi bagaimana anda hendak tunjukkan penghargaan anda kepada pembaca anda.

Ini juga dapat menggalakan pada blogger lain bekerjasama untuk membangunkan blog yang ada. Memeriahkan blog rakan-rakan juga amat menyeronokkan, dapat menghilangkan rasa tension selain itu juga boleh mendatangkan idea untuk menulis. Tak percaya? Cubalah anda melawat blog rakan anda dan baca setiap entri yang ada. Lama-kelamaan anda akan merasa seronok dan boleh mendatangkan ilham untuk menulis.

Selamat maju jaya blogger. Peace!!!

Sebarkan kepada rakan-rakan anda!

Leave a Comment