7 Cara Memujuk Rakan Emo

Secara ringkasnya, perkataan ’emo’ diambil daripada perkataan ’emosional’. Emosional dalam kamus dewan bahasa dan pustaka membawa maksud seseorang yang cenderung memperlihatkan emosi atau bertindak mengikut perasaan.

Selalunya perlakuan yang ditunjukkan oleh orang yang emo ini ialah sesuatu yang bersifat negatif, contohnya seperti mencampak barang-barang di sekelilingnya, bercakap sendirian, memaki hamun, murung, berteleku di sudut bilik, sentiasa berasa serbasalah dan berbagai lagi.

Apakah yang patut dilakukan jika kita sedang menghadapi rakan yang emo sebegini? Di sini saya kongsikan 7 cara memujuk rakan emo, insyaAllah ianya sesuai untuk meredakan perasaan emosional tersebut.

1. Mengambil Wuduk

Kita ajak rakan emo kita sama-sama mengambil wuduk. Sambil memjuku, kita katakan bahawa air basahan wuduk boleh menyejukkan hati yang lara. Dengan syarat kita ikhlas.

2. Menulis Sesuatu Yang Positif

Berikan beberapa helai kertas dan pen atau pensel kepadanya. Kemudian katakan kepadanya supaya menulis apa yang dicita-citakan di atas kertas tersebut. Sambil itu, kita katakan bahawa tulisan yang baik dan positif boleh merangsang fikiran ke arah yang lebih baik.

3. Memujinya Dengan Seadanya

Kita duduk di hadapannya sambil memerhatikan wajahnya. Kita katakan kepadanya bahawa dia seorang yang bijak dan cantik. Alangkah baiknya kalau kebijakan dan kecantikan itu kita luahkan syukur kepada Allah. Dengan itu nanti, dengan izin Allah, Allah akan cantikkan hati kita dengan ketenangan dalam semua hal.


4. Tunjukkan Kasih Sayang

Tanyakan kepadanya kalau-kalau rakan emo kita itu hendakkan sesuatu seperti makan, minum, baca, menonton dan lain-lain. Asalkan perbuatan itu tidak melanggar syariat. Kalau boleh, kita lakukan bersama-sama.

5. Berbual-bual Dan Berada di Samping

Usah biarkan rakan emo kita duduk bersendirian atau melakukan apa-apa sahaja seorang diri. Kita mesti turut serta. Sebaik-baiknya biarlah kita berbual-bual dengannya tentang sesuatu yang menggembirakan, tapi jangan sesekali kita melayan cerita emosinya. Kita bawa perbualan yang menyenangkan.

6. Meminta Maaf

Ringankan lidah kita untuk meminta maaf andainya kita yang menyebabkan rakan emo kita menjadi begitu. Mengaku kesalahan atau kesilapan kita walaupun bukan kita yang memulakannya. Kita katakan kepadanya bahawa kita rindukan persahabatan yang terjalin sebelum ini.

7. Perlihatkan Kepadanya Betapa Indahnya Islam

Jika rakan emo kita seorang yang agak degil, kita cari seseorang yang rapat dengannya untuk memujuk, seperti adik beradiknya, atau kawan karibnya, atau gurunya, atau sesiapa sahaja yang kita lihat ada potensi yang rakan emo kita dapat meluahkan perasaan. Tetapi kita kena ingat, seseorang yang rapat dengannya itu biarlah yang mempunyai pegangan agama yang baik. Kalau sebaliknya, ajaklah guru kaunseling atau ustaz atau ustazah berjumpa dengan rakan emo kita itu.

Itulah antara 7 cara memujuk rakan emo, semoga dengan perkongsian ini dapat membantu kita semua dalam menghadapi rakan emo. Tidak kira masa atau tempat, bukan membiarkan rakan kita bersendirian begitu sahaja atau melakukan sesuatu yang boleh memudaratkan dirinya dan orang lain. InsyaAllah.

Sumber: Gen-Q

Sebarkan kepada rakan-rakan anda!

18 thoughts on “7 Cara Memujuk Rakan Emo”

  1. kawe pun jenis emo gak tp jd mcm tu bila masalah yg sama simpan kat minda banyak sgt..dah x sanggup tanggung,tu jd emosional.kawe x perlukn org pujuk…boleh sejuk sendiri…sehari,2 hari…tengok keadaan..klu masa marah tu ada yg rajin bebeno nk pujuk,konon baik la..silap orang la tu…biarkan jer kawe cool sendirian…selalu jugak berdoa moga emosi lebih stabil….hanya ALLAH SWT tempat mengadu…

    Reply
    • biasalah tu, ada orang boleh sejuk sendiri. ada orang yang perlukan bantuan, jangan kita terlalu menyimpan. boleh mengundang perkara negatif pula. terbaik sekali adalah sentiasa memohon ketenangan daripada Allah s.w.t.

      Reply
    • betul tu, saya sendiri kadang-kadang tidak dapat menenangkan diri sendiri. tambahan pula menghadapi masalah yang besar. banyak perkara yang perlu diketahui untuk menenangkan diri sendiri atau orang lain. benar tu, baru saya dapat bayangkan ketika memakan buah anggur. rasa release je. 🙂 thanks.

      Reply
  2. ada jugak geng aku yang emo ni,
    bagi dia cool dulu, baru masuk, kalau tak ikut step kat atas ni perempuan saja kot yang sesuai 😀

    Reply

Leave a Comment