Teknik SEO Blog – Apa Itu Roda Jaringan Atau Link Wheel

Pernahkah anda mendengar roda jaringan atau ianya lebih dikenali sebagai ‘link wheel’ dalam teknik SEO? Bagi pengamal teknik SEO pada sesuatu blog, sudah pasti link wheel ini merupakan salah satu cara yang digunakan untuk mendapatkan ranking tertinggi pada SERP bagi sesuatu kata kunci atau keyword.

Bagi yang belum mengetahui apa itu roda jaringan atau link wheel, saya akan terangkan secara ringkas dalam artikel ini. Jika terdapat sebarang kemusykilan atau masalah, sila tinggalkan di ruang komen. Mewujudkan link wheel merupakan teknik SEO sangat berkesan yang boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja untuk mendapatkan kedudukan terbaik untuk laman blog atau artikel mereka.

Pada asasnya, link wheel merupakan salah satu kaedah membina backlinks daripada tapak Web 2.0 yang sangat efektif ke laman blog anda. Ini kerana sifat-sifat tertentu Web 2.0 seperti Hubpages, Squidoo, WordPress dan lain-lain membenarkan anda menerbitkan sesuatu artikel dan membenarkan anda untuk menambah backlinks anda sendiri bagi artikel tersebut.


Agen carian seperti Google amat menyukai laman web/blog sebegini dan ianya mudah diindeks bagi mendapatkan tempat yang sangat baik. Oleh yang demikian, mendapatkan backlinks ke blog anda daripada 5-10 jenis tapak Web 2.0 adalah sangat berkuasa dan ini akan membentuk asas teknik seo link wheel.

teknik seo blog link wheel
Gambarajah di atas merupakan kaedah link wheel yang biasa digunakan dalam teknik SEO. Dalam senario link wheel di atas, setiap tapak Web 2.0 akan membina backlinks ke blog anda di tengah-tengah, serta setiap tapak Web 2.0 ini akan membina backlinks di antara satu sama lain dan membentuk seperti gelung tertutup.

Dengan cara ini, link juice diserahkan kepada kedua-dua blog anda dan tapak Web 2.0 untuk meningkatkan kuasa masing-masing. Secara peribadi, saya tidak suka kaedah sebegini kerana kaedah link wheel ini akan meninggalkan jejak yang jelas. Erti kata lain, ianya akan mudah dikenali bahawa kita sedang mengingkatkan sesebuah blog di enjin carian.

teknik seo blog link wheel
Sebaliknya, saya lebih gemar menggunakan kaedah link wheel seperti gambarajah di atas. Secara amnya, ia dapat menyembunyikan jejak agar tidak kelihatan lebih jelas. Pada masa yang sama ia akan memberikan kesan yang sama seperti kaedah link wheel sebelum ini. Ciri-ciri ini lebih baik dan kreatif. Baik untuk teknik SEO blog anda.

Teknik SEO Blog – Pastikan Kaedah Link Wheel Betul!

Perhatian! Di sini saya ingin ingatkan juga bahawa teknik SEO bagi link wheel ini juga mestilah dilakukan dengan tertib bagi memastikan blog atau artikel anda benar-benar berada di kedudukan yang tertinggi di dalam enjin carian (SERP).

Pastikan backlinks yang dibina di dalam artikel pada setiap tapak Web 2.0 itu adalah berkaitan dengan blog atau artikel blog anda. Selain itu juga pastikan juga artikel pada setiap tapak Web 2.0 yang anda gunakan juga berkaitan. Ini bermakna, anda perlu menulis atau tweak beberapa buah artikel untuk dimuatkan pada Web 2.0 dan dihubungkan antara satu sama lain.

Rasanya cukuplah setakat ini dahulu mengenai teknik SEO blog melalui link wheel, diharap anda semua dapat mencubanya. Tidak kira secara manual ataupun automatik, ianya amat-amatlah berguna. Tetapi tidak tahulah penangan Google Panda pula bagaimana, apa-apa pun tidak salah mencuba.

Psst! Dengan teknik inilah saya memenangi beberapa kontest SEO, buat manual sahaja. Maklumlah sekadar suka-suka. 🙂

Sebarkan kepada rakan-rakan anda!

32 thoughts on “Teknik SEO Blog – Apa Itu Roda Jaringan Atau Link Wheel”

    • teknik seo blog ni memang banyak, kita cuma perlu tahu bagaimana nak optimize sahaja. untuk backlinks macam link wheel, kita buat waktu kita free pun takpa, nak upah orang pun takpa. 🙂 mudah je. 🙂

      Reply
  1. “teknik seo blog” lg amboi 🙂

    kebanyakan pakai teknik ni bro, social bookmarking or apa teknik g berkaitan dgn backlinks pakai jenis ni tp site tu perlu ada IP yang berlainan untuk elakkan spam.

    terbaik jika kita dah submit URL blog ke 100 sites pakai teknik ni, jangan submit lg dah link blog tu menggunakan teknik yang serupa. kecuali kita dah spin or spun description site kita untuk jadikan unik, untuk elakkan duplicate content.

    Reply
    • haha, saja nak kejar bro ng shah. tu duk main2 ng “teknik seo blog”. kat google.com.my dah ok, just kat google.com tak up lg. jenuh nak kejar. hehe

      lupa plak nak sentuh bab ip tu, anyway thanks sebab sudi terangkan kat sini. kalau kita upah orang plak cam mana? contoh aku upah ko submit url blog ke 100 sites pakai teknik ni. esok aku upah orang lain plak. macam mana kita hendak mengetahui orang tu submit sama ada sites yang sama atau tidak?

      Reply
      • kena tgk submission tool dia pakai bro – kalau belainan mmg tak sama la url site tu..

        profile backlinks aku dah penah cuba tp sebenarnya kurang bagus sbb bk yg xindex…

        Reply
        • oic, itulah masalah. kadang-kadang provider bukan bagitahu submission tool mana yang dia pakai. susah gak tu. hehe

          profile backlinks banyak aku wat manual je. tapi tak tahulah dia index ke tak.

          Reply
    • erk, dari backlink ke backlink ke contest seo tu? kurang faham…soalan ke penyata? link wheel memang best, tp klu buat manual memang kena rajinlah. hehe

      Reply
  2. AKu penah baca ebook pasal linkwheel ni.
    Teknik lama gak ni kan.
    Tapi ada org suggest pakai IP lenlain untuk setiap post tu sbb skg google dah tau teknik ni.

    Ada yg buat servis SEO guna cara ni, buat beratus2 blog, then buat autoblog untuk create backlink secara automatik, tapi diorang guna IP berlainan

    Reply
    • yurp, lupa nak mention kat atas. tp klu bawah 10 tak kisahlah ip sama. tetapi mmg sll guna ip lain2. tambah plak yang pakai software, automatik akan gunakan ip berlainan.

      Reply

Leave a Comment