Ketahui Indeks Jisim Badan Anda Sekarang Juga

Pernahkah anda mengambil tahu mengenai indeks jisim badan atau body mass index anda? Saya percaya semua orang mengetahui apa itu body mass index (BMI) yang lebih terarah kepada kesihatan tubuh badan dan sudah pastinya mengenai berat badan.

Artikel kali ini adalah kesinambungan daripada artikel terbaru oleh rakan blogger saya iaitu Etomyam yang bertajuk Rekod BMI Untuk Semua. Di dalam artikel tersebut ada menyebutkan satu pertiga daripada rakyat Malaysia mengalami masalah berat badan dan 1.7 juta daripada rakyat yang berumur 18 tahun ke bawah dikatakan masalah obesiti.

Terkejut juga membaca laporan tersebut, ini bermakna ramai yang masih muda lagi sudah mengalami masalah kesihatan yang mereka sendiri tidak tahu. Oleh yang demikian, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia bakal memperkenalkan kaedah buku rekod BMI kepada setiap pelajar sekolah.

Semoga tujuan untuk mengesan di peringkat awal lagi pelajar sekolah yang mungkin mengalami masalah berat badan dan obesiti ini mampu mengurangkan masalah di atas. Baiklah, untuk membantu anda semua. Jom kita kira BMI sekarang juga, malah setiap hari pun boleh. Bagi mengelakkan masalah berat badan dan obesti kepada kita.

Mengikut definisi daripada Wikipedia, Indeks jisim badan (BMI) merupakan formula untuk menilai berat badan serta berkait rapat dengan ketinggian seseorang itu. BMI merupakan pengukuran tidak langsung komposisi badan kerana ia amat berkaitan dengan lemak yang terdapat dalam berat badan serta ketinggian seseorang individu itu.

Bagaimana Mengira BMI?

Secara amnya, untuk mengira BMI adalah sangat mudah seperti formula di bawah:

BMI = berat(kg) / [tinggi(m) x tinggi(m)]

Manakala status BMI boleh dikategorikan seperti di bawah:

indeks jisim tubuh (bmi)
Untuk memudahkan anda lagi, bolehlah cuba mengira BMI anda sekarang juga di Calculate Your Body Mass Index yang telah disediakan oleh National Heart Lung and Blood Institue. Kalau rasa tidak berpuas hati lagi, bolehlah kira menggunakan kalkulator anda ya. 🙂

Sebarkan kepada rakan-rakan anda!

32 thoughts on “Ketahui Indeks Jisim Badan Anda Sekarang Juga”

  1. kenapa nasi lemak pulak yang diharamkan di sekolah. kesian lah budak-budak tak dapat makan nasi lemak. kena syorkan budak-budak banyakkan makan tempe

    Reply
    • pergh, ko kurang bersenam ke tak pernah bersenam ni? better buat senaman selalu bro, jaga pemakanan dan kurangkan berat badan. insyaAllah boleh normal balik bmi tu. 🙂

      Reply
      • macam dah tak bersenam jer skang ni..haha exercise pon time g kelas ngan balik kelas sebab bilik tingkat 5..

        insyaallah nak try cari jugak masa. rasa cam rimas gemok-gemok ni..huhu

        Reply
        • boleh bro kalau ada usaha, petang-petang banyak beriadah sudah. tak kisahlah main apa pun, janji benda tu memerlukan pergerakan. 🙂

          Reply
  2. BMI aku kira normal jugak la
    tapi kene jaga pemakanan dan selalu bersenam
    baru la maintain ye tak ?

    P/S : heheh smart habis thesis ko ni

    Reply
    • ok la tu bro, aku pun normal gak. tp tgh nak tambah berat badan skit. kasi ngam2 bmi 22 baru best. hehe

      baru buat siang td, mmg stuck abis. terus godek thesis. nnt aku wat kan yg ko punya. ko nak rupa mcm mana, kasi tau jerk. nnt aku free, terus setup kan. 🙂

      Reply
  3. Aku 28.sebenar bukan kategori gemuk tu. huhuhu/ lebih berat badan. sekarang ni tengah workout nak turunkan 3 kg dlm sebulan.. doakan aku berjaya ek

    Reply

Leave a Comment