7 Tips SEO Pada Laman Untuk Blogger

Apabila anda berfikir mengenai pengotimuman enjin carian (search engine optimization), ianya terdapat dua aspek atau teknik iaitu pada laman (on-page SEO) dan dari laman (off-page SEO). Di mana on-page SEO adalah apa yang anda lakukan di dalam laman anda dan off-page pula apa yang anda lakukan di luar laman anda.

Pada kali ini kita akan lihat beberapa teknik on-page SEO yang akan membantu anda dalam mencapai peringkat tertinggi di enjin carian. Diharap apa yang dikongsikan di sini dapat membantu anda semua dalam mempelajari tips SEO, jika terdapat sebarang masalah sila tinggalkan di ruangan komen agar dapat kita berkongsikan bersama dengan pembaca lain.

  1. Gunakan kata kunci releven untuk nama domain

    Ini lebih kepada blog atau laman yang mempunyai niche tertentu, sebagai contoh untuk kata kunci drama melayu. Domain dramamelayu.org mampu berada di muka pertama enjin carian Google walaupun tidak mendapat sebarang backlink daripada laman lain. Ini kerana ia lebih mendapat perhatian daripada agen carian atau crawler dan juga apabila anda menggunakan sosial media seperti Facebook dan Twitter untuk mempromosikan blog atau laman anda. Secara mudahnya, nama domain adalah kata kunci utama kepada sesebuah laman atau blog.

  2. Tajuk atau headline sesebuah laman

    Ianya amat penting sekali di dalam sesebuah blog atau laman untuk memiliki sesebuah tajuk atau headline. Sila pastikan penggunaan tag headline adalah betul iaitu H1 yang bertindak sebagai tajuk utama blog atau laman anda. Ia juga boleh dikatakan sebuah kata kunci utama terhadap laman tersebut.

  3. Gunakan web analytics tools

    Hal ini adalah amat penting, sila pastikan anda menggunakan web analytics yang betul seperti Google Analytics dan Clicky. Ini bagi mengesan prestasi laman atau blog anda serta membantu anda mengenalpasti keberkesanan pengotimuman enjin carian (SEO) di dalam laman anda. Sila tumpukan kata kunci yang masuk ke laman anda, adakah ia releven atau tidak dengan laman anda.

  4. Permalinks

    Merupakan bahagian yang paling penting dalam pengotimuman SEO laman anda, penggunaan kata kunci di dalam URL akan membuat artikel anda menjadi lebih mudah diindeks oleh crawler untuk dihantarkan ke enjin carian agar berada di kedudukan yang lebih tinggi. Pastikan URL anda mempunyai kata kunci utama artikel dan juga boleh dipelbagaikan frasanya, tapi jangan buatkan ia seperti kelihatan spam.

  5. Penggunaan kata kunci

    Ini telah saya terangkan dahulu bagaimana penggunaan kata kunci di dalam sesebuah artikel, sila pastikan kata kunci utama berada di pereggan pertama dan penutup artikel anda. Selebihnya anda boleh gunakan variasi kata kunci dalam perenggan lain, seelok-eloknya hadkan penggunaan kata kunci utama kepada 3% daripada sesebuah artikel. Jangan terlampau banyak, kerana ia boleh dianggap kata kunci spam.

  6. Memanfaatkan tag alt

    Apabila anda menggunakan gambar di dalam sesebuah artikel, pastikan anda menggunakan tag alt pada gambar tersebut. Paling penting, isi tag alt tersebut dengan kata kunci utama artikel tersebut. Kerana ia akan membantu kedudukan yang lebih tinggi di dalam pencarian gambar.

  7. Komit dan tumpuan hanya pada teknik pengoptimuman anda

    Last but not the least, SEO akan terus berubah daripada masa ke semasa. Lihat sahaja kepada Google, mereka akan terus mengubah algoritma enjin carian mereka secara teratur dan sudah pasti ianya akan menjadikan ia lebih ketat untuk berada di kedudukan yang lebih tinggi. Berjaya hari ini, tetapi belum tentu berjaya untuk esok. Kerana persaingan akan sentiasa meningkat. Untuk berjaya di dalam teknik on-page SEO ini, anda perlu komited dan lihat untuk jangka masa panjang dan hasilnya.

Inilah serba sedikit mengenai teknik on-page SEO yang saya kongsikan untuk kali ini, semoga ianya dapat membantu anda semua. Terutama kepada blogger Malaysia yang kian bertambah dari hari ke hari, semoga dengan penambahan ini dapat membina sebuah Network Blogger yang besar.

Tambahan: Penggunaan tema pada laman atau blog anda juga dapat membantu teknik on-page SEO anda. Oleh yang demikian, pilihlah tema yang bertepatan dan mesra SEO.

Sebarkan kepada rakan-rakan anda!

69 thoughts on “7 Tips SEO Pada Laman Untuk Blogger”

  1. Dulu saya tak begitu memperhatikan alt tapi sekarang karena image tu bisa valid harus menggunakan alt jadi saya isi juga dan ternyata alt tag sangat berguna untuk SEO, jadi memperoleh 2 manfaat sekaligus
    Nice share

    Reply
  2. er, nak tanya macam mana search enjin boleh kenakan spam kepada laman blog?

    apa sebab-sebabnya dan adakah spam dikenakan terhadap link artikel tertentu atau terus terhadap blog tersebut?

    Reply
    • secara ringkasnya, enjin carian akan detect spam jika sesebuah blog itu mempunyai backlinks yang banyak dan tidak berkualiti. seseolah backlinks yg diberikan tidak berkaitan dengan blog atau artikel itu sendiri. selain itu juga, pengulangan kata kunci atau keyword yang terlampau byk juga akan menyebabkan enjin carian mengisytiharkan ia sebagai spam. harap dapat membantu. 🙂

      Reply
  3. terima kasih tips ni bro…tapi aku masih tak tahu cara nak guna keywords tu…lepas tahu keywords, pastu nak letak kat mana?

    Reply
  4. cik tom guna getclicky dan masih belajar utk bermain dgn keyword…nak tanya contoh theme yg macam mana mesra seo ye?sbb cik tom br bertukar hosting wp…sebelum ni cik tom pengguna blogspot…so byk perkara baru mengenai wp cik tom nak kena pelajari..hrp mohdisa dpt tlg ye..tq

    Reply
    • getclicky memang ok, utk main dengan keyword. ada pelbagai keyword tools yang boleh digunakan. contohnya keyword tools dari google adwords, nanti saya akan sharekan keyword tools tersebut. untuk theme wordpress yang mesra seo, cuma masuk ariffshah.com dan cari framework. fromework adalah theme yang terbaik dan mesra seo. 🙂

      Reply
  5. bila tengok mana mana tutorial @ tips SEO semua cakap pemilihan/pembahagian niche sesebuah blog tu paling penting utk mudah di index oleh google. hu hu hu

    Reply
  6. Pertama kali sampai disini. Terima kasih atas tip yang diberikan.

    Saya kurang memahami tentang kata kunci. tapi selepas baca penjelasan dari Isa, ia dapat membantu saya.

    Anyway saya masih baru dalam bab2 seo ni. perlu banyak belajar lagi

    Reply
    • terima kasih beaty sebab sudi singgah di sini, sebenarnya seo ini tidak susah dan tidak pula senang. cuma kita perlu komitmen dalam penulisan seo, kena pandai bermain dengan keyword dan tidak tertumpu sahaja pada main keyword. pelbagaikan frasa keyword tersebut. 🙂

      hope beaty faham apa yang saya katakan tu, kalau kurang faham. boleh ajukan soalan. 🙂

      Reply
  7. theme jg memainkan peranan yg penting – sebaiknya gunakan theme mesra seo (seo build-in) di sini Genesis framework merupakan antara yg terbaik unt seo. kebanyakan premium theme mesra seo.

    namun unt rank higher dgn certain keywords dlm google dsbnya – tips terbaik ialah tingkatkan authority blog anda terlebih dahulu…cth – link, backlink dsbnya

    Reply
    • terima kasih di atas perkongsian komen yang menarik ini, betul tu. themes juga memainkan peranan dalam seo ini. memang diakui genesis merupakan salah satu framework yg terbaik dan mesra seo. premium theme sekarang juga mesra seo. mungkin kerana di atas permintaan pembeli juga. paling baik bab authority blog, memang penting. tambahan pula untuk blog yang berniche.

      p/s: nak tanya, wpthemeslabs memang orang melayu punya ke? hehe

      Reply
      • fully malay – lol…yup saya org melayu…btw tips sedara ni pon kalau dipraktikkan blog baru xkan ada masalah dlm seo..nasihat unt semua newbie mcm saya…usah monetizekan blog anda sekiranya blog tesebut baru berusia sebulan..salam unt semua

        Reply
        • baru saya tahu, sebab wpthemeslabs memang nampak profesional dan setanding dengan blog wp dari luar. betul tu, hope newbie dapat faham dengan tips mudah sebegini dan jangan terlampau obses untuk naik cepat. penting untuk fokus pada penulisan dan kekemasan blog. apa yang saya lihat, mereka lebih gemar meletak widget yang bukan-bukan tanpa megira kesannya. betul tak?

          Reply
    • praktik bro, jangan tak praktik. genesis kategori framework juga. lebih kurang samalah, tapi ada yang berpendapat genesis lagi mudah daripada thesis. kalau nak tgk contoh, masuk ceghap.com dia pakai genesis.

      Reply
    • terbaik, comluv dah ada. tp still nak masukkan link dalam komen ye, harap maaf. komen anda telah diubahsuai. terima kasih.

      Reply
  8. yeay!! suka topic ni sebab tengah study pasal SEO ni.. kalau boleh tuan review blog saya tgok kan SEO die ok tak? hehe..

    Reply
    • ops, nak review blog yerk. yg itu masih dalam perancangan, sbb memang ada segmen utk review blog dgn seo ni. tgh dalam draf lagi. maklumlah, agak bz skit skg ni. 🙂

      Reply
    • bagus, itu yang aku maksudkan. memang untung kalau letak tag alt tu. tak dapat daripada depan, ikut pintu belakang. 🙂

      Reply
      • satu lagi nak cakap, letak alt tag tu benda paling basic dan simple kot tapi ramai yang tak letak sebab mostly taip post kat belah WYSIWYG bukan belah HTML. sebab tu tak nampak kerugian di situ.. 😀

        Reply
        • aku paling tak suka menulis kat bahagian VISUAL. semak, tak boleh nak menulis coding kat situ. memang jadi kerugian bila tak letak tag alt.

          Reply
    • Terima kasih Joe, kalau boleh letak nofollow pada semua link lagi bagus. Kalau untuk dofollow buat pada backlinks yang perlu sahaja. 🙂

      Reply
    • betul tu zik, tak dapat nak apply semua. buat sikit-sikit pun jadi. lama-lama jadi bukit, yang penting cara penulisan kita sampai kepada pembaca. 🙂

      Reply
    • itu lain la aman, keyword ko besar kot. susah nak bersaing dengan oversea. tambah plak org malaysia ni, mana mau nyer search pasal teknologi, kalau search dah confirm2 dorg klik website luar. niche teknologi cam ko, memang sesuai promo kat twitter n facebook. 🙂 betul tak?

      Reply
  9. yg no 1 tu, google baru je kuarkan artikel bahawa nama domain tidak akan dikira lg sbg salah 1 punca no 1 (utk SEO)..aku pn lupe byk kt mane

    Reply
      • tu la..aku tgk genesis mcm lg sng nk setting tp mls nk blaja sbb tkut tertukar ngan coding thesis..ko try dulu..kalo bez bgtaw aku

        Reply
        • nak study kena test gak local host dlu, baru senang skit. tp agak susah la skit kalau nak tukar theme skg ni. mau semua ilang nnt. hehe

          Reply
        • trylah genesis bro, minta bantuan daripada ceghap.com
          dia memang pakai genesis, boleh minta dia design kan
          aku pun nak cuba nanti, tp maybe kat blog lain kot 🙂
          thanks bro…

          Reply

Leave a Comment