Computer Internet News

Bantahan Ke Atas Akta Badan Pengkomputeran Profesional

Pernahkah anda mengetahui mengenai Akta Badan Pengkomputeran Profesional? Banyak para rakan saya dalam dunia IT telah sibuk menceritakan berkenaan dengan akta ini dan kebanyakkannya tidak bersetuju dengan Akta Badan Pengkomputeran Profesional ini.

Apa yang saya faham berkenaan dengan Akta Badan Pengkomputeran Profesional ini, seseorang yang tidak mempunyai sijil atau ijazah di dalam bidang IT tidak boleh melibatkan diri dalam perniagaan berkaitan IT.

Ini bermakna Akta Badan Pengkomputeran Profesional mungkin menghalang para pengaturcara, pembangun laman web dan lain-lain yang tidak mempunyai sijil dan ijazah bagi menjalankan perniagaan mereka di dunia maya ini.



Boleh dikatakan, kebanyakkan rakan-rakan yang menjalankan perniagaan ini tidak mempunyai sijil dan ijazah. Sekadar mempelajari sendiri dari pengalaman masing-masing dan bergerak secara freelance. Ini bermakna, Akta Badan Pengkomputeran Profesional akan boleh menutup periuk nasi orang lain yang telah lama menjalankan perniagaan ini.


Pendapat Hitler mengenai Akta Badan Pengkomputeran Profesional

Akta Badan Pengkomputeran ProfesionalOleh yang demikian saya ingin memohon rakan-rakan pembaca semua untuk membuat bantahan ke atas Akta Badan Pengkomputeran Profesional ini dengan menandatangi petition berikut Petition: MOSTI: Stop Computing Professionals Bill 2011 (CPB 2011) yang dikeluarkan di change.org oleh Daniel CerVentus.

Semoga dengan adanya petisyen ini, pihak bertanggungjawab terhadap Akta Badan Pengkomputeran Profesional ini dapat menggubal atau memperbaiki sesuatu yang mampu menghalang perkembangan dunia IT di Malaysia.

Tandatangan Petisyen Bantahan Akta Badan Pengkomputeran Profesional

13 Comments

  1. titan December 17, 2011
  2. shraqs December 16, 2011
  3. Zaini December 14, 2011
  4. Wan Perlis December 13, 2011
  5. levelsatu December 13, 2011
  6. hdn952 December 12, 2011
  7. Omar December 11, 2011
  8. zuls December 10, 2011
  9. neo December 10, 2011
  10. Oh! Duit December 10, 2011
  11. blackrosehunter December 10, 2011
  12. syahrilhafiz December 10, 2011
  13. Haru December 10, 2011

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.