Boleh dikatakan saban hari, pasti ada sebuah gajet baru yang keluar dipasaran. Sehinggakan umat Islam sendiri terkejar-kejar akan gajet tersebut. Tetapi ada suatu yang kita perlu tahu bahawa Islam ada pada gajet tersebut di mana Islam adalah cara hidup.
Kali ini bukanlah saya ingin kongsikan sebuah gajet terbaru yang berada di pasaran. Tetapi saya ingin kongsikan bahawa Islam ada pada gajet yang kita miliki atau kata lainnya, Islam adalah cara hidup kita masakini.
Islam Adalah Cara Hidup
- Jika kita marah – TOPUP wuduk untuk menyejukkan jiwa.
- Jika kita bingung – KLIK doa agar tenang hati.
- Jika kita dipuji – RELOAD syukur supaya tidak alpa.
- Jika kita gagal – DOWNLOAD usaha untuk memberi semangat.
- Jika kita kecewa – RESTART tenaga agar sentiasa sedar.
- Jika kita bersedih – SELECT ibu bapa untuk meluahkan perasaan.
- Jika kita berdosa – UNDO perangai itu dan bersolat taubat.
- Jika kita berdendam – DELETE buruk sangka supaya bersih hati.
- Jika kita berbohong – BACKSPACE kata-kata untuk memperbetulkan keadaan.
- Jika kita buat maksiat – REGISTER SOFTWARE sikap baru dan bertaubat nasuha.
Menarik bukan, bak kata orang “Islam itu mudah.” Islam ada di mana-mana sahaja, bukan sekadar di gajet kita. Bahkan Islam adalah cara hidup kita sendiri. InysaAllah, hidup kita akan dirahmati oleh Allah s.w.t.
Sumber: Gen-Q
sesungguhnya, islam itu indah sekali.
macam nie senang nak ingat sebab ia dekat ngan kita..
tahu takpa, mudah dan senang sangat nak ingat…
Islam itu berbentuk syumul dan relevan sepanjang zaman. yg rasa susah dengan Islam bila iman tu dah terlalu lemah
itulah, selalunya orang yang kuat iman ni lagi kuat godaannya. waallahualam.
betul. Islam ni mudah aje. Tak perlu susah-susahkan hati..
yang menjadikan islam ini susah, adalah diri sendiri. betul tak?
Berguna untuk dijadikan panduan untuk kita semua
betul tu bro…hopefully dapat membantu rakan-rakan semua.
islam itu indah, bukan kata dalam gajet je
banyak benda boleh dikaitkan lagi 🙂
tahu takpa, di mana-mana saja ada. dan boleh diaplikasikan di mana-mana sahaja. 🙂