Belanjawan 2009

Salam semuanya, pasti ada yang menunggu kemunculan entri ini. Terutama saudara Roslan yang tidak habis-habis memporakperandakan hidup saya selama ini (jahat dia nih, suka kaco aku). Tengok tajuk sahaja pasti yang tertanya-tanya bukan. Nama pun belanjawan, mestilah mengenai wang atau lebih dikenali dengan duit.

11 Julai 2009
Hari ini merupakan hari Sabtu, di mana hari cuti sedunia. Tidak apa yang perlu dilakukan melainkan berehat. Tetapi mengikut perancangan, kawan saya Azim telah mengajak saya ke PC Fair di Jitra Mall, Kedah. Gambar di bawah menunjukkan keadaan PC Fair di sana.

Beginilah keadaan PC Fair di Jitra Mall, PC Fair yang paling kecil aku pernah hadiri. Kerana PC Fair ini dianjurkan oleh salah sebuah kedai komputer yang yang berada di dalam Jitra Mall bukan anjuran PIKOM ya.

Sudah pergi, mesti ada sesuatu yang dibelikan. Kalau tidak buat apa pergi kalau tidak membeli sesuatu. Betul tak? Okay, dekat PC Fair ini mengikut perancangan aku ingin membeli external hard disk, cooler laptop, headphone, printer, USB High-speed hub. Tapi akhirnya aku hanya berminat untuk membeli dua item sahaja iaitu:

AVF Multimedia Headset with Microphone

LEXMA USB 2.0 High Speed HUB

Yang lain-lain seperti external hard disk dan printer kena hold dululah jawabnya. Mungkin akan dibeli PC Fair yang akan datang di UUM. Seteleh selesai di Jitra Mall, lokasi seterusnya adalah Sentosa, Alor Setar. Pada yang tidak pernah sampai, bangunan Sentosa ini seperti Low Yat juga. Cuma tidak banyak kedai dan barang yang dijual seperti Low Yat.

Lupa pula hendak memberitahu anda semua, dalam rombongan ini kami semua bersepuluh. Iaitu classmate saya, iaitu Man, Mayo, Barl, Wan, Kojek, Gie, Nas, Kenek, Azim dan akhir sekali dah tentulah saya. Okay, di Sentosa. Pada kebiasaaannya kami hanya melihat handphone sahaja, tapi sebelum itu Man sudah pun mempunyai handphone baru iaitu Sony Ericsson W910i. Bila dia beli saya pun tidak tahu, dengan alasan Nokia N95 beliau telah rosak. Di sini gaya posing si Man:

Seterusnya oleh saudara Mayo, di Sentosa handphone model Sony Ericsson C512 telah berjaya menambat hati beliau dengan harga tut. Saya tidak pasti yang pasti rekabentuk handphone tersebut menarik minat beliau (sorry Mayo jikalau kenyataan aku salah, hehe). Lihat gaya posing Mayo pula:

Siapa pula ya, saudara Wan pula. Yang ini agak special sedikit, sebab dia tread in Navigator dia untuk mendapatkan Nokia E71 dengan menambah RM700++. Seperti anda tahu, E71 mempunyai kelebihan yang tertentu. Terumata pada emailing. Tidak payah cerita panjanglah, ini gambar posing dia:

Okay akhir sekali item yang dibeli oleh saya iaitu Nokia 5800 XpressMusic, tidak terdaya saya membeli Nokia N97 yang saya idamkan sebelum ini. Berwarna biru di tepinya. Sebenarnya memang saya nak beli handphone ini sebelum Nokia N97 menjadi idaman. Kira apa yang dahulu, perlu didahulukanlah senang cerita. Dengan harga RM900++ (bukan harga sebenar) saya telah berjaya memperolehinya. Buktinya:

Sejak saya membelinya, saya tidak explore lagi setiap application yang tedapat dalam handphone ini. Tiada masa untuk itu, main redah sahaja. Selepas Sentosa, lokasi seterusnya adalah City Plaza, Alor Setar. Tapi saya hanya berjalan sahaja. Bermain snooker dan arcade game sahaja, rakan-rakan yang lain berkaraoke. Saya terus terang, memang tidak pandai menyanyi.

Setelah tamat semua aktiviti selesai, seterusnya makan malam di Restoran Haji Ramli. Makan nasi kandar beramai-ramai. Akhir sekali pulang ke kampung halaman (kolej kediaman). Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam aktiviti, minta maaf tiada gambar untuk aktiviti ini. Kerana kami tidak membawa jurufoto untuk sesi kali ini.

13 Julai 2009
Balik sahaja kelas petang tadi, terus ke rumah Nas untuk mengambil motosikal kesayanganku (sayang ke?). Kemudian terus membawanya ke bengkel untuk menggantikan apa yang patut (melayang lagi duit aku). Sempat juga menjenguk kedai komputer di sebelah bengkel, sambar satu cooler pad untuk laptop.

Downdate
Sekadar ingin memaparkan laptop yang aku miliki sekarang dengan Windows 7 serta gadget yang saya telah beli sebelum ini. Terdapat juga Maxis Broadband yang kian lembap pula, maklumlah musim hujan. Rupanya banyak juga duit saya habis untuk ini semua. Makan pasirlah jawabnya lepas ini.

Sekian sahaja untuk paparan kali ini. Setia bersama blog mohd isa, banyak entri menarik yang saya akan bawakan. Sabar menanti.

Summary Belanjawan 2009
Sehingga 13 Julai 2009:
Laptop: Compaq Presario CQ40 RM2000++ Dibeli pada bulan Dec 2008
Headset: AVF Headset with Mircophone RM10++
Hub: Lexma USB High Speed HUB RM20++
Handphone: Nokia 5800 XpressMusic RM900++
Motor: Alat ganti Apek RM60++
Cooler: Cooler pad big fan RM20++
Jumlah: Buku kira-kira

P/S: Buat saudara Roslan, harap berpuas hati dengan entri aku kali ini yerk. Satu lagi, Sony Ericsson K800i masih dalam genggaman daku. Sayang woi. Belanjalah anda ke jalan yang benar. Beli barang-barang berfaedah, jangan jadi seperti saya. 🙂

Sebarkan kepada rakan-rakan anda!

Leave a Comment