Perlaksanaan ibadah solat sama ada lelaki dan wanita pada dasarnya adalah sama dari segenap sudut, termasuk rukun, syarat wajib dan syarat sah solat. Ini berdasarkan mafhum hadis Nabi s.a.w. yang bermaksud: “Solatlah sebaimana kamu lihat aku solat.” (Riwayat al-Bukhari)
Lafaz hadis ini umum, tidak dikhususkan kepada lelaki sahaja. Namum keumuman sesuatu itu boleh dikecualikan jika terdapat dalil lain yang mengkhususkan sesuatu perkara. Terdapat beberapa perkara yang membezakan antara solat lelaki dan wanita, iaitu:
- Kedudukan Lengan
- Suara
Lelaki disunatkan merendahkan suara bacaan pada solat sirri iaitu solat Zohor dan Asar. Manakala pada solat jahriSurah al-Ahzab 33:32)
selepas dua rakaat pertama iaitu Maghrib dan Isyak. Wanita pula dikehendaki merendahkan suara dalam semua solat, sekiranya terdapat lelaki ajnabi berdekatan dengannya bagi mengelak fitnah. Allah berfirman kepada isteri Nabi yang bermaksud: “Wahai isteri Nabi, kamu bukanlah seperti wanita lain, jika kamu bertaqwa janganlah kamu tunduk dalam berbicara lalu dengan sebab itu berkeinginan (jatuh hati) orang yang di dalam hatinya sakit dan ucapkanlah perkataan yang baik.” (Menurut al-Suddi yang bermaksud dengan “tunduk dalam berbicara” di sini adalah melembutkan kata-kata apabila berbicara dengan lelaki. Jadi, selain isteri Nabi, wanita perlu menjaga kerendahan suara ketika berbicara apatah lagi ketika menunaikan solat.
- Memberi Amaran Atau Menegur
Jika imam ada melakukan kesilapan seperti kesilapan dalam bacaan atau perbuatan dalam solat, maka lelaki boleh bertasbih mengucapkan “Subhanallah” dengan suara yang nyaring bagi menegur imam. Bagi wanita pula disunatkan menepuk tangan kanan ke belakang tangan kiri imam sekiranya perlu membuat teguran di atas kesilapan imam semasa solat.
- Aurat
Aurat lelaki dalam solat ialah di antara pusat hingga lutut. Manakala aurat wanita pula seluruh tubuhnya, melainkan muka dan tapak tangan dari pergelangan tangan. Allah berfirman yang bermaksud: “Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya.” (Surah al-Nur 24:31)
Menurut Ibn Abbas, maksud “yang (biasa) nampak daripadanya” ialah wajah dan tapak tangan. Ini jupa pendapat jumhar ulama. Pendapat ini dikukuhkan lahi dengan hadis riwayat Aisyah, bahawa Asma’ menemui Rasulullah s.a.w. dan kala itu ia berpakaian tipis. Rasulullah s.a.w. memalingkan muka lantas bersabda: “Hai Asma’, sesungguhnya apabila wanita telah haid (baligh), maka tidak boleh terlihat daripadanya kecuali ini dan itu (Baginda mengisyaratkan wajah dan telapak tangan).” (Riwayat Abu Dauh dan al-Baihaqi)
- Azan Dan Iqamat
Bagi lelaki disunatkan azan dan iqamat sebelum solat fardhu. Sebaliknya wanita tidak disunatkan azan tetapi hanya disunatkan iqamat sebelum solat, itu pun dengan suara yang perlahan. Sekiranya iqamat diungkapkan dengan suara yang nyaring dan ada lelaki ajnabi yang boleh terdengar laungan tersebut, maka hukumnya makruh.
- Tempat Solat
Lelaki digalakkan solat berjemaah di masjid. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Jika mereka mengetahui keutamaan yang ada pada azan dan saf yang pertama, kemudian mereka perlu mengundi untuk mendapatkannya, pastilah mereka akan melakukannya. Demikian pula jika mereka mengetahui pahala tahjir (bersegera menuju seruan solat), pasti mereka akan berlumba-lumba melakukannya. Jika mereka mengetahui keutamaan yang ada pada solat Isyak dan Subuh, nescaya mereka akan mendatanginya walaupun terpaksa merangkak.” (Muttafaq ‘alaih)
Wanita digalakkan solat di rumah. Ini berdasarkan mafhum sabda Rasulullah s.a.w. apabila diberitakan Ummu Humaid bahawa dia suka solat menjadi makmum di belakang Baginda: “Aku mengetahui bahawa kamu suka solat bersamaku. Akan tetapi solatmu di bilikmu lebih baik daripada solatmu di ruang tamu. Solatmu di ruang tamu lebih baik daripada solatmu di masjid kampungmu. Dan solatmu di masjid kampungmu lebih baik daripada solatmu di masjidku.” (Riwayat Ahmad dan Ibn Hibban)
Namun tiada tegahan bagi wanita untuk menunaikan solat di masjid. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Janganlah kalian melarang wanita yang hendak mendatangi masjid (meskipun solat mereka) di rumah-rumah mereka lebih baik bagi mereka.” (Riwayat Ahmad dan Abu Daud)
Ketika sujud, lelaki disunatkan menjarakkan lengan daripada sisi badan dan menjarakkan perutnya daripada pahanya. Manakala wanita pula disunatkan merapatkan lengan ke sisi badan dan merapatkan perut pada pahanya sama ada ketika mengangkat takbiratulihram mahupun sujud.
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. melintas dua wanita yang sedang mengerjakan solat (seperti lelaki), lalu Baginda bersabda: “Apabila kamu sujud maka rapatkan bahagian daging (perut) ke bumi (lantai). Sesungguhnya solat wanita bukan seperti solat lelaki.” (Riwayat al-Baihaqi)
Sumber: Solusi Isu No. 26
Begitulah beberapa perkara yang membezakan di antara lelaki dan wanita di dalam mengerjakan solat, walaupun pada dasarnya adalah sama dari segena p sudut. Maka diharap dengan perkongsian ini dapat memberi sedikit ilmu dan pengajaran dalam mengerjakan kewajiban kita kepada Allah s.w.t.
setiap pergerakan dalam solat tu kadang boleh membatalkan solat kalau tak kena caranya…info yang berguna.thanxs bro.
most welcome bro, betul tu. kalau terlampau banyak bergerak pun boleh membatalkan solat.
memang pernah belajar masa sekolah… cuma bila dah dewasa perlu diingatkan lagi… p/s: bro… kalau ada perbezaan dan cara solat dalam lain mahzab mungki dapat disertakan akan datang… hahah pandai2 saja aku nak suruh menambah…
aku pun dah lupa waktu belajar di sekolah dahulu mengenai perbezaan lelaki dan wanita di dalam solat. insyaAllah bro, kalau aku jumpa. aku akan kongsikan di sini. takda masalah punya. 🙂
Ilmu agama yang patut dikongsi ramai.. Bukan semua tahu walaupun semua islam.. Sebab apa, islam sekarang banyak pada nama sahaja. Sama2 belajar ilmu agama.. Thanks for sharing bro..
Most welcome bro, betul tu bro. Bukan semua orang tahu bab agama ni. Aku sendiri macam tu juga, mencari sambil berkongsi. Dapat kita pelajari besama rakan2 yg lain, berkongsi2 ilmu dan pendapat. 🙂
perkongsian yg cukup berfaeah ni bro, mesti ramai yg mencari panduan sebegini
thanks bro, insyaAllah. semoga ada yg sudi membaca dan berkongsi dengan rakan2 yg lain.
Terima kasih atas penerangan panjang lebar mengenai solat lelaki dan solat wanita ini. Maklumat yang sangat berguna untuk semua umat islam.
Sama-sama bro, semoga dengan penerangan ini dapat memberi manfaat kepada semua. Terutama yang beragama Islam.
terima kasih berkongsi bro. minat juga baca buku-buku seperti solusi dan terbaru buku hakiki. pelbagai ilmu dapat diperoleh. sekali sekala nanti aku nak kongsi ilmu dari buku hakiki pula.
sama-sama, betul tu. dlu aku tak tahu sangat pasal majalah solusi ni, hinggalah aku lepak umah member aku. terjumpa plak majalah ni. memang menarik untuk dibaca, banyak ilmu yg dapat kita perolehi.
majalah solusi ni memang aku minat. banyak ilmu menarik yang belum pernah aku baca ada dalam tu.
info yg berguna…
cakap pasal aurat lelaki… dari lutut sehingga pusat… teringat plak cerita ustazah aku masa sek menengah dulu… sbb ada orang yg jawap… aurat lelaki… tu lutut dan pusat…
haha, itu biasa diceritakan waktu sekolah dlu. ada je student skg jawab, aurat lelaki pusat dan lutut sahaja. memang salahlah maksud dia. 🙂
Assalamualaikum,bagus info perkongsian yang seharusnya kita titik beratkan,nampak mudah tetapi selalu dimana-mana ceramah ustaz akan menitik beratkan soal solat :),thank q bro berkongsi ilmu bermanafaat :).
Waalaikummussalam, sama-sama. Maklumlah, perkara baik perlu dikongsikan. Betul tak?
betul2 berinfo 😉
thanks bro. 🙂