Sudah agak lama saya tidak bermain-main di dalam dunia software yang tumbuh bagaikan cendawan, terutama pemain media ataupun media player. Satu perisian yang amat penting bagi semua orang untuk berada di dalam sesebuah komputer. Tidak kira untuk mendengar lagu ataupun menonton filem.
Begitu juga dengan saya, media player merupakan sebuah perisian yang amat penting untuk saya menonton drama Tiramisu kegemaran saya, seperti yang kita ketahui. Setiap sistem operasi (operating system/OS) yang kita gunakan pasti didatangkan dengan media player. Termasuk juga dengan Windows 7 atau sebagainya yang dilengkapi dengan Windows Media Player.
Tetapi apa yang pasti, tidak semua format video dapat dimainkan oleh Windows Media Player kerana ia memerlukan codec untuk dimainkan. Oleh yang demikian, wujudlah pelbagai media player lain yang dilengkapi dengan codec untuk memainkan format video tersebut. Saya pernah menggunakan pelbagai media player seperti GOM Player , VLC Media Player , Storm Codec , K-Lite Mega Codec dan banyak lagi.
Bak kata Anarm , “Sebenarnya ada media player yang sedia terpasang dengan semua codec yang diperlukan. Contohnya seperti VLC Media Player, KMPlayer, Kantaris, SPlayer dan banyak lagi.” Anarm memperkenalkan saya kepada Daum PotPlayer, jadi saya pun mencubanya. Maklumlah, benar juga kata Anarm. Sebelum ini saya menggunakan K-Lite Mega Codec untuk menonton movie, pasti ada gangguan.
Teruja dengan kemampuan Daum PotPlayer, mana tidaknya. Jika tengok drama bersiri yang di’download part by part terpaksa klik tetikus untuk membuka part yang lain ataupun terpaksa susun elok-elok di dalam playlist yang disediakan (Kawan saya cakap GOM juga boleh!). Dengan Daum PotPlayer anda tidak perlu berbuat demikian, anda hanya perlu membuka part pertama sahaja dan ia akan terus main part seterusnya. Tapi pastikan nama fail tersebut tersusun dan duduk di dalam satu folder yang sama.
Tetapi ada sesuatu yang lebih menarik, jika secara tiba-tiba anda ada perkara lain yang perlu dibuat sewaktu menonton dan anda terpaksa menutup (shutdown) komputer anda. Anda tidak perlu menghafal minit keberapa anda terpaksa berhenti menonton, anda hanya perlu tutup sahaja Daum PotPlayer. Jika anda ingin menyambung kembali, anda hanya perlu membuka Daum PotPlayer kembali dan klik PLAY sahaja. Secara automatiknya ia akan menyambung kembali filem itu kembali. Seakan-akan pemain DVD di rumahlah pula bukan.
Kelancaran Daum PotPlayer untuk memainkan semua format video memang tidak dinafikan lagi, sistem bunyi yang agak tidak teratur pada media player lain sebelum ini juga tiada lagi. Perfect! Itu yang boleh saya katakan dan anda patut mencubanya sendiri. Anda boleh dapatkan Daum PotPlayer dalam 32-bit dan 64-bit atau download saja daripada Brothersoft.
Download PotPlayer (x86 dan x64)
Selamat mencuba, saya nak sambung layan Ghost season 2 balik dengan Daum PotPlayer. Mantap beb!
Kredit: Anarm.Net
nice bro..dah macam2 media player aku guna..yg free.crack..etc..tp pot player ni 90% ok..
setakat ni mmg aku pakai potplayer je…memang terbaik…
dekat linux aku layan gun vlc je… kat window aku dah cuba semua player yang tersenarai di atas cuma potplayer je belum lagi… tq bro ontheway mendonlod ni…
hoho, samalah kita. aku kat linux memang pakai VLC. tapi aku jarang menonton guna linux, macam tak menarik plak. aku lebih gemar menonton kat windows. cubalah bro, memang terbaiklah. 🙂
dah test tak mendukacitakan… terbaek
see…aku dah cakap pada bro…memang tak sia2 kalau pakai daum potplayer ni…memang terbaiklah…hehe
hoho.. dah mula jadi pengguna PotPlayer.. best kan? sape2 yg suke KMPlayer tu, better try la PotPlayer ni.. sebijik macam KMPlayer, malah dah diupgrade.. KMPlayer macam cilake dah skrg ni lepas dapat kat Pandora tv..
Playlist GOM Player pon berfungsi macam PotPlayer jugak, auto masuk ikut susunan.. takyah susah2 nk klik satu2..
haha, memang da best la bro. aku kalau nak main series je, aku pakai potplayer. memang senang skit, tak payah nak klik. yg paling best, boleh continue balik bila kita shutdown or close potplayer. aku suka!
aku pun dah lepas zaman cuba2 ni 😀
haha, ko takpa. pro, aku ni noob lagi bab komputer ni. so kenalah cuba2. 🙂 nak pakai benda bagus, kenalah mencuba sesuatu yg lain. barulah boleh buat perbandingan. 🙂
aku bukan pro la. dah masa malas tu dah sampai 😀 hahaha. kalau dulu memang suka try n error. dari apps yang bagus sampai la virus. semua benda aku nak try. main sandbox je masa tu 😀
haha, tulah. kalau rajin, rajin sangat. aku pernah wat sampai hdd aku corrupt terus, rajin sangat install yang bukan2. skg slow skit. 😛
bagus gak ni… aku nak cuba lah… thanks
sama-sama, pergh…lama tak nampak bro. mana ilang?
Boleh try la balik ni… Biasanya player lain yang x tersedia codec, pastu kita search untuk tambahan codec, ganguan akan jadi pada audio visual.. (hah! betul ke apa Jai ckp nih..he)
betullah tu, bila dah install codec berasingan dengan player. kemungkinan besar ia akan ganggu setting yang lain, terumata pada audio visual. 🙂
2 pasal la kejap2 dengar music yg ni lain, yg tu lain sound dia.. Sampai satu tahap nak dengar pun rasa bingit telinga..
haha, tahu takpa. kadang2 buka satu file video tu. suara dia dah ke depan dari babak dia. tension gila time tu. hehe
Wah,thank banyak2 ,sebelum ne guna vlc jer ,boleh try ne ,gpon da banyak review bagus kat sini
samalah kita, sebelum ni ada pakai vlc gak. tp skg vlc pakai kat linux jerk. pakai kat windows tak berapa best. so try potplayer plak. memang best.
Daum PotPlayer ni memang best
senang je nak guna
aku pun dah try guna
Hoho, so bila lagi bro nak wat review versi bro plak. Bro, ada premium key tak tuk Game Booster? hehe
Tak pernah dengar pasal Daum PotPlayer ni lagi. Selalu pakai GOM Player je.
Samalah kita, sebelum ni aku guna GOM Player juga. Lepas dikongsi oleh rakan-rakan, barulah dapat tahu mengenai Daum PotPlayer ni. Memang menarik bro, cubalah. 🙂
macam menarik jer…..hmm
memang menarik bro, cubalah. 🙂
owh menarik2… tak payah nak cari next episod… senang…
yurp, yang paling best. bila ko close atau shutdown pc, just buka balik PotPlayer untuk sambung balik citer yg ko tgk. 🙂
erk… oleh kerana aku guna linux, tak merasa la nak gunakan nih… hehe
haha, aku dapat gak merasa. oleh kerana aku pakai dual boot, aku cuba ajalah. memang menariklah, kat ubuntu plak aku pasang VLC jerk. 🙂
fuyoo, untuk linux tak de ke? 😉
Untuk geng kita, kita ada VLC. LOL
haha, VLC memang aku pakai kat ubuntu. 🙂
hoho, linux takda lagi. so guna VLC ajalah jawabnya. haha
kalau nak main part by part terus..kmplayer pun boleh..boleh try jugak daum ni..tak pernah lagi
yurp, kebanyakkan player memang boleh main part by part terus. GOM pun boleh, tp kalau bro try PotPlayer ni. memang terbaiklah. 🙂
tengok bro ulas pun dh menarik. nanti2 aku try. hoho
cubalah bro, memang terbaiklah. tambah plak kalau suka tengok drama bersiri. senang-senang je nak sambung balik, tak payah terkial-kial nak cari episod seterusnya.
Tak pernah lagi cuba DOM player ni, nampak macam menarik jer, pasni lerh aa cuba player baru plaks. 😀
Daum PotPlayer la bro, hoho. Cubalah bro, insyaAllah. Rasanya media player ni yang terbaik setakat ini selain media player lain yg sy pernah gunakan. 🙂
Tadi belum sarapan kot, tuh yang nampak DOM tuh… wahahaha… 😀 aku biasa pakai media player classic jer, atau wmp + windows 7 all in one codec. Stakat ni memang takder masalah pun, tapi tgk feature Daum ni, macam menarik gak untuk dicuba
haha, patutlah. aku belum pernah cuba windows 7 all in one codec lagi. aku rasa tak salah mencuba potplayer ni, byk otai2 support potplayer ni lg. kira terbaiklah, aku ada dgr gak. potplayer ni kira upgrade dari media player classic atau KMPlayer. hoho