Kim Dotcom merupakan lelaki yang lahir di Kiel, Jerman ini dibesarkan dengan nama Kim Schmitz. Lebih 10 tahun lalu dia menukar namanya kepada Kim Dotcom. Sebelum ini, dia juga pernah dikenali sebagai Kimble dan Kim Tim Jim Vestor.
Aksara ‘dot com’ yang sinonim dengan terma internet seakan-akan menggambarkan siapakah Kim Dotcom, 38, yang mempunyai status penduduk tetap di Hong Kong dan New Zealand itu. Dia boleh digelar sebagai seorang genius internet kerana kejayaan memperkenalkan jaringan perkongsian fail di internet yang popular, Megaupload.com.
Kim Dotcom juga berbangga kerana memegang kedudukan teratas permainan video dalam talian, Call of Duty: Modern Warfare 3. Dia menggunakan nama MEGARACER dalam permainan video yang disertai 15 juta orang di seluruh dunia itu. Tetapi nampaknya lelaki gempal seberat 127 kilogram itu menggunakan kepakaran tersebut pada jalan yang salah.
Dotcom yang hanya mendapat pendidikan sehingga sekolah tinggi itu pernah dipenjarakan selama dua tahun di Jerman pada tahun 1998 kerana kesalahan menggodam internet. Selepas itu, dia bangkit dengan menubuhkan sebuah firma keselamatan komputer yang sah dan menjualnya untuk menjadi seorang yang kaya raya.
Pada tahun 2005, Megaupload ditubuhkan. Pada mulanya sistem itu sekadar sebuah ‘kunci siber’ yang bertindak sebagai penyimpan dan perkongsian fail bersaiz besar dan maklumat kepada pengguna dalam talian. Antara muatan yang popular termasuklah fail-fail digital lagu, video klip dan filem. Biarpun melanggar hak cipta, perniagaan itu mendapat sokongan daripada beberapa artis antarabangsa termasuklah penyanyi Kanye West.
Pada Disember tahun lalu, Kim Dotcom telah mengumpul beberapa orang artis untuk menyanyikan lagu promosi Megaupload bersama video klipnya. Antara artis yang terlibat ialah Kanye West, Will.i.am, Jamie Foxx, Sean ‘Diddy’ Combs, Alicia Keys, Chris Brown dan ramai lagi.
Selain Megaupload, Dotcom memudahkan pengguna memuat naik episod penuh rancangan televisyen dan filem untuk ditonton secara percuma menerusi Megaporn.com dan Megavideo.com. Daripada perniagaan ‘haram’ kerana melanggar hak cipta itu, dia hidup bertilamkan wang ringgit.
Hidupnya begitu mewah. Kim Dotcom memiliki sekurang-kurangnya 18 buah kereta mewah pelbagai jenama termasuklah sebuah kereta jenis Cadillac berwarna merah jambu keluaran 1959. Dia memiliki kereta daripada jenama Mercedes Benz, Rolls-Royce Phantom, Mini Cooper dan Lamborghini.
Beberapa buah kereta kesayangan Dotcom mengguna nombor plat yang dibeli khas yang tertera perkataan HACKER, MAFIA, GUILTY, GOD, V, KIM COM, CEO, POLICE dan STONED. Menurut Biro Penyiasatan Pusat (FBI), Dotcom memperoleh pendapatan sebanyak AS$115,000 (RM349,715) setiap hari. Tidak hairanlah jika dia mampu membeli sebuah rumah agam yang terletak di Coatesville, New Zealand di dalam sebuah kawasan hartanah seluas 2,300 meter persegi.
Rumah mewah yang bernilai AS$24 juta (RM73 juta) itu terletak kira-kira 24 kilometer dari ibu negara Auckland. Sebelum berpindah ke rumah itu, Kim Dotcom menghantar e-mel kepada isteri jirannya di situ, France Komoroski dan seakan-akan bergurau menyatakan bahawa dia boleh membantu mereka membeli saham dan mengelak cukai.
“15 tahun lalu saya adalah seorang penggodam dan 10 tahun lepas saya disabitkan kerana perniagaan haram. Selepas itu saya menjadi seorang budak baik, rekod jenayah saya telah dibersihkan dan saya kini telah menjalankan sebuah syarikat berasaskan internet,” kata Kim Dotcom dalam e-mel tersebut.
Dalam sebuah rakaman video yang tersebar di laman sosial YouTube pula, Dotcom dilihat sedang bergembira dengan beberapa orang wanita separuh bogel dalam sebuah kapal mewah di Monaco. Menurut pihak berkuasa AS, Dotcom telah mendalangi sebuah skim yang memberinya kekayaan lebih AS$175 juta (RM532 juta) dalam beberapa tahun dengan cara menyalin dan mengedar muzik, filem dan kandungan dengan hak cipta tanpa kebenaran.
Justeru pada 19 Januari lalu, laman web www.megaupload.com yang beroperasi di Hong Kong telah ditutup oleh FBI. Sehari kemudian bapa kepada tiga orang cahaya mata itu ditahan oleh pihak berkuasa New Zealand bersama tiga orang rakannya kerana kesalahan itu.
Rumah mewahnya itu turut diserbu sehinggakan segala kekayaan yang tersembunyi diketahui oleh pihak berkuasa. Ketika ditahan Dotcom sedang meraikan sambutan ulang tahun kelahirannya yang jatuh pada 21 Januari. Menurut Wall Street Journal, ketika ditahan pihak berkuasa, Dotcom bersembunyi di dalam sebuah bilik kebal yang dilengkapi dengan senapang shotgun. Dia kini ditahan dalam penjara di New Zealand sementara menunggu perbicaraan. Kim Dotcom
ni baru betol2 kaya gil……..
haha, tahu takpa…terbaik!
Kekayaan yang ditarik balik serta merta…. 🙂
haha, ntah2 dia dah simpan baik punya. 🙂
Gila ah. Semua USD. Kalau convert ke RM maybe dah dapat jadi billionaire. 😀
haha, kalau convert usah citer la. memang kaya raya la jawabnya…
sayang betul, dia ni memang pakar IT gila gila ni
otak yang wow! pandai buat duit..
haha, ko pun apa kurangnya. hehe…bila nak buat duit?
memang kaya tapi semuanya dah kena tarik kan?
itu tak pastilah plak, maybe la kot.
dah rezeki dia. nak buat macam mana kan? hehe..
haha…rezeki ko pun apa kurangnya…banyak nak kena study ng ko ni…
mmg terbaik! 🙂
haha, tahu takpa. agak-agak leh jadi cam dia tak?
Boleh kalau kita ada usaha 🙂
Tips Terbaik Untuk Blogging di SuhairiDotCom
haha, idea nak jadi cam dia banyak. tapi semua kekangan modal kot. hehe
Tula pasal bro.bukan mudah tp tak mustahil 🙂
tahu tak, janji ada usaha untuk berjaya. 🙂
huhuhuhu… peh memang langsi mamat nie…
haha…ko pun boleh jadi langsi…ko pun hebat apa…programming can make money right. 🙂
kaya gilalah…
haha, bro pun apa kurangnya. insyaAllah bro pun boleh jadi macam beliau. 🙂
Fuyooo…kaya gila dia ni…yang tak bestnya cara dia tu salah kalau cara betul konpem famous nih…skrg pon famous kan? haha
Telan air liur je la aku baca kekayaan dia…skrg baru tau sape tuan punya megaupload ni…
itulah pasal, mampu telan air liur jelah. nak buat macam mana, bukan megaupload je yg share benda haram. banyak lagi, orang melayu kita pun tokan upload juga. sama jelah. cuma tak boleh-boleh kaya lagi macam dia. hehe