Perkara Yang Perlu Dilakukan Ketika Bangun Tidur

Ketika bangun tidur apa yang anda sering lakukan? Adakah terus mencapai tuala dan terus ke bilik air? Ataupun duduk dahulu sambil termenung memikirkan apa yang dimimpikan ketika tidur.

Saya rasa pasti ada perkara rutin yang sering dilakukan ketika bangun tidur tidak kiralah kanak-kanak ataupun dewasa. Hari ini saya akan kongsikan beberapa amalan yang baik untuk diamalkan ketika bangun tidur.

Ketika Bangun Tidur

  1. Usap wajah yang terkesan bekas tidur dengan telapak tangan. Menurut Imam Nawawi dan al-Hafiz Ibnu Hajar, perbuatan ini dianjurkan berdasar hadis riwayat Muslim: “Rasulullah s.a.w. bangun tidur kemudian duduk sambil mengusap bekas tidur dari wajah dengan tangannya.”
  2. Berdoa ketika bangun tidur: “Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami setelah Dia menidurkan kami, dan kepada-Nya kami dibangkitkan.” (Riwayat al-Bukhari)
  3. Bersiwak. “Apabila Rasulullah s.a.w. bangun malam, Baginda membersihkan mulutnya dengan bersiwak.” (Muttafaq ‘alaih)
  4. Mengeluarkan atau menyemburkan air dari hidung setelah menyedutnya (tidak terlalu dalam). Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Apabila seseorang di antara kamu bangun daripada tidur, maka berbuatlah demikian tiga kali, kerana sesungguhnya syaitan bermalam di hujung (rongga) hidungnya.” (Muttafaq ‘alaih)
  5. Mencuci tangan tiga kali. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Apabila sala seorang daripada kamu bangun tidur, janganlah memasukkan tangan (keseluruhan) ke dalam bekas air sebelum mencucinya tiga kali.” (Muttafaq ‘alaih)

Sumber: Gen-Q

Begitulah amalan yang perlu dilakukan ketika bangun tidur, insyaAllah hidup kita akan lebih diberkati oleh-Nya. Ketika bangun tidur

Sebarkan kepada rakan-rakan anda!

8 thoughts on “Perkara Yang Perlu Dilakukan Ketika Bangun Tidur”

  1. Pingback: Amalan Ketika Bertemu Orang Lain — Blog Mohd Isa
  2. Saya pernah dengar ceramah pasal bangun tidur ni. Ustaz kata kalau bangun tidur terus memikirkan pasal kerja dan harta, kita bakal jadi papa selama-lamanya. Bagus amalkan amalan yang Rasullullah buat tu.

    Reply

Leave a Comment