Pakej Hosting Termurah Daripada Weirdobytes.com

Jika dilihat dengan dunia sekarang, boleh dikatakan kewujudan blogger semakin hari semakin bertambah seiring dengan perkembangan dunia teknologi sekarang. Hampir setiap hari akan muncul sebuah blog baru di dalam dunia blogging ini.

Hampir setiap orang yang menggunakan Facebook atau Twitter mempunyai blog sendiri, tidak kira secara percuma ataupun berbayar. Jika dikira, rasanya masih ramai yang menggunakan platform percuma. Terutama yang menggunakan blogspot, saya juga dulu asalnya menggunakan blogspot dan mungkin majoriti pengguna blog berbayar atau self hosting sekarang berasal daripada blogspot.

Bagi saya ia tidak menjadi kesalahan untuk menggunakan blogspot, tatapi adalah lebih memuaskan lagi jika anda menggunakan blog self hosting. Ini kerana ia dapat menunjukkan anda benar-benar serius untuk menceburi bidang blogging ini. Tambahan pula jika anda menggunakan blog self hosting tidak kira WordPress, Drupal, Joomla dan sebagainya terdapat pelbagai keistimewaan yang bakal anda rasai.

Jika tidak percaya, anda boleh bertanya kepada sahabat blogger yang lain dan sudah menggunakan blog self hosting. Ternyata rata-rata yang menggunakan blog self hosting amat berpuas hati dan menunjukkan kemajuan daripada hari ke hari. Selain itu juga anda dapat membina satu jenama atau lebih megahnya lagi sebuah empayar.

Menarik bukan, pada kali ini saya ingin mempromosikan sebuah pakej hosting termurah yang pernah saya lihat selama ini daripada Weirdobytes.com. Hanya dengan RM49.90 sahaja anda mampu memiliki sebuah blog self hosting ditambah pula dengan sebuah domain percuma. Lihat pakej yang ditawarkan di bawah ini:

Package MohdIsa.com
300 MB Web And Email Space
10000 MB (10GB) Bandwidth/month
Addon Domains: Unlimited
Unlimited MySQL Databases
Unlimited Domains Parking
Unlimited Subdomains
Unlimited Email Accounts
Unlimited Email Forwarding
Unlimited FTP Accounts
Unlimited 24/7 FTP access
Cpanel Control Panel
PHPMyAdmin tool
Softaculous (Malaysia Server)
Fantastico De Luxe (U.S Server)
FREE Setup

Murah bukan, dengan RM49.90 anda mampu memiliki sebuah blog self hosting dengan pakej yang benar-benar menarik. Kemudian anda boleh memilih sama ada ingin menggunakan server di Malaysia ataupun di USA. Jika anda target pembaca anda daripada Malaysia, lebih baik menggunakan server Malaysia sahaja.

Untuk tempahan sila klik sini!

Bagi saya, ianya benar-benar jimat dan murah. Jika dikira kembali, harga domain RM33. Self hosting pada saiz 300MB dan 10GB bandwidth paling kurang RM35, jadi jumlahnya RM68. Di sini anda dapat jimatkan sehingga RM18.10 dan ianya benar-benar berbaloi bagi saya.

Nanti dahulu, ada lagi tawaran hebat buat anda semua. Jika anda membeli pakej MohdIsa.com ini anda akan diberikan satu keistimewaan daripada saya pula. Bukan sahaja pakej menarik daripada Weirdobytes.com, tetapi saya akan membantu anda untuk memasang blog dan plugin yang benar-benar penting. Tetapi harus diingatkan, tawaran ini untuk pembeli pakej MohdIsa.com dan CMS yang ingin digunakan adalah WordPress sahaja.

Untuk tempahan sila klik sini!

Sabar dahulu, ada sebuah lagi promosi terhad. Tawaran jualan domain termurah iaitu dengan RM27.50 sahaja jika dibandingkan dengan harga asal iaitu RM33 dan ianya benar-benar terhad sehingga 28 Februari 2011. Untuk pembelian domain tersebuat anda haruslah memasukkan kupon ini: WDB11

Apa tunggu lagi, dapatkan pakej MohdIsa.com sekarang juga daripada Weirdobytes.com atau anda boleh dapatkan promosi domain termurah dengan kupon WDB11 yang sah sehingga 28 Februari 2011 sahaja.

Untuk tempahan sila klik sini!

FAQ

Baguskah hosting di Weirdobytes.com ini?
Saya sudah menggunakan pakej hosting di Weirdobytes ini di 3 blog niche saya dan ianya amat memuaskan.

Bagaimana pula dengan layanan atau khidmat pelanggan yang diberikan?
Bagi saya layanan dan khidmat pelanggan yang diberikan adalah amat memuaskan kerana pihak yang menguruskan Weirdobytes.com ini juga adalah dikalangan kita iaitu blogger.

Sebarkan kepada rakan-rakan anda!

41 thoughts on “Pakej Hosting Termurah Daripada Weirdobytes.com”

  1. Pingback: Yoy's Network » Domain Paling Murah di Weirdobytes.com
  2. hosting ni sesuai untuk blogger yang baru.. 10gb bandwidth kira ok.. cuma jangan letak fail besarΒ² untuk di download la.. kang bandwidth limit exceeded lak

    Reply
  3. aku mula serius berblog secara percuma dengan uber.com dan wordpress.com kemudian baru layan blogspot…hhuhuhu 300 mb ok juga tu untuk permulaan… nanti dah ada modal boleh tambah package lagi… memang menarik… domain percuma lagi..peh!Binalah empayar… huhuhu..exited la pulak aku ni…

    Reply
        • saya tolong jawabkan bagi pihak kawan saya, yoy.

          diskspace tu size data yang boleh disimpan dalam server tu.
          bandwith pulak macam ni:

          katakan slimdiet2 letak satu gambar bersaiz 1mb kat blog, setiap kali visitor baca entry tu, die akan load gambar tu. Maknanya 1mb bandwith dah digunakan. Kalau ada seribu visitor tgk gambar tu, maknanya 1k bandwith digunakan.

          tu kiraan matematik mudah, jangan risau sebab saiz gambar tak yah lah letak sebesar tu kat blog hehe. kalau tak cukup bandwith, blh mintak upgrade. mula2 start dgn bandwith sikit pun ok, tgk dulu bape banyak guna

          Reply
  4. hmm dh lama tringin nk ada domain sendri tp klu utk blog iD cam ER yang byk gmbr ni, agak2 brapa byk space dan bandwith yg diperlukan?

    Reply
    • oh mungkin bro salah faham.

      domain hanya alamat sahaja, jadi kalau nak beli domain ekspresiruang.com, hanya url je yang tukar. tapi blog tersebut masih di hostkan di blogspot.

      blog banyak gambar? takde masalah. pakej kat atas tu untuk permulaan. lagipun ada software dan tips2 untuk kurangkan size gambar. kalau tak cukup diskspace tu, boleh upgrade bila2 masa kot. Saya kena owner weirdobytes ni, die tak makan orang πŸ™‚ πŸ™‚

      Reply
  5. Pingback: Tweets that mention Blog Hosting Termurah β€” Blog Mohd Isa -- Topsy.com

Leave a Comment