Update WordPress 3.1 Tidak Patut

Kali pertama saya ingin menulis mengenai update terbaru WordPress untuk versi yang ke 3.1 sepanjang saya menggunakan WordPress, inilah kali pertama saya ingin menceritakan mengenai WordPress yang telah diupdate oleh saya. Selalu saya lihat rakan-rakan blogger sahaja bercerita mengenai update terbaru WordPress ini.

Sudah pastinya rakan-rakan blogger yang lain akan menceritakan tentang kebaikan dan terutama dalam sistem keselamatan WordPress yang dipertingkatkan. Mengikut laman web rasmi WordPress.org telah menyatakan bahawa versi WordPress 3.1 ini penuh dengan keseronokan.

django reinhardt
Wordpress 3.1 juga dinamakan dengan Reinhardt bagi mengingati gitaris jazz Django Reinhardt. Saya sediri tidak mengenali gitaris jazz tersebut, apa yang seronok? Saya sendiri tidak pasti, tetapi apa yang saya pasti. Saya tidak suka dengan WordPress 3.1 ini kerana telah memaparkan WordPress Admin Bar di blog saya (ketika dalam mod login).

Wordpress 3.1 Dasboard
Ia seperti menggunakan WordPress versi percuma di WordPress.com di mana Admin Bar tersebut akan dipaparkan jika anda tidak logout. Bagi saya ia amat menganggu dan menyakitkan mata saya, seolah-olah saya sedang berada di mohdisa.wordpress.com (blog cuba-cuba).

Agaknya boleh atau tidak untuk disable dahsboard itu? Jika boleh, tolong maklumkan kepada saya ya. Terutama kepada rakan-rakan blogger yang menggunakan WordPress, apakah jalan penyelesaian untuk menghilangkan dasboard tersebut? Jika anda masih belum update WordPress anda, sila berbuat demikian sekarang juga dan sudah pasti anda akan melihat Admin Bar tersebut.

Nota: Masalah selesai, untuk disable WordPress Admin Bar sila pergi ke dashboard wordpress anda. Kemudian pilih Your Profile di bawah Users dan untick Show Admin Bar when viewing site. Selesai! 😛

Sebarkan kepada rakan-rakan anda!

60 thoughts on “Update WordPress 3.1 Tidak Patut”

  1. Salam Zik.. Aku pun sama salah satu plug in dalam blog aku tak jalan de.. cuba ko reiinstall balik update 3.1 tu aku buat cam tu pastu dah ok dah.. kalau tak ok gak cuba disable plu in satu per satu tengok macam mana k. aku dok ushaa dalam help forum wp memang banyak yang probnye.. apa pun layan movie kat blog gua lagi besh.. huuhhu http://www.ohvideotv.com/blog/movie

    Reply
  2. huhuhu… ala2 drupal la jugak admin bar tu… tapi versi wordpress ringkas je… cuma mungkin aku dah biasa.. tak la kisah sangat… upgrade jgn tak upgrade… rasanya lebih cepat dari sebelum…entahla perasan aku je kot…

    Reply
      • aku dh update dah wordpress aku.. dh 3.1.. huhu.. nk hidden versi wp, aku pkai plugin je.. kt blog aku rasanye ade aku penah buat entri pasal tu.. kalau taknak pkai plugin, tambah code kt fail wp pon bleh..

        Reply
        • hoho, ko dah explore abis ke 3.1 punya? aku tak wat explore lg. hehe, itulah. aku rasa ko pnh wat, nak kena terjah cari la plak. better pakai plugin kot daripada edit code wp. nnt update, nak kena edit lg. payah2. 😛

          Reply
  3. version ni kebanyakan web developer dah review masa BETA version lagi..kebanyakannya tak suka admin bar tu sebab tu sekarang dah boleh disablekan tanpa kacau kod.

    Reply
  4. juga blm upgrade kt blog yanmieonline, tp dh upgrade di yanghangat.com

    fuh sib baik ada nota bawah tu, okies masalah tersebut dpt diatasi, sebenarnya mmg xsuka pun admin bar tu dipaparkan kita kita dlm mood login. nasib baik blh disablekan…ehehe

    Reply
  5. Salam bro,
    Aku pun masih belum upgrade lagi ni
    nampaknya tahun ni wordpress semakin pantas update version
    harap-harap kali ni semakin stabil

    Reply
    • update bro, jgn tak update. uiks, takdalah. itu sekadar eksperimen jerk. lagipun satu post jerk untuk keyword tu, yg lain ada kat tempat lain lg. hehe

      Reply

Leave a Comment