Blog Popular Malaysia 2012

Blog popular Malaysia 2012 merupakan keputusan analisis yang telah dikeluarkan oleh Zeitgeist 2012 iaitu laman yang memaparkan keputusan analisis setiap pertanyaan atau carian di enjin carian Google.

Jika anda seorang blogger yang gemar mengamalkan teknik SEO yang betul dan inginkan cabaran, Google Zeitgeist boleh digunakan sebagai salah satu laman untuk membuat rujukan mengenai kata kunci atau keyword yang popular.

Di dalam laman Google Zeitgeist ini, anda akan dapat melihat banyak keyword popular yang dicari sepanjang tahun dan telah diberikan kepada beberapa kategori. Kategori ini anda boleh jadikan sebuah niche, manakala keyword atau trending anda boleh jadikan isi.

10 Blog Popular Malaysia 2012

Berikut adalah 10 blog popular yang sering dicari dan dilawati oleh pengguna internet di Malaysia:

  1. Beautifulnara
  2. Rotikaya
  3. Oh Bulan
  4. Papagomo
  5. Blog Serius
  6. Malaysia Chronicle
  7. Paultan
  8. Anak Sungai Derhaka
  9. Kari Ngeri
  10. Media Malaya

Agak-agak ada tak blog anda tersenarai dalam senarai di atas, blog saya memang jauh sekalilah. Maklumlah, blog peribadi mana mahunya duduk dalam blog popular yang dikeluarkan oleh Google Zeitgeist.

Carian Popular Malaysia 2012

Berikut adalah keputusan analisis Google Zeitgeist 2012 bagi Malaysia mengikut kategori:
Google Zeitgeist Malaysia 2012
Google Zeitgeist Malaysia 2012 Blog Popular Malaysia

Jika anda sukakan cabaran dalam mengamalkan teknik seo blog yang hebat, Google Zeigeist boleh dijadikan rujukan. Selain daripada itu, anda boleh menggunakan Google Trends untuk mencari keyword popular dan sering dicari pada enjin carian Google.

Manalah tahu, satu hari nanti blog anda tersenarai di antara blog popular Malaysia atau pun artikel anda tersenarai mengikut keyword atau trending di Google Zeitgeist pada tahun-tahun berikutnya.

Blog Popular Malaysia 2012

Sebarkan kepada rakan-rakan anda!

18 thoughts on “Blog Popular Malaysia 2012”

Leave a Comment