Gaya Hidup

Nasi Lemak Bahayakan Kesihatan

Nasi lemak merupakan makanan yang digemari oleh rakyat Malaysia, tetapi tahukah anda bahawa nasi lemak mampu membuatkan kesihatan anda terjejas. Jom ikuti artikel di mana makanan menggemukkan bahayakan kesihatan.

Rakyat Malaysia sememangnya sangat gemarkan makanan, lebih-lebih lagi makanan yang lazat seperti nasi lemak dan roti canai. Namun ramai yang tidak tahu makanan yang dimakan itu jika berlebihan akan menjejaskan kesihatan kerana kandungan seperti kalori, nutrisi dan lemak itu adalah salah satu punca penyakit.

Nasi Lemak Berkalori Tinggi

Nasi Lemak
Antara hidangan yang menjadi kegemaran seluruh rakyat Malaysia iaitu nasi lemak. Kandungan lemak dan kalori dalam nasi lemak itu sendiri adalah lebih kurang 450-500 kalori sepinggan dan belum lagi ditambah lauk-pauk yang lain, sekaligus menjadikan pengambilan kolesterol bertambah menjadi 1000 kalori sepinggan.



Kemudian roti canai, makanan yang juga menjadi kegemaran tidak kira waktu. Seperti sedia tahu, ia juga mempunyai kandungan kalori yang tinggi dan bagi menghilangkan kalori itu adalah ibarat berlari dalam tempoh 90 minit. Nasi goreng juga antara makanan yang menggemukkan kerana sepinggan nasi sahaja sudah mengandungi 630 kalori di dalamnya belum lagi ditambah dengan lauk yang lain.

ais krim
Ais krim juga menggemukkan walaupun ianya kecil dan nampak seperti tidak menggemukkan tapi hakikatnya kalori lemak dan gula di dalamnya juga tinggi iaitu dua skop ais krim mengandungi 350 kalori.

Selain itu makanan seperti mee kari dan juga makanan bergoreng juga mampu menjejaskan kesihatan kita kerana mempunyai santan dan juga berminyak. Cuba tukar cara masakan anda dengan merebus ataupun bakar kerana ini mampu megurangkan kandungan lemak dan minyak yang terkandung dalam makanan tersebut.

Selain itu, susu pekat manis, roti manis dan donat serta mayonis turut tersenarai mempunyai kandungan lemak, gula dan kalori yang tinggi. Kesemua jenis makanan ini tidak akan menggemukkan sekiranya kita bijak dan tahu mengawal kuantiti pengambilannya.

Sama ada kurang kuantiti yang diambil atau tidak makan langsung makanan itu, apa yang penting adalah mengawal pemakanan dan tahu sukatan kalori setiap makanan yang diambil.

Cuba bayangkan, hampir kesemua makanan kegemaran rakyat Malaysia mengandungi kalori berlebihan. Mungkin bermula saat ini kita perlu kurangkan makanan seperti ini agar dapat mengamalkan gaya hidup sihat.

9 Comments

  1. Rina June 20, 2013
  2. Mahamahu December 26, 2012
    • Mohd Isa December 27, 2012
  3. titan December 19, 2012
    • Mohd Isa December 21, 2012
      • titan December 25, 2012
        • Mohd Isa December 27, 2012
          • titan January 1, 2013
        • Mohd Isa January 1, 2013

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.