Blogger Yang Berjaya

Salam 1Malaysia dan salam sejahtera buat pembaca semua, semoga korang semua berada di dalam keadaan sihat sentiasa hendaknya. Rasanya sudah agak lama aku tidak menulis mengenai dunia blogger yang penuh mencabar ini. Jom baca entri aku pada kali ini tips untuk menjadi blogger yang berjaya.

Bukan mudah untuk menjadi seorang blogger yang berjaya, banyak perkara yang perlu dilakukan dan diusahakan. Bagi aku, blogger yang berjaya adalah blogger yang berjaya menarik minat pelawat atau trafik yang tinggi ke blog melalui setiap entri yang ditulis dan ditambah dengan pembaca yang melanggan blog tersebut.

Untuk menjadi blogger yang berjaya juga perlu banyak mempelajari ilmu mengenai blogging seperti SEO, cara pengurusan blog dan cara menulis entri yang menarik untuk dibaca. Cara mudah untuk mempelajari ilmu tersebut adalah melawat blog orang lain seperti yang tertulis di blog rakan kita Syed Khalil mengenai Lawat Blog Kawan. Di mana ia boleh dianggap salah satu cara untuk menjadi blogger yang berjaya.

Bagaimana aku menggap ia adalah salah satu entri yang mampu menjadikan seseorang itu sebagai blogger yang berjaya? Ini kerana aku percaya semua blogger yang berjaya adalah bermula dari melawat blog orang lain dahulu sebelum membina sebuah blog. Belajar bagaimana hendak membina sebuah blog dan menguruskannya.

Tetapi harus diingatkan, menjadi seorang blogger yang berjaya bukanlah menjalankan aktiviti plagiat. Belajar dengan menjadikan contoh setiap blog yang dilawati bukan dengan meniru atau plagiat entri dari blog tersebut. Jadikan setiap entri blog korang 100% tulen dan bukanlah sekadar copy and paste sahaja, barulah boleh jadi seorang blogger yang berjaya.

Satu lagi perkara dalam menjadi blogger yang berjaya adalah dengan meninggalkan komen di blog yang dilawati dengan komen yang menarik dan bukan sekadar meninggalkan jejak semata-mata untuk menyeru orang lain melawat blog kita. Blogger yang berjaya adalah blogger yang bijak menarik pembaca melalui komen yang ditinggalkan di blog orang lain.

Agak-agak korang, sudah berjayakah aku menjadi seorang blogger yang berjaya?

Nota Blogger Yang Berjaya: Entri ini adalah sekadar pendapat dan ilmu yang aku ada mengenai dunia blogging. Sekiranya terdapat komen atau pendapat yang ingin dikongsikan, sila tinggalkan di ruangan komen. 🙂

Sebarkan kepada rakan-rakan anda!

94 thoughts on “Blogger Yang Berjaya”

  1. thanks for the tips, akn sy ambil pakai sebagai panduan utk menjadi salah seorg penulis n blogger yg berjaya InsyaAllah dimana ada kemahuan disitu ada jalan… “baru mula berblog” 🙂

    Reply
  2. Untuk menjadi blogger berjaya kita harus tonjolkan diri dan membuang rasa rendah diri dan malu yang ada dalam diri. Biarkan orang membaca apa yang bermain di fikiran kita!
    Ilmu SEO adalah ilmu yang perlu dimiliki oleh semua blogger untuk menambah pengunjung melalui laman search engine. banyak masa diperlukan untuk menaikkan blog menjadi lebih maju.
    Cuma cara yang betul sahaja mampu memberi pulangan yang memuaskan hati

    Reply
  3. blogger down.. my last blog ialah ttg ibu tapi yang kuar latest blog yg i submit on April 7.

    klu ade komen pls advise.

    tq

    Reply
  4. Salam…1st time bc post awk mmg wt sy kagum….
    blh x share ngn sy how to be like u???
    actually sy de 1 blog n sy mmg bhrp sy dpt cri customer untk bsnes sy dgn blog 2 tp xbjya…..sy de mlggan 1 ebook ttg cara untuk mbina blog n sy de ikut step cm dlm ebook tu…but still sm,xde prubahan…sometimes rs cm give up….
    blh x awk tlg sy,pe lgkh asas that i hve to do???

    Reply
  5. Pingback: Tips Gila 1000 Visitor Sehari | deCrewz [dot] com
  6. kalau boleh, nak berjaya dalam semua bidang yang diceburi. Blogging adalah salah satunya. Dengan pesatnya berkembang dunia blogging di Malaysia, kadang2 rasa tenggelam apabila sibuk dengan urusan di dunia luar. Apapun, aia perkembangan yang sihat, cuma ia perlu diwarnai dengan penuh berhati-hati agar tidak dicemari perkara2 yang mencacatkan.

    Reply
    • begitu jua dengan aku, kalau boleh nak berjaya dalam semua bidang yang diceburi. termasuk dunia blogging, apa yang perlu kita lakukan adalah sentiasa memberi sokongan kepada rakan-rakan blogger yang lain. betul tak?

      Reply
    • semua blogger boleh berjaya kalau ada usahanya dan keizinan daripadaNya. 🙂

      kira ko berjaya juga, ada je yang nak disampaikan. hehe

      Reply
  7. tertarik dengan cara untuk meninggalkan komen tu, seeloknya komen yang mempunyai isi dan berkaitan dengan kandungan blog entry. 😀

    Reply
  8. redboy dtg utk kali yg ke berapa entah.. hehe.. lupa dh..
    abang isa, agak2 saya boleh di kategorikan sebagai blogger yang berjaya tak? <-cis.. ayat tak boleh blah laa..

    sobsob.. malu la nk tanya org yg pro dn berjaya mcm bro ni..

    Reply
    • pertama sekali sy ucapkan terima kasih sebab sudi melawat blog yang tak seberapa ini. untuk soalan redboy, bg sy semua blogger adalah berjaya, kerana sudah mempunyai blog dan pengunjung. tetapi untuk lebih berjaya, perlu tingkatkan usaha lagi. jgn cepat mudah putus asa. paparkan entri terbaik setiap kali dan yg penting hasil nukilan kita sendiri.

      uiks, sy tak pro lagi. banyak perkara yang perlu dipelajari lagi. betul tak?

      Reply
      • sama2 bro.. ya.. setuju sangat… thanx ya.. InsyaAllah akan dipertingkatkan dari masa ke semasa..

        taklah.. bro sudah pro.. betul tak??

        Reply
  9. Itu dia salah seorang blogger berjaya di Malaysia. Bukan mudah nak update blog selalu. Tambahan pula jika entri yang disajikan adalah bermutu….

    Reply
    • Betul tu, bukan mudah nak update blog selalu dengan entri yang bermutu dan bernilai kepada pembaca. Bukan sekadar syok sendiri. hehe

      Reply
  10. nice entri bro.. dan bg aku, kau dah boleh dikatakan sebagai blogger yg berjaya.. cuma kau je yg kurang update blog ko ni.. lpn ni, ko rerajin la update blog yer.. insyaAllah ko akan jd blogger yg super berjaya 🙂

    Reply
    • thanks bro, kalau aku seorang blogger yang berjaya. mestilah aku berjaya hasil pertolongan rakan2 blogger lain seperti ko. memang susah kalau nak update selalu. insyaAllah, aku akan cuba update selalu.

      Reply
  11. Kini, jika kita lihat persekitaran dunia blogging kita, penuh warna warni, tetapi rasanya lebih 80% blogger kini lebih menjadikan blog mereka sebagai diari peribada daripada menjadikan blog mereka sebagai medium untuk berkongsi ilmu, berkongsi tips, saling memberi peringatan dan isu-isu semasa berkaitan masalah sosial dan cara penyelesaian cadangan.

    Semasa aku baru menjadi blogger,aku akui aku juga begitu, tetapi semakin lama terlibat dengan dunia blogging ini, menjadikan aku mampu berfikir apa yang patut dan apa yang tidak patut aku kongsikan. Mungkin pengalaman dan usia yang mematangkan.

    Kini, aku lebih suka berkongsi ilmu, berkongsi tips dan suka membaca blog-blog kawan2 yang mempunyai sesuatu yang membuka minda aku dan memberi aku ilmu baru. Itu pandangan aku kini sebagai seorang blogger.

    Pssst : Bila aku membaca balik entri2 aku yang terdahulu, semasa mula-mula berblogging, aku tersenyum sendiri. Haha. Betapa kebudak2annya aku. Haha. Award. Tag. Miss that moments…~

    Kamu adalah seorang blogger yang berjaya kerana mampu merasionalkan pemikiran pembaca dan mampu menerima pandangan pembaca dengan penuh keterbukaan.

    Jangan patahkan semangat dan teruskan berblogging! Ni Lady Nass, skrg dah transform jadi Cik Nass sebab dah jadi cikgu. He.

    Reply
    • Thanks cik nass, memang benar apa yang dikatakan. Hampir semua blogger menulis mengenai keperibadian, mungkin sedikit masa lagi mereka akan dapat berfikir apa yang patut ditulis dan apa yang patut tidak ditulis.

      Apa yang patut dikongsi dan apa yang tidak patut dikongsi. Tapi ada juga yang mengejar populariti semata-mata, mengejar wang tanpa memikirkan orang lain.

      Anyway cik nass, thanks again for your comment. Its brilliant.

      Pssst…dah jadi cikgu yerk. Tahniah. 🙂

      Reply
      • Dah jadi cikgu dah. Cikgu Khairunnass. 🙂 Tak sedap panggil nass sebab nass tu ‘manusia’. Khairun tu ‘sebaik-baik’. InsyaAllah berusaha untuk menjadi seorang cikgu dan wanita seindah namanya. 😀

        Reply
  12. Bukan senang nak jadi blogger yang berjaya ni.. tapi tak mustahil untuk siapa pun 😀

    Lawat melawat blog bukan sahaja boleh memperkenalkan diri kita kepada orang lain malah menambah rakan2 online – satu perkara yang mesti kita ada untuk mengembangkan reputasi di dunia maya.

    Hakikatnya lawat melawat ini adalah langkah yang banyak membantu saya sehingga hari ini!

    Reply
    • betul tu hanis, tak rugi pun kalau kita melawat blog orang lain. malah mendatangkan untung kepada kita, bukan sahaja kita mendapat kunjungan kembali, bahkan mungkin kita akan mendapat pelanggan jika seorang usahawan online. betul tak?

      Reply
  13. tahniah pada yang berjaya sebagai seorang blogger
    anda perlu lalui perit nyer perjalanan untuk menjadi blogger yang berjaya
    contohnya.. kene layan maki hamun tukang komen yang menyamar disebalik anonymous dan gunakan IP berbeza..

    Reply
    • haha, tahu takpa. aku penah dapat gak komen camtu, tapi aku sendiri tak faham dia komen apa. haha, dapat detect ip, kelam kabut dia lari. haha

      Reply
      • aku baru je citer pasal kaitan makanan dan hidayah.. alim ulama kan dah ajar kena makan benda halal baru senang hati ni nak dapat hidayah.. tapi dia tak bole terima plak… duk provoke2 aku.. nasib aku gi surau tempoh hari ustaz tu pesan kalau kita tau kita betul kita senyap je.. kot2 nanti dapat dosa kering je..
        so aku pun senyap je.. last komen aku balas kat dia.. aku cakap terima kasih alhamdulillah… sampai hari ni duk komen kat aku mintak jawapan la apa la..
        IP plak duk lain2.. nampak sangat guna anonymous surfing…

        Reply
        • haha, biasalah tu. orang kalau dah tak senang duduk tengok kejayaan orang lain. macam2 cara dia akan lakukan. macam isu halal juga kat kedai mamak. dah tahu musykil mengenai halal kat mamak tu, still pg makan gak kat mamak. itulah manusia, pantang tengok kejayaan orang lain, pasti hendak jatuhkan. lebih baik diam daripada berbuat sesuatu yang boleh mendatangkan dosa. diam tidak bermakna mengalah tau. 🙂

          Reply
          • betul apa ko cakap.. kalau ikut hati ni.. kalau ikut ego seorang lelaki dah aku maki je pompuan bangsat.. kat facebook pun member sekolah aku maki gak pasal benda ni.. sabar je la..

            kot2 ada rezeki nak datang la tu hehe

            Reply
        • sabar bro, tak baik maki2 orang ni. bila kita maki2 orang ni, paling dekat dengan kita adalah syaitan. apa2 sahaja boleh berlaku termasuk perkara yang tidak diingini. better diamkan aja dari membuang masa memaki orang. 🙂

          Reply
          • pasal sabar la aku senyap.. kalau tak lama dah aku balas balik
            tapi apa2 hal pun ini ujian dan sebagai penghapus dosa bagi aku..

            Reply
        • betul tu, insyaAllah tuhan akan membalasnya dengan berkat kesabaran kita. apa-apa pun berdoalah untuk terus berjaya walau apa pun rintangan yang datang.

          Reply
        • Alhamdulillah, itu yang kita mahu. Sentiasa mendoakan kebaikan untuk diri kita dan orang lain lebih berfaedah. InsyaAllah.

          Reply
          • Dekat Facebook aku doa macam tu la.. moga2 dapat hidayah sapa2 yang tak nak produk halal atau komen negatif pasal produk halal.. moga2 dapat buka hati untuk amalkan produk halal

            Reply
        • InsyaAllah, suatu hari nanti mereka akan tahu mengenai halal dan haram. Susah nak jual produk orang kita kalau usaha tidak diteruskan. Tak kisahlah apa yang orang cakap, yang penting kita buat kerana Allah. InsyaAllah kita akan berjaya kelak.

          Reply
    • salam, pada pendapat aku. kira ko berjayalah. tengok blog pun menarik, entri pun menarik untuk aku baca. kalau orang lain tak tahulah.

      Reply
      • huhu.. thanks bro.. aku dengan selera aku, lain org lain selera dia, sbb tu setiap blog ada peminat nyer masing2 yer tak…

        btw, aku suka blog ni, sbb entri mmg boleh layan, dan satu lagi ringan, jadi buat BR pun takde masalah… 🙂 layan..

        Reply
        • buat br? apa tu? haha, aku pun ikut selera aku gak. kadang2 kita kena ikut selera pembaca juga. dorangkan pelanggan kita. betul tak? hehe

          Reply
          • BR tu lazaac modified dr perkataan blogwalking kepada blogrunning… walking lambat, running cepat sikit kowt.. lawl.. :p

            Reply
    • Betul tu blinkky, memang susah hendak berjaya dalam masa yang singkat. Lebih-lebih baru menceburi dalam bidang blogging ni. 🙂

      Reply
  14. Salam.
    Alamak, nampaknya aku belum menjadi seorang blogger yang berjaya .
    Baru saja nak berjinak-jinak dalam dunia blogger =d

    Reply
    • Salam,
      Aku pun belum berjaya juga, jadi kenalah berusaha untuk menjadi seorang blogger yang berjaya. Sama-samalah menjadi seorang blogger yang berjaya. 🙂

      Reply
    • Betul tu, bila sudah berada di suatu tahap. Memang agak sukar untuk mengekalkannya. Apa-apa pun usaha perlu diteruskan.

      Reply
  15. Pingback: IMCurtain.com
  16. Pingback: Tweets that mention Tips Untuk Menjadi Blogger Yang Berjaya — Blog Mohd Isa -- Topsy.com
  17. yup. betul tu!
    bukan senang nak hasilkan karya yg berkualiti n orang suka baca.
    tp kalau blogging ni more tu suka2 kan…
    keep on blogging ya! =)

    Reply
    • tahu takpa, bukan mudah nak hasilkan sesuatu yang orang lain suka baca.
      jangan syok sendiri sudah. tapi kalau dah memang suka-suka nak blogging.
      tidak menjadi kesalah, keep blogging sudah.

      Reply
  18. Pingback: myebuzz.net
  19. kali pertama baca blog kamu.
    tertarik dengan tajuknya.
    erm…untuk menjadi blogger yang berjaya bukan mudah. tak bermakna kamu buat 10 entri sehari, kamu adalah seorang blogger yang berjaya.
    tak semestinya kamu ada 5k followers, kamu adalah blogger yg berjaya.
    semua itu tak boleh dijadikan kayu pengukur samada kamu berjaya atau tidak.
    secara matematiknya, ya. kamu berjaya.
    =)

    Reply
    • pertama sekali saya ucapkan terima kasih sebab sudi membaca blog saya.
      betul dengan apa yang dikatakan, tidak semestinya dengan 10 entri sehari atau 5k followers boleh menjadikan seseorang blogger itu berjaya.
      maksud saya di sini untuk menjadi blogger yang berjaya perlulah seorang yang mementingkan kualiti daripada kuantiti. betul tak?

      Reply

Leave a Comment