Penulisan

Blog Mohd Isa Kini Kembali

Salam 1Malaysia dan salam sejahtera, semoga korang semua dalam keadaan sihat sentiasa hendaknya. Aku di sini sentiasa doakan kesejahteraan korang semua. Syukur alhamdulillah ke hadrat Ilahi dengan masa yang diberikan oleh-Nya, Blog Mohd Isa kini kembali lagi daripada bercuti sebulan yang lalu.

Buat pengetahuan korang semua, Blog Mohd Isa baru menyambut ulang tahun yang pertama pada 12 May 2010 yang lalu. Banyak dugaan dan cabaran yang datang dalam dunia blogging ini, tambahan pula dengan masalah hosting yang digunakan sebelum ini. Syukur dengan bantuan daripada saudara Ilham, dapatlah Blog Mohd Isa ini bertapak di hosting yang baru iaitu ServerFreak yang amat-amat memuaskan.

Banyak juga masalah yang aku hadapi di waktu cuti yang lalu, yang pertama sekali sudah semestinya ketiadaan talian internet di kampung halaman aku menjadi punca utama aku tidak dapat mengemaskini Blog Mohd Isa ini. Ditambah pula dengan Maxis Broadband aku yang disekat perkhidmatannya akibat bil tertunggak yang tidak dapat aku jelaskan lagi.



Selain itu juga, aku tidak dapat menumpukan perhatian aku kepada Blog Mohd Isa akibat beberapa masalah peribadi yang aku hadapi. Malah di saat ini aku masih menghadapinya, mungkin aku tidak perlu perjelaskan lagi di sini. Kerana itu semua adalah dugaan daripada yang Maha Esa. Kita sebagai hamba perlu menghadapinya walaupun payah ataupun senang.

Apapun, Piala Dunia FIFA 2010 pun sudah semakin hampir ke penghujungnya. Pasukan manakah pilihan korang di antara Belanda dan Sepanyol yang bakal bergelar juara? Blog Mohd Isa kini kembali dan memilih pasukan Sepanyol bakal muncul juara pada edisi piala dunia kali ini. Kerana kawalan permainan yang mantap disajikan sebelum ini, aku yakin Sepanyol bakal menjulang piala dunia kali ini.

Nota World Cup: Jangan lupa baca ulasan perlawanan akhir Piala Dunia FIFA 2010 yang bakal aku karangkan untuk korang semua nanti. Terbaik dari ladang sempena Blog Mohd Isa Kini Kembali!

16 Comments

  1. Zaid August 5, 2011
  2. Nine July 15, 2010
    • Mohd Isa July 18, 2010
  3. arynet July 10, 2010
    • Mohd Isa July 11, 2010
  4. Pingback: Contest : Lucky Draw by Shasha — Blog Mohd Isa July 10, 2010
  5. wazy July 10, 2010
    • Mohd Isa July 10, 2010
  6. zik July 10, 2010
    • Mohd Isa July 10, 2010
  7. RedBoy July 10, 2010
    • Mohd Isa July 10, 2010
      • RedBoy July 11, 2010
  8. Azizwan July 10, 2010
    • Mohd Isa July 10, 2010
  9. Mus July 10, 2010
    • Mohd Isa July 10, 2010
  10. Pingback: Tweets that mention Jom Blogging Bersama Blog Mohd Isa — Blog Mohd Isa -- Topsy.com July 10, 2010
  11. Pingback: IMCurtain.com July 10, 2010

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.