Blogging Google SEO

Bloglist Google Pagerank 2, Betul Atau Bohong?

Google Pagerank memang menjadi kegilaan yang gemar bermain SEO di sesebuah laman web atau blog. Di mana sudah pasti yang mengharapkan trafik atau pelawat daripada enjin carian seperti Google.

Begitu juga saya yang gemar bereksperimen dengan pelbagai teknik SEO blog secara menyeluruh terutama dalam teknik penulisan. Di mana saya hanya berpegang pada satu iaitu artikel adalah raja di dalam SEO. Itulah yang saya sering katakan kepada sesiapa sahaja yang bertanyakan kepada saya mengenai SEO.

Jika sebelum ini saya ada berkongsikan mengenai Jadual Update Google Pagerank 2013 yang memaparkan empat update mayor untuk pagerank, pada artikel kali ini saya akan kongsikan bagaimana memeriksa pagerank secara ringkas.



Bloglist Google Pagerank 2?

Mungkin artikel pada kali ini agak keterlaluan, oleh kerana masih ada blogger yang tidak bertanggungjawab menawarkan sesuatu yang beliau sendiri tidak mampu berikan. Sebagai contoh bloglist atau link exchange yang ditawarkan, selalunya blogger akan bina sebuah laman atau page untuk bloglist.

Siap buat artikel ajak rakan-rakan blogger yang lain untuk link exchange, ada syarat tertentu lagi. Paling menarik, siap nyatakan kelebihan mendapat backlink daripada Google pagerank 2 lagi. Tetapi hakikatnya, pagerank 2 hanyalah di bahagian home page blog tersebut dan bukanya page bloglist.

Mungkin masih ada yang tidak faham mengenai susun atur atau pagerank yang diberikan, jika kita perhatikan betul-betul pada perkataan pagerank itu sendiri. Rasanya boleh agak, ada dua perkataan page dan rank. Maka, periksa dahulu pagerank setiap page yang anda ingin berikan backlink.

Tutorial Memeriksa Google Pagerank

Terdapat dua cara yang sering dilakukan sama ada secara manual atau automatik.

  1. Cara manual adalah dengan memeriksa melalui online tools iaitu Google Pagerank Checker.

    manual pagerank checker

  2. Cara automatik adalah dengan memasang extension atau add-on pada browser anda, sebagai contoh saya menggunakan SEO Status Pagerank/Alexa Toolbar untuk browser Chrome.

    google pagerank automatic checker

Semoga perkongsian saya pada kali ini mengenai Google pagerank dapat membuka mata kepada para blogger terutama yang baru berjinak-jinak dengan SEO. Jangan menawarkan sesuatu yang anda tidak mampu berikan, lebih-lebih lagi sebagai hadiah sesebuah contest. Cukup sekadar backlink yang berkualiti, jika berPR (pagerank) periksa terlebih dahulu di mana PR yang anda ingin tawarkan.

Google Pagerank

35 Comments

  1. Bungkilan March 13, 2014
  2. rizalthama October 6, 2013
    • Mohd Isa October 9, 2013
  3. Amin August 25, 2013
    • Mohd Isa August 26, 2013
      • Amin August 26, 2013
        • Mohd Isa August 27, 2013
          • Amin August 29, 2013
        • Mohd Isa August 29, 2013
          • Amin August 29, 2013
  4. reezluv February 13, 2013
    • Mohd Isa August 26, 2013
      • reezluv August 26, 2013
        • Mohd Isa August 27, 2013
  5. iAwani January 28, 2013
  6. BUATBEST ? January 28, 2013
  7. muazfaris January 20, 2013
    • Mohd Isa January 21, 2013
  8. Hakim Mahmud January 18, 2013
    • Mohd Isa January 19, 2013
  9. onlajer January 17, 2013
    • Mohd Isa January 18, 2013
  10. sohoque January 16, 2013
    • Mohd Isa January 16, 2013
  11. azrijohan January 15, 2013
    • Mohd Isa January 16, 2013
  12. fyna January 15, 2013
    • Mohd Isa January 16, 2013
  13. wazy January 15, 2013
    • Mohd Isa January 16, 2013
  14. titan January 15, 2013
    • Mohd Isa January 16, 2013
      • Kujie January 16, 2013
        • Mohd Isa January 16, 2013
          • hafizmd January 25, 2013

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.