Buffet Ramadhan Casa Ombak khas buat individu yang gemar inginkan suatu kelainan ketika berbuka puasa sepanjang bulan Ramadhan al-Mubarak ini. Kali ini saya akan perkenalkan promosi buffet Ramadhan oleh Casa Ombak Sdn. Bhd.
Buffet Ramadhan pada kali ini akan diuruskan oleh Ombak Creatives, sebuah nama yang sinonim dengan pengurusan majlis perkahwinan, katering, majlis korporat atau persendirian di sekitar Kuala Lumpur dengan pengalaman lebih 10 tahun.
Latar Belakang Ombak Creatives Penyedia Buffet Ramadhan
Ombak Creatives dimiliki sepenuhnya oleh bumiputera, sebuah syarikat di bawah pengurusan Casa Ombak Sdn. Bhd. Berpengalaman lebih 10 tahun dalam pengurusan majlis perkahwinan, katering, majlis korporat atau persendirian.
Buffet Ramadhan Casa Ombak
Di bulan Ramadhan ini, pasti ramai tercari-cari promosi buffet Ramadhan yang menarik untuk dicuba ketika berbuka puasa seisi keluarga atau bersama rakan-rakan. Terutama yang menetap di sekitar Kuala Lumpur, sudah pasti buffet Ramadhan menjadi pilihan.
Kali ini saya kongsikan promosi Buffet Ramadhan Casa Ombak yang dibawa khas oleh Ombak Creatives sebuah syarikat yang berpengalaman lebih 10 tahun dalam pengurusan majlis perkahwinan dan katering.
Buffet Ramadhan Casa Ombak menawarkan pelbagai hidangan menarik yang berkonsepkan masakan kampung seperti asam pedas, ikan bakar, gulai kawah, gulai tempoyak ikan patin, ulam-ulam dan pelbagai lagi pilihan yang mampu memikat hati untuk dijadikan juadah berbuka.
Pelbagai juadah ini disediakan di stall corner dengan susunatur menarik dengan konsep taman dan laman di tengah bandaraya Kuala Lumpur yang mampu menaikan suasana santai ketika berbuka sesama keluarga atau rakan-rakan.
Pakej Buffet Ramadhan Casa Ombak
Sudah pasti harga yang menarik menjadi pilihan sebelum membuat tempahan buffet Ramadhan, berikut adalah pakej yang ditawarkan oleh Casa Ombak dalam promosi buffet Ramadhan kali ini:
Dewasa: RM55 nett
Kanak-kanak: RM27 nett (5-12 tahun)
Lokasi Buffet Ramadhan Casa Ombak
Buffet Ramadahan Casa Ombak bertempat di Casa Ombak Sdn. Bhd. No. 22 Jalan Damai, Off Jalan Ampang, 55000 Kuala Lumpur. Berikut adalah paparan Google Maps untuk panduan anda menggunakan GPS:
Mengapa Perlu Pilih Buffet Ramadhan Casa Ombak
Di sini saya nyatakan mengapa anda perlu pilih hidangan buffet Ramadhan oleh Casa Ombak?
- Pengalaman penyedia buffet Ramadhan Ombak Creatives lebih 10 tahun dalam pengurusan pelbagai majlis dan katering sudah pasti memberi kelebihan dalam menyediakan hidangan dan tempat yang mampu memuaskan hati pelanggan.
- Hidangan masakan kampung yang menjadi keutamaan pasti membangkitkan lagi selera anda ketika berbuka puasa terutama apabila tinggal di bandar.
- Tempat penyedian hidangan dan tempat makan sudah pasti memberikan keselesaan dan suasana santai bersama keluarga atau rakan-rakan ketika menjamu selera.
- Promosi pakej Buffet Ramadhan Casa Ombak sudah pasti amat berpatutan dan menjanjikan kepuasan kepada pelanggan.
- Lokasi yang amat sesuai di tengah kotaraya, sudah pasti selesa dan mudah untuk dicari tanpa perlu terburu-buru.
Tempahan Buffet Ramadhan Casa Ombak
Rasanya pakej buffet Ramadhan di atas amat-amatlah berbaloi, dengan suasana taman yang selesa dan hidangan masakan kampung di tengah kota Kuala Lumpur. Memang menarik untuk dicuba, untuk tempahan sila rujuk di bawah:
Call/WhatsApp: Akma Omar di 013 268 0001
Tel. Casa Ombak: 03 2181 8750
Call/WhatsApp: 013 624 1417
Call/WhatsApp: 012 662 1062
Facebook: Ombak Creatives
* Tempat solat disediakan
Semoga perkongsian pada kali ini dapat membantu anda semua dalam mencari promosi buffet Ramadhan yang menarik untuk dicuba di bulan puasa pada kali ini.
Contest Duit Raya Casa Ombak ini dianjurkan oleh AkmaOmar.com, ditaja oleh Pengurus Perkahwinan Ombak Creative, Lelaki Kacak, Roti Boom Asli, Custom Tshirt, Denaihati.com, Inspired Magazine, Profhariz.com, KitePunye.com, Zoncinta.com, Jawatan Kosong Kerajaan, Exam PTD
Buffet Ramadhan Casa Ombak
Baru saja Ramadhan berlalu, banyak kenangan dan pengalaman rohani yang bisa kita ambil hikmahnya.. Salam Mubarak
Sebentar lagi Ramdhan tiba, semoga masih sempat dipertemukan lagi dengan bulan yang penuh rahmat… Amin
Terima kasih infonya.. jadi ingin jumpa bulan ramdhan lagi.. Salam dari saya dan keluarga
Ingin sekali saya ke sana
Sangat menarik untuk dijadikan tempat berbuka bersama.
Sangat menarik untuk dijadikan tempat berbuka bersama.
Tahniah kerana diumumkan sebagai pemenang kategori artikel terbaik. Puas hati baca sy review Tuan Mohd Isa..
tahniah anda ada blog yg sangat menarik. jemput blogwalking
Wouw..makanannya kelihatan enak-enak sekali.
Tahniah bro berjaya dalam contest ini. Dapat tempat pertama sesuatu yang bermakna buat anda. Artikel memang menarik… pasal tu terpilih.
Terimakasih Info nya…. dan terimakasih sudah berbagi ilmu…
Salam Sahabat…
ada cendol tak kat sana??
as always mohd isa. tulis artikel memang tip top. 🙂
entri ni pon bagus..
salam ramadhan.. slmt berpuasa..
gud luck
Assalam..fuhh bangganya rasa otai join..tima kasih na hehe
Salam, mana ada otai. Kalau otai dah berdesup duduk page one. Ini bayang pun tak nampak. Haha…
Assalamualaikum…. Salam Ramadhan Al-Mubarak bro… Buffet Ramadhan di Casa Ombak memang terbaik sesuai utk keluarga. Semoga berjaya bro…..
Wslm, salam ramadhan. Terima kasih, semoga berjaya juga untuk bro. 🙂
selamat berjaya..artikel yg menarik harap artikel ini dapat membantu orang lebih mengenali tempat berbuka puasa ini nooo…bestt
terima kasih montana, semoga perkongsian ini dapat membantu dan mendapat tempat dalam contest yang disertai. 🙂
Salam Ramadan dari saya,semoga anda sekeluarga dipermudahkan urusan dunia dan akhirat dibulan mulia ini
Salam Ramadhan juga, terima kasih. Sama-samalah kita ya. InsyaAllah. 🙂
Salam ramadan al mubarak dari saya sekeluarga
*Moga berjaya bro..
Terima kasih Tok Puteh, salam Ramadhan juga dari saya sekeluarga. Semoga Ramadhan kali ini penuh makna. Amin.
Semoga berjaya juga. 🙂