Gigi kuning memang akan membuatkan keyakinan diri berkurangan, kadang-kadang hingga membuatkan diri sendiri rasa malu untuk berhadapan dengan orang ramai.
Mana tidaknya, gigi merupakan aset penting bagi seseorang. Bukan sahaja untuk mengunyah makanan, malah ianya aksesori semulajadi setiap insan untuk kelihatan menawan dan kacak.
Tips Putihkan Gigi Kuning
Jika anda salah seorang yang mengalami masalah gigi kuning dan tidak menarik, di sini saya akan kongsikan beberapa cara atau petua untuk memutihkan gigi anda.
Cara pertama adalah dengan colekkan sedikit kapur sirih di kapas, kemudian gosokkan perlahan-lahan pada celah gigi kuning. Amalkan selalu, pasti dapat membantu memutihkan gigi anda.
Cara kedua memutihkan gigi kuning adalah dengan membakar sehingga hangus sebiji pinang, kemudian tumbuk sehingga halus. Gosokkan serbuk pinang tersebut pada gigi kuning dan kumur sehingga bersih.
Cara yang ketiga adalah dengan menggoreng sedikit biji asam jawa tanpa minyak, kemudian tumbuk sehingga halus dan ambil debunya serta gosokkan pada gigi setiap hari sehingga nampak kesannya.
Manakala cara yang paling popular pastinya dengan menggunakan abu. Apa yang anda perlu buat adalah dengan membakar daun kelapa hingga menjadi abu. Gosokkan ke gigi hingga putih. Kemudian, gunakan ubat gigi.
Semoga cara-cara di atas dapat membantu anda dalam mengembalikan keputihan pada gigi anda agak kelihatan lebih cantik dan kacak sentiasa.
Cara Memutihkan Gigi Kuning
Boleh cuba cara nie, tips yang bermanfaat
Ada yang lebih praktis tidak?
Tips nya akan saya coba, semoga gigi saya menjadi putih.
great tips…i’ll try, thanks
rajin gak hang tulis pasal tips nih.
Bagus nih. HOho
Aihhh…boleh try. Jenuh dah guna colgate tapi xdak beza. By the way, macam mana nak follow blog orang kat wordpress ye selain subscribe via email? Maaf, saya budak baru belajar semalam pasal WP. Kalau salah tolong jolokkan..
Cara cara old skool ni ja berkesan nak putihkan gigi yang kuning. Satu lagi jaga pemakanan . Berkesan! 🙂
Terbaik petua ni….cantik theme hehe
Bagus juga sesekali cuba cara tradisional ni. Dari dok beli alat pemutih gigi yang tak berapa beri kesan pun, baik cuba cara ni.
Thanks Isa, rajin dok berkongsi tip macam ni 🙂
Semua cara tradisional nih. Kalau xsempat buat kesemua cara diatas, maka gosoklah gigi anda setiap hari. At least terjaga.
Cantik nya gigi selepas berbanding sebelum
Tips yang bagus dan berguna, untuk gigi saya
Salam Hormat.
Ok juga ada petua-petua yang berguna nih.
Terima Kaseh bro.
wei apesal layout blog ni mcm pelik jer..
Sekarang lagi senang bro. Ubat gigi pemutih gigi murah dan senang didapati daripada pasaran. Didalam masa 7 hari gigi akan menjadi putih.
cuba bro habaq mai, ubat gigi mana yang boleh memutihkan gigi? hehe…colgate optic white yang mahal tu pun teman dah try…macam takda perubahan…:p
haha betull…..tak tahu nak ckp apa dah..mcm2 ubt gigi dah guna
iklan ubat pemutih gigi kat tv tu membohong je selalunya