Gaya Hidup

Katakan Tidak Pada Jerawat

Jerawat merupakan masalah kulit muka yang paling teruk. Bukan sahaja pada wanita, malah ianya berlaku kepada lelaki juga. Jerawat terbentuk akibat keradangan kulit muka yang kronik sehingga menyebabkan liang pori dipenuhi sebum.

Tidak kira wanita atau lelaki yang menghadapi masalah jerawat akan berasa malu untuk keluar rumah dan berhadapan dengan orang ramai. Ini kerana jerawat sememangnya membuatkan kita hilang dengan keyakinan diri. Saya juga pernah mengalami masalah yang sama pada suatu ketika dahulu, jika boleh hendak terperuk di dalam bilik sahaja.

Bagaimana jerawat terbentuk?

Jerawat bukan sahaja terhasil akibat hormon, umur mahupun makanan berminyak atau coklat. Jerawat selalunya terjadi disebabkan oleh bakteria yang terdapat dalam pori yang tersumbat. Pori menjadi tersumbat kerana kelenjar sebum menghasilkan minyak yang berlebihan dari biasa.



Bagaimana ia boleh berlaku?

Masalah jerawat biasanya dihadapi pada peringkat remaja kerana paras hormon di dalam badan meningkatkan penghasilan sebum. Apabila sebum terlalu banyak dan bergabung dengan sel kulit mati, ia akan menghalang dan menutup liang roma.

Jika sebum itu terperangkap separuh, bintik hitam akan muncul. Jika sebum tersebut terperangkap sepenuhnya, bintik putih pula akan terjadi. Bintik hitam tersebut menjadi hitam disebabkan pengoksidaan apabila terdedah kepada udara yang kotor. Bakteria membiak dalam pori yang tersumbat yang menyebabkan jerawat timbul. Jika jerawat tidak dirawat dengan betul, ia boleh meninggalkan parut.

Bagaimana menghilangkan jerawat?

Berikut adalah beberapa kaedah menghilangkan dan mencegah daripada kulit berjerawat:

  1. Cuci muka anda setiapa hari dengan pencuci muka antibakteria. Jika anda mempunyai kulit yang sensitif, gunakan pencuci muka yang ringan.
  2. Sapukan produk rawatan jerawat anda di seluruh muka dan bukannya di tempat yang ditumbuhi jerawat sahaja.
  3. Gunakan produk yang mengandungi asid salisilik yang mampu membersihkan pori anda dari kekotoran.
  4. Gunakan alat solek atau produk penjagaan muka non-comedogenic agar tidak berlaku iritasi pada kulit.
  5. Rujuk kepada pakar dermatologi cara untuk membuang bintik hitam tanpa meninggalkan parut.
  6. Elakkan daripada menyentuh muka dengan tangan kerana tangan merupakan anggota badan yang mempunyai banyak bakteria. Jika ingin menyentuh muka, pastikan tangan anda bersih terlebih dahulu.
  7. Sentiasa basuh sarung bantal anda dan gunakan tuala muka yang menggunakan fabrik yang mampu menghapuskan bakteria dan kuman.
  8. Jangan picit jerawat anda kerana ia boleh meninggalkan parut.

Sumber: Tupai

Menarik bukan bab jerawat ini, dulu pernahlah menghadapi masalah jerawat yang banyak di muka. Kalau lelaki, selalunya akan biarkan sahaja. Tetapi rasanya itu dahulu, sekarang rata-rata lelaki mengambil berat kecantikan kulit muka. Maklumlah ingin menjadi seorang lelaki kacak kenalah jaga muka daripada jerawat.

14 Comments

  1. Alip Rossahidi March 16, 2015
  2. Asyrof Asri November 23, 2013
  3. Pingback: Cara Menghilangkan Jerawat Dalam Satu Malam — Blog Mohd Isa September 29, 2013
  4. Rina September 15, 2013
    • Mohd Isa September 17, 2013
  5. Hazmin Hamudin September 13, 2013
    • Mohd Isa September 17, 2013
  6. akubiomed September 13, 2013
    • Mohd Isa September 17, 2013
  7. liza September 10, 2013
    • Mohd Isa September 10, 2013
  8. Izzuddin Fauzi September 10, 2013
    • Mohd Isa September 10, 2013
  9. AUC September 10, 2013
    • Mohd Isa September 10, 2013

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.